Saturday, 26 September 2015

Tun Dr M Menulis

BACA DENGAN HATI TERBUKA DAN TENANGKAN FIKIRAN....
KENAPA NAJIB PERLU MELETAK JAWATAN SEGERA-Dr. Mahathir Mohamad
1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.
2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.
3. Ia bukan hal peribadi.
4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.
5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.
6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.
7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.
8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.
9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.
10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.
11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.
13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.
14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.
15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.
16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.
17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.
18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.
19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).
20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.
21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.
22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.
23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.
24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.
25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.
26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.
27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.
28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.
29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.
30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.
31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.
32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.
33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia”.
35. Di antara 1MDB, 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh Perdana Menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.
36. Najib telah membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.
37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib. Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau. Tindakan yang diambil beliau untuk menahan seseorang untuk mengadakan perhimpunan untuk menuntut penyingkiran beliau adalah apa yang tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara ini.
38. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menuntut Najib membenarkan siasatan terhadapnya yang akan dijalankan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib mesti membenarkan proses undang-undang berjalan. Jika didapati bahawa dia telah melakukan kesalahan dia perlu didesak untuk
meletakkan jawatan.
39. Hanya dengan pengundurannya sebagai Perdana Menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun. Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula.
http://chedet.cc/?p=1872

Mahathir vs Najib


Malaysia dan Rusuhan Kaum?

Mohon diberikan perhatian :
Ada perkara yang saya mohon kawan2 jelaskan di sini secara berfakta dan rasional.
Apabila melayu merah (bukan semua melayu) marah kpd cina kuning (hampir semua cina), saya nak tengok contoh2 apa yang orang cina buat kepada orang melayu sehingga orang melayu terasa seperti ditolak2?
Apakah kesombongan bercakap segelintir peniaga cina terhadap orang melayu di low yatt sudah cukup untuk mencetuskan rusuhan kaum?
Atau apakah faktor2 lain yang boleh dijadikan asas untuk orang melayu memberontak?
Harap mana2 kawan yang boleh kongsikan pandangan sila hulurkan hujah anda di sini secara sopan.
Saya alu2kan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.
Silakan.
Terima kasih.
(Saya hendak copy & paste semua pandangan ke dalam blog saya)

 
Even the Chinese Ambassador had to be there to calm the nerves of the traders at Petaling Street. Can we...
malaysia-chronicle.com|By Iskandar Dzulkarnain 1/9

Malaysia Oh Malaysia


Nama Malaysia sudah menjadi terkenal seantero dunia.
Biar pun dikenali kerana pm dan skandalnya namun yang penting ialah nama negara kita menjadi perhatian.
Selepas ini Malaysia akan terus dikenali dan pada masa itu kita sudah mempunyai perdana menteri yang bagus.
Semua masalah sudah selesai.
Inilah cara kita mengambil 'peluang' secara positif terhadap apa yang sedang berlaku.

Tuesday, 22 September 2015

We Are Malaysians


Anwar As Next PM?

Pakatan Harapan boleh memerintah dan Anwar jadi PM.
Tak mustahil dalam suasana yang sangat memberikan advantage kpd PH sekarang ini.
Namun ianya bukan semudah itu jika dibiarkan UMNO hidup kerana UMNO tetap mempunyai senjata yang paling kuat iaitu wang.
Wanglah yang telah selama ini memberikan kemenangan kpd UMNO kerana orang melayu sangat lemah dengan sogokan.
Oleh itu, jika hendak menentang UMNO dan UMNO pun masih bernafas dibawah Najib, saya tidak nampak kemungkinan PH berpeluang pada PRU14 ini kecuali PH ada wang sebanyak RM2.6 bilion juga.
 
This is the first decision of the newly-formed opposition coalition, and declared as a consensus decision.
www.malaysiakini.com

Zeti vs 1MDB

Kalau gabenor bank negara pun sindir dah
Sapa lagi melebihi dia dan berhak untuk bercakap tentang ringgit jatuh dan skandal 1MDB?
Berhentilah menegak benang yang basah.


Dato Wan Malek uploaded a new video.
10 hrs · Edited ·
Macai2 DSN kata semua currencies mengalami kejatuhan nilai berbanding USD. Not because of perception nor issues relating to 1MDB. But now we have Bank Negara Governor specifically saying RM depreciates it's value due to 1MDB's unresolved problems. Nak kena nampaknya si Zeti ni.
 

PAS dan UMNO Nak Kahwin?

