Wednesday 12 August 2015

AbeLek RM dan Pengiktirafannya

Tiadalah yang lebih menggembirakan seorang penulis blog seperti saya kecuali usaha kita itu mendapat pengiktirafan dan sokongan.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini bahawa pada mulanya saya hanya menulis main2 sahaja.
Pada masa tu saya baru pandai FB dan cuba2 buat blog.
Tak tahu nak bubuh nama apa, saya namakannya 'AbeLek RM'.
Hari ini blog saya telah menjadi popular dan mendapat perhatian ramai pembaca di seluruh dunia.
YBhg. Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam pun mengiktirafnya sehingga saya dianugerahkan dengan gelaran Dato Paduka Raja melalui sebuah pertubuhan berdaftar di bawah naungan YTM Raja Muda Perlis.
Prof Ramlah adalah Penasihat Khas dalam pertubuhan ini.
Jawatan akademiknya ialah Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia UNIMAP.
Alhamdulillah.
Apa yang saya maksudkan ialah menulis boleh menjadi hobi yang sangat baik.
Oleh itu bagi mereka yang berminat, teruskanlah menulis kerana menulis ialah kerja kedua paling mulia dan bernilai dalam dunia selepas bercakap.

No comments:

Post a Comment