DERMA 2.6 BILION
1. Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya
perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion
Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.
2. Tiada siapa
percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma
oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa
jua sebab.
3. Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian
Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana
Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada
tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.
4. Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam
adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian
melampau dalam amalan Islam.
5. Mengapa 700 juta dolar?
Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di
Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa
ada orang yang mahu merasuahkan pengundi Malaysia supaya Najib boleh
menang. Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah
besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.
6. TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang
itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai
sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan
negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia
buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank,
cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank
penerima mesti masih memegang cek-cek itu.
7. Semua maklumat ini
mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi
Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara,
menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan
rahsia Kerajaan.
8. Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6
bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib
serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau
perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru
yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.
9.
Bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga
dikehendaki melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank
Malaysia, bank-bank Singapura, bank-bank Switzerland dan bank-bank
Amerika tidak patut merahsiakan perniagaan mereka yang melibatkan wang
yang disyaki dicuri. Apa yang telah dilakukan mereka?
10. Apabila
wang yang dicuri dimasukkan melalui bank-bank, objektifnya adalah untuk
menjadikan ia halal, untuk menyucinya (launder). Namun wang itu telah
lesap dari Ambank kerana akaun itu ditutup.
11. Apabila akaun
ditutup, ini tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu dibawa
keluar secara tunai. Ia semestinya telah dipindahkan kepada bank lain.
Namun kita tidak mendengar mana-mana bank yang melaporkan wang ini ada
pada mereka. Dua akaun dilaporkan dibekukan di Singapura. Itu sahajakah?
Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada
apa yang kedengaran. Adakah bank-bank boleh ambil wang ini! Jika ini
tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang perlu
diambil, sudah jelas wang ini telah dicuci (laundered).
12. Jika
ini adalah demikiannya, maka mengapa bank perlu meneliti sejumlah wang
yang banyak yang didepositkan dengannya. Lebih baik mereka langsung
tidak meneliti jika jumlah besar yang mencurigakan itu, yang menjadikan
subjek penuh kontroversi ini, disimpan sahaja oleh mereka.
13.
Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya
bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk
beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai
bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan
penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan
beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk
rakyat Malaysia atau untuk negara asing?
14. Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.
http://chedet.cc/?p=1843
No comments:
Post a Comment