PAS dah keluar dari Pakatan.
Kini parti ini menjadi janda dan ibu tunggal.
Lawa atau kaya saya tak tau.
Sekarang bibit2 MCA dan MIC serta semua parti2 komponen lain nak keluar dari BN sudah semakin jelas.
Mereka meluat dengan Najib dan parti UMNO yang korup.
Satu hari nanti tak mustahil UMNO pula menjadi duda.
Sudah tentu hensem dan kaya.
Maka masa itulah UMNO akan melamar PAS dan mendirikan rumahtangga baru.
Bak pinang dibelah dua biar pun nikah tua.
Selamat Pengantin Baru.
Dapat anak ke tak dapat saya tak tau sebab dah mono.

Monday, 21 September 2015

Najib dan Perangai Kanak2nya

zaman kanak2 dulu aku selalu berkelahi dengan adik2
adik pun bagitau mak bahawa aku yang mulakan padahal adik aku yang kacau aku dulu
tapi aku diam sebab aku sayang adik2 aku
dan akulah yang kena piyak oleh ibu dengan lidi penyapu
najib mungkin begitu juga masa kanak2 dulu
dia yang kacau dulu tapi mengadu kepada ibunya bahawa adiknya yang mulakan
sebab itulah sampai hari ini pun dia masih terbawa2 dengan sifat dan perangai kanak2nya itu



PM says the pain of being “slapped” repeatedly drove the Malays to take to the streets in a desperate bid to restore their dignity.
freemalaysiatoday.com

Tun Dr M dan Tan Sri M Di Bosnia Rasmi Masjid

TM & TSMY di perasmian Masjid Ibrahim Bukvic di Sarajevo, Bosnia pd hari ini
kenapa dia orang tak jemput pm?
heran saya

Dulu TM selamatkan Bosnia....sekarang dari Bosnia....TM & TSMY berusaha selamatkan Malaysia dr Amerika






Sunday, 20 September 2015

Malaysia Belongs To The Chinese Too

Dato Wan Malek shared a link.
39 mins · 
 
 
Umno veteran Tan Sri Rafidah Aziz has spoken out...
malaysia-chronicle.com|By .

Najib dan Duit


PDRM Yang Lembab

Nak harapkan pihak berkuasa sendiri tak kemana
Macam kereta jalan2 berhenti
Maka pihak luarlah tolong betulkan
 
Terkini: FBI memulakan siasatan ke atas 1MDB....Najib makin panas....Baca n Share suarakami 8:49 PTG Blogger , featured Edit Two days after the arrest of the former...
suarakami-letakjawatan.blogspot.com|By suarakami

Raja2 Melayu Payung Rakyat & Negara



Dilihat seolah2 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja2 Melayu ini dibela oleh Kumpulan Baju Merah.
Apakah ini bererti Kumpulan Baju kuning dianggap tidak dan menderhakai Raja2 Melayu ini hanya kerana mereka membawa motif utama menekan supaya pm meletakkan jawatan?

To me, kumpulan baju kuninglah yang sebenarnya mempertahankan kedaulatan raja2 melayu ia a way dan secara tak langsung walaupun sebahagian besar dari mereka cina

57 Tahun Merdeka


Ex Trengganu MB Ahmad Said asked ...
UMNO had ruled Msia for 57 years and still crying to safeguard Malay special rights ... Malays under threat ... Malays living under poverty etc etc.
He asks .... for 57 years, UMNO ruled the country, Islam is National religion, what had UMNO been doing if Malaysia and Islam is under threat?
He said the facts are:-
1) Malaysia has 9 Sultans and a king and they are Malays.
2) PM & DPM, holding Malaysia's topmost powerful posts are Malays.
3) Since 1974, Minister of Finance is always a Malay.
4) Other than Penang, all CMs & MBs are Malays.
5) Majority of Federal Ministers are Malays, and influential and crucial Ministries are headed by Malays.
6) Out of 222 MPs, more than 50% are Malays.
7) More than 93% of Gov't Depts, from lowest to highest posts, are Malays.
8) NEP was designed and implemented for Malays.
9) 80% of Uni quota are reserved for Malays.
10) Special discount for house and stocks purchase are for Malays.
11) Top posts in all sectors and branches of the Armed Forces and Police are held by Malays.
12) GLCs are controlled and run by Malays.
He asks just how could the Malays (who are already in absolute control of all the crucial institutions and pillars of political, economic, and societal life) be threatened, and are facing the danger of being harmed and ousted by the minority races ?
It is actually UMNO leaders & their cronies who -- with their never-ending greed -- continue to bully & lie to Malays by blaming the Chinese and Indians, and making them as scapegoats.
Ahmad Said urges Malays to wake up and see the evil intentions of UMNO Warlords.
Pls fwd to friends & groups.

