Wednesday, 25 March 2015

UMNO dan PAS


chempaka sudah tenang
bahkan sudah pun tenang sebelum dan semasa pilihanraya
kata orang
inilah pilihanraya paling aman dalam sejarah politik malaysia
tenang kerana umno tidak meletakkan calonnya menentang pas
kata umno
mereka hendak memberikan tumpuan kepada kerja2 membantu mangsa banjir
maka yang masuk bertanding adalah calon2 bebas secara sendiri masing2 tanpa 'ayah' dan 'ibu'
maka pas pun menganggap tiadalah 'fight' bagi mereka
maka ramailah yang mencadangkan supaya usaha penyatuan dua parti terbesar orang2 melayu ini dipergiatkan lagi
kerana di situlah juga umno membuktikan bahawa mereka betul2 bersedia menerima pas semula sebagai rakan kongsi politik
bahkan ada yang mencadangkan supaya dalam pru14 nanti
di mana ada calon pas dalam parlimen dan dun yang sudah dikuasai oleh pas
umno hendaklah jangan meletakkan calonnya
begitulah juga untuk parlimen dan dun yang sudah dikuasai oleh umno kecuali bn
(kerana yang hendak bergabung dengan pas bukan bn tetapi umno)
pas hendaklah juga jangan meletakkan calonnya
apa pun
ramai mengharapkan supaya tindakan tidak meletakkan calon di chempaka baru2 ini
bukan helah politik dalam bentuk 'escapism' dipihak umno
janganlah di chempaka tidak
tetapi selepas ini lawan 'berkebuk' juga
kerana umno sememangnya terkenal dengan kepakaran tipu helah politiknya

No comments:

Post a Comment