Saturday, 5 September 2015

Najib Dan Rakyat

Berita radio jam 7 pagi ini
Najib berkata di pasir salak bahawa kuasa rakyat hanya boleh digunakan dalam pilihanraya sahaja
Maknanya selain dari itu rakyat tidak ada kuasa lah?
Patut pun rakyat dibuat seperti hamba abdi sehingga wang mereka pun dirompak sewenang2nya
Dulu tidak pernah ada mana2 pm bagitau pun
Baru sekaranglah rakyat tahu kuasa mereka hanya sekadar itu sahaja
Selebihnya pm dan isterinyalah yang berkuasa penuh
Sangat kecil rupanya peranan dan sumbangan rakyat kepada negara dan sangat besar rupanya peranan dan sumbangan najib kepada rakyat
Selama mana rakyat hendak diperbodohkan dengan ayat2 bodoh seperti itu?


Baru ni najib kata orang melayu akan jadi bangsa yang bangsat jika umno tidak lagi memerintah
Terbaru dia kata rakyat tidak ada kuasa pula kecuali 5 tahun sekali sahaja iaitu pada hari pilihanraya
Kita tunggu apa lagi yang dia nak kata kepada rakyat
Dia dah jadikan rakyat seperti anak tirinya sahaja
Tidak ada nilai baginya
Yang penting dia boleh terus jadi pm sekurang2nya sampai pilihanraya ini
Saya rasa sebenarnya najib takut sangat dah kepada rakyat sebab dia dah tahu rakyat dah terlalu meluat dengannya
Bukan sahaja dirinya akan ditolak bahkan parti umno pun akan ditolak juga disebabkannya


Najib sudah tidak lagi berkata
'Marilah bersama saya
Sokonglah saya'
Sebaliknya beliau sudah semakin menentang dan memperkecil2kan kuasa rakyat dengan berkata
'Rakyat hanya ada kuasa 5 tahun sekali sahaja'
Rakyat pun semakin kecewa kerana sudah tidak dihormati lagi oleh perdana menteri sendiri
 

No comments:

Post a Comment