Tampar Najib?


Orang Melayu Dan Sifat Tamak

Nampak sekarang trend orang melayu nak balik semula kepada zaman purba.
Dimulakan sendiri oleh perdana menteri dengan semangat lama asal usul bugisnya.
Kata orang undur ke belakang sedangkan bangsa lain terus ke depan dengan teknologi moden.
Orang melayu agungkan senjata keris dan pakaian lama sedangkan bangsa lain terus mempertingkatkan diri dengan kemahiran IT.
Orang melayu ingin menjadi Hang Tuah sedangkan bangsa lain tahu Hang Tuah itu bukan orang melayu.
Orang melayu berbangga mendabik dada akulah melayu tetapi tidak mendalami asal usul bangsa sedangkan bangsa asing tahu asal usul mereka.
Orang melayu berkata aku berasal dari sini sedangkan orang asli terlebih dahulu mengakuinya.
Tidak salah bagi saya mengaku melayu dan agungkan budaya hidup lama termasuk seni mempertahankan diri.
Yang salah ialah tidak mahu melepaskan sifat tamak haloba sehingga menjadi amalan yang merosakkan bangsa sendiri melalui rasuah.

Orang Melayu Berasal Dari Mana?

Orang melayu asal tidak ada dan tidak berasal dari mana2
Orang melayu yang ada sekarang hanyalah campuran pendatang dari pelbagai arah dan keturunan.
Ada dari jawa
Ada dari portugis
Ada dari china
Ada dari arab
Ada dari kemboja
Ada dari india
Ada dari siam
Ada dari jepun
Ada dari sumatera
Dan dari lain2 wilayah luar.
Tidak ada orang melayu berasal dari malaya kecuali orang asli.
Sebab itu ada orang melayu nampak sikit2 arab
Sikit2 china
Sikit2 siam
Sikit2 jawa
Sikit2 india
Sikit2 jepun
Dan sikit2 yang lain.
Melayu tulen tidak ada.
Tetapi orang cina satu wajah
Orang india pun satu wajah.
Mereka tulen.

Baju Merah Dan Altantuya

Agenda baju merah sepatutnya menyelubungi isu2 panas yang lain sepertimana jerebu yang menyelubungi pandangan juruterbang.
Walau ditarik dan diheret dan cuba dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk isu perkauman supaya rakyat mengalih perhatian, ianya tetap tidak juga boleh melalaikan rakyat terhadap isu2 yang lebih besar termasuk isu altantuya dan 1MDB serta wang 'derma' sebanyak RM2.6 bilion itu.
Seperti mana juga jerebu, ianya hanyalah sementara. Selepas jerebu berlalu, pandangan juruterbang kembali normal dan jadual penerbangan pun pulih semula.
Sebab itu saya kata nama jamal selaku juara Himpunan Rakyat Bersatu popular sekejap sahaja.
Tambah2 dia timbul seperti bidan terjun yang entah dari mana.
 
The Prime Minister of Malaysia has reiterated on...
malaysia-chronicle.com|By J.D. Lovrenciar

Antara Juta dan Bilion

Kalau dulu pernah saya cerita bagaimana ada orang Semerak tanya saya seperti ini,
"Habis ko Wan sejuta projek Tok Aman Bali?"
Saya pun jawab,
"Dekat2" sebab kalau saya jawab habis 55 juta bimbang takut dia rebah pengsan terkejut.
Selepas itu ada pula yang bertanya saya begini,
"Demo kijo sobey Wan buleh ko seribu sebulan?"
Saya pun jawab,
"Takleh sebab ambo bukan ngaji luar negeri"
Malam ini saya terserempak dengan seorang orang Semerak yang lain pula yang merungut begini,
"Parok Najib baham pitih sampai 2.6 juta menah"
Saya yang kebetulan ada dekat dengan dia mengangguk sahaja tetapi tidak mahu membetulkan 'juta' kepada 'bilion' kerana saya tahu dia hanya mampu faham kompleks beli belah 'Bilion' yang ada di Kota Bharu itu sahaja.
Inilah yang diketahui Najib.
Sebab itu Najib tidak bimbang kerana dia tahu orang2 kampung tidak faham apa itu 'bilion'.
Najib boleh sahaja contohnya, bagitau kepada orang2 kampung bahawa kerajaan tidak putus2 berkorban berjuta2 ringgit membantu orang2 kampung melalui BR1M, rumah PPRT, rumah mangsa banjir dan bermacam2 lagi bantuan.
Orang kampung pun percaya dan kembang lubang hidung mereka kerana mempunyai perdana menteri yang baik dan besar jasanya.

