Thursday, 3 September 2015

Kearah Kepimpinan Baru Malaysia

AlhamdulilLah
Rakyat bersyukur kehadrat Ilahi
Cahaya sudah mulai nampak dihujung terowong perjuangan
Perjuangan selama beberapa tahun mulai menampakkan hasilnya
Susah payah masa dan tenaga yang telah dicurahkan selama ini insyaAllah diberkati Allah SWT
Cita2 rakyat hendak melihat kepimpinan kerajaan terdiri dari orang2 jujur dan amanah nampak boleh tercapai
Kepada PM baru nanti
Tinggallah di kediaman sedia ada itu kerana ianya sudah tersedia begitu
Tak payahlah runtuhkan buat yang lain
Yang rakyat hendak ialah kepimpinan secara telus, jujur dan amanah
Rakyat bukanlah hendak supaya PM baru menjadi seperti Jose Musica yang hanya mempunyai sebuah rumah biasa dan sebuah kereta Volkswagon sahaja
Takpelah ada jet pun tetapi ianya hendaklah digunakan dengan sebaik2nya
Rakyat mahukan kesejahteraan hidup sahaja
Biarlah tekanan dan kos sara hidup seharian diringankan sedikit
Harga barangan dikawal dengan berkesan
Tol2 dihapuskan atau dikurangkan harganya
Yuran2 pendidikan dikurangkan
Pinjaman PTPTN dikaji semula dan diubahsuai supaya ianya tidak melahirkan graduan yang berhutang tetapi menganggur
Sediakan peluang2 kerja yang mencukupi bagi rakyat
Hangatkan semula iklim pelaburan supaya pelabur2 asing masuk semula dengan giat supaya rakyat pun boleh bekerja selain negara mendapat hasilnya
Rakyat bukan meminta lebih2
Bukan semua rakyat kontraktor atau peniaga
Di kampung2 mereka hanya hendakkan keselesaan hidup sahaja
Walaupun mereka tahu negara kaya dan banyak hasil mahsulnya
Apa yang kerajaan harus buat untuk mereka
Itu sahajalah yang dimahukan
Selebihnya mereka berusaha sendiri
Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada seluruh pejuang2 ini
Tak kiralah diperingkat mana sekali pun kerana setiap sumbangan adalah bererti
Termasuk sunbangan kecil saya menulis dalam FB dan blog
InsyaAllah negara diberkati dan selamat
"Dimana Bumi DiPijak Disitu Langit Dijunjung"
Dari saya dengan Salam Sehati Sejiwa 

Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!

No comments:

Post a Comment