24 hb Ogos 2015
UMNO HILANG KUASA - PERLU MUHASABAH , BUKAN MENCERCA BANGSA JADI BANGSAT.
MAPIM kecewa kenapa pemimpin tertinggi Umno , berjawatan Presiden
memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat
jika Umno hilang kuasa.
Istilah bangsat yang dipileh itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.
Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri.
Melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa , akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal , fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya .
Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan bila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa , pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.
Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme , bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.
Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar , apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah.
Perkataan bangsat bermakna jahat dan busuk serta hina. Adakah Datuk Seri Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah yang lebih tepat untuk mengambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk melerai kemelut yang berpunca dari pemimpin itu sendiri.
Kami berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata . Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam . Jika begitu , itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memileh bahtera yang lain.
Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik , diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
President
Address : No. 148 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile : +6019 - 4744 856
Office : +603 - 2691 0181
Fax : +603 - 2691 4180
Website : www.mapim2u.org ; www.facebook.com/mapim

No comments:
Post a Comment