Konsep 1Malaysia Gagal

Konsep 1Malaysia sepatutnya berjaya menyatupadukan semua kaum.
Sepatutnya tidak wujud baju merah yang menganggap maruah orang melayu dicabar oleh kaum cina lalu menganjurkan perhimpunan kononnya untuk memperjuangkan hak orang2 malayu.
Jika ini berlaku, ianya jelas menunjukkan bahawa konsep itu sudah salah dan tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat dalam semua hal.

Saturday, 19 September 2015

Musuh Nombor Satu Negara ialah Rasuah

sapo sokong bahawa rasuah ialah musuh negara nombor satu dan dadah nombor dua
dia ialah gu ambo
syabas Tengku Bendahara
ANCAMAN kepada ISLAM dan MELAYU di MALAYSIA..
(dalam bahasa mudah)
.
DYMM YDPertuan Agong, Raja-raja negeri2 dan Gabenor2 Negeri – Islam dan Melayu
Perdana Menteri, Timbalan PM, kebanyakan Menteri Kabinet (dan dalam potfolio2 penting) – Islam dan Melayu
Menteri2 Besar, Ketua2 Menteri (kecuali Pulau Pinang) - Islam dan Melayu
Exco2 Negeri – kebanyakannya Islam dan Melayu
Ahli2 Majlis Perbandaran – kebanyakannya Islam dan Melayu
Ketua Hakim, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Angkatan Tentera - Islam dan Melayu
Ketua Penjawat Awam yang lain2 :-
Ketua2 Setiausaha Kementerian, Ketua2 Pengarah Jabatan d Persekutuan, Ketua2 Bahagian d jabatan2, Pengarah2 Jabatan di Negeri2 – kebanyakannya Islam dan Melayu
…. hatta Pegawai2 Daerah, Jurutera2 Daerah dan pelbagai lapisan pegawai di Malaysia ini kebanyakannya diketuai oleh orang Islam dan Melayu.
.

Yang bermain di fikiran saya ialah, kenapa hari ini kita orang Islam dan Melayu merasakan kita diancam oleh orang kafir dan bukan Melayu? Ketika pembuat dasar, pelaksana/penguatkuasa dasar serta pemantau dasar hampir keseluruhannya dipegang oleh rakyat yang berugama Islam serta berbangsa Melayu, kenapa rakyat menjadi keluh resah serta menuding jari ke arah orang lain yang bukan Melayu sebagai penyebab terhakisnya hak-hak mereka?
.
Pada hemat saya, ancaman sebenar bukan berpunca daripada ugama yang orang lain anuti. Ia juga bukan kerana tiadanya ‘darah melayu’ yang mengalir di badan mereka. Salah satu punca besar dan UTAMA yang menyebabkan kegusaran orang Islam dan Melayu di Negara ini ialah RASUAH yang telah menular hebat di kalangan segelintir pembuat, pelaksana/penguatkuasa serta pemantau dasar di Malaysia pada hari ini.
.
Percayalah, pada satu hari nanti, bukan setakat bangsa cina sahaja yang akan dituding jari, malahan orang2 Bangla, Pakistan, Indonesia, Myanmar dan entah siapa2 lagi akan dianggap sebagai ‘ancaman kepada ketuanan Melayu’ seandainya gejala rasuah ini tidak dibendung. Segelintir orang Islam dan Melayu sedang mengkhianati Negara ini dengan mengamalkan rasuah.
.
Everything is “Money can Buy”.
Saya malas nak tulis panjang2. Fikir2kan lah……

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia


Kepada semua kawan2
Fokus saya sekarang ialah terhadap Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PKPRCSWKM dimana saya sebagai Penasihat Bahagian Pemantauan disamping 4 orang lagi Penasihat2 lain iaitu seorang Penasihat Bahagian Kerabat, seorang Penasihat Bahagian Nusantara/Hubungan Antarabangsa dan dua orang Penasihat Bahagian Perundangan.
Walau bagaimana pun, saya tetap akan terus menulis juga mengenai hal2 lain termasuk politik.
Harap maklum dan terima kasih.

