Sunday, 20 September 2015

Orang Melayu Dan Sifat Tamak

Nampak sekarang trend orang melayu nak balik semula kepada zaman purba.
Dimulakan sendiri oleh perdana menteri dengan semangat lama asal usul bugisnya.
Kata orang undur ke belakang sedangkan bangsa lain terus ke depan dengan teknologi moden.
Orang melayu agungkan senjata keris dan pakaian lama sedangkan bangsa lain terus mempertingkatkan diri dengan kemahiran IT.
Orang melayu ingin menjadi Hang Tuah sedangkan bangsa lain tahu Hang Tuah itu bukan orang melayu.
Orang melayu berbangga mendabik dada akulah melayu tetapi tidak mendalami asal usul bangsa sedangkan bangsa asing tahu asal usul mereka.
Orang melayu berkata aku berasal dari sini sedangkan orang asli terlebih dahulu mengakuinya.
Tidak salah bagi saya mengaku melayu dan agungkan budaya hidup lama termasuk seni mempertahankan diri.
Yang salah ialah tidak mahu melepaskan sifat tamak haloba sehingga menjadi amalan yang merosakkan bangsa sendiri melalui rasuah.

No comments:

Post a Comment