Terbitan Khas
Cucunda
lelaki saya yg berumur 7 tahun sudah berpindah sekolah dari SK Cherang
Ruku ke SK Seri Aman, Taman Coalfields, Sungai Buloh setelah bersama
dengan saya sejak kecil lagi. Ini bermakna juga, cucunda saya ini pun
sudah mulai 're-unite' dgn ibu dan adik perempuannya di sana.
AlhamdulilLah dan diharap beliau boleh sesuaikan dirinya dgn suasana dan
persekitaran di sana.
Oleh itu, saya pun merasa lega juga kerana
tidak lagi ada kena mengena dgn SK Cherang Ruku. Tak payahlah lagi hadir
ke mesyuarat PIBG untuk mendengar ucapan perasmian yang membosankan
oleh orang politik.
Apa pun, saya ingin ucapkan berbanyak2 terima
kasih kpd Tuan Guru Besar SK Cherang Ruku serta mana2 guru yang telah
berkesempatan mendidik cucunda saya itu walaupun dalam masa yg singkat,
terutamanya Cikgu Jamilah Mis, guru kelas Tahun 1 Ikhlas.
Salam Silaturrahim.
No comments:
Post a Comment