Najib dan Kumpulan Baju Merahnya

Najib nampak hari2 siang malam nak tarik perhatian rakyat kpd kumpulan baju merahnya.
Najib nampak nak yakinkan rakyat itulah tanda terbesar bahawa dia masih mendapat sokongan untuk terus menerajui negara.
Jika inilah yang dipentingkan dan diutamakan melebihi perkara2 yang lain,
Maka najib sepatutnya tidak boleh menghalang jika ada pihak yang ingin mengujinya sekali lagi melalui Bersih 5.0 dengan penyertaan rakyat secara lebih besar.
Kerana itu pun demokrasi juga melalui bantahan berkumpulan.
 
Instead of praising racially-motivated rally, PM should address WSJ's allegations on 1MDB says PAS deputy.
malaysiakini.com

UMNO Najib dan Baju Merah

Saya terserempak dengan kawan lama
Oleh kerana lama tak jumpa
Kami pun berbual2 sekejap
Oleh kerana dia pun macam saya juga iaitu bekas orang kuat umno dulu
Saya tanya dia apakah ada kemungkinan pru14 ini umno ambilalih kelantan?
Dia jawab
'Kalau umno najib tak mungkin, bukan sahaja kelantan malaysia pun terlepas'
Saya tanya dia
'Kenapa istilahkan umno najib?'
Dia jawab
'Sebab penyokong najib dan umno hanyalah orang2 yang pakai baju merah tu sahaja, mana rock?'

Annuar Musa Dan Himpunan Baju Merah

Perkataan 'hormat' tidak lengkap jika tidak disertai oleh perkataan 'menghormati' supaya ianya menjadi saling 'hormat menghormati'.
Oleh itu, satu pihak harus hormat dulu supaya pihak yang satu lagi turut menghormati juga.
Inilah prinsip hidup bermasyarakat yang harus dijadikan amalan harian untuk menjana suasana harmoni dan muhibbah dikalangan masyarakat berbilang kaum.
Inilah juga prinsip yang saya bawa dalam FB.
Sebab itulah mereka yang terlalu ego saya terus 'simpan' sahaja supaya yang tinggal hanyalah mereka yang tahu menghormati pandangan dan sikap orang lain.
 
Kenyataan Annuar ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah oada 16 September lalu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.
freemalaysiatoday.com

58 Tahun Malaysia Merdeka

Sudah 58 tahun negara kita merdeka.
Hari ini kaum cina dianggap biadap dan tidak menghormati orang melayu.
Saya cukup hairan mengapa 58 tahun tidak cukup masanya untuk pemimpin melayu mendidik dan mengajar orang cina supaya menghormati orang melayu padahal tidak pernah satu tempuh pun pemerintahan negara dikuasai oleh orang cina.
Seorang bapa harus sentiasa dihormati oleh anak2nya sampai bila2.
Jika didapati anaknya itu tidak menghormatinya, itu tandanya samada anaknya itu biadap atau bapanya sendiri kurang ajar.
Jika anaknya itu biadap sekali pun, bapanyalah juga yang harus dipertanggungjawabkan kerana asuhan dan didikan yang salah atau kurang berkesan.
Begitu jugalah dengan kerajaan dan pemerintah.
Jika rakyat bangkit dan tunjuk biadap sekali pun, pemerintah dan kerajaan jugalah yang harus dipertanggungjawabkan.
Tinggal lagi apa yang membezakan ialah bapa tetap bapa kepada anaknya itu tetapi pemerintah dan kerajaan bukan selamanya berkuasa.
Kuasa mereka ditangan rakyat.

Kenyataan Akhbar Presiden MACMA

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MACMA BERHUBUNG ISU CEMUHAN KE ATAS BANGSA CINA

Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.
Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi Allah SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan di jawab di hadapan Allah SWT kelak.
Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan bila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina Babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam.
Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau MACMA, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.
Bak kata pantun Melayu:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat 49: 11 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka."
Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia 

MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH...Penyampaian cenderahati kepada DYTM Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah sempena Majlis Menandatangani MoU, MoA, LoI dan Santapan Malam Sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Majlis Menandatangani MoU, MoA & LoI Diantara UniMAP dan PKPRCSWKM

Majlis menandatangani MoU diantara UniMAP yang diwakili oleh Naib Cancelor dan PKPRCSWKM yang diwakili oleh YDP pada 18 Sept 2015 disaksikan oleh DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda.
Turut hadir sama ialah Prof Datin Paduka Datuk Dr Hjh Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Melayu Malaysia UniMAP dan YAM Dato Tengku Aznam.
Sekalung tahniah kepada PKPRCSWKM.