Sunday, 1 March 2015

Petronas dan Tok Bali


tak pelik mano
petronas mesti dengar arahan pm
pm pulok dengar dari menterinya yang berkenaan
sebenarnya pm yang arah dan 'luluskan'
petronas hanyalah agensi kepunyaan kerajaan
nak tak nak sahaja
sepatutnya dah lama lulus dan buat
oleh itu tok pa janganlah terlalu mempolitikkan isu ini untuk tambah populariti sendiri 
buatlah kerja untuk rakyat kelantan
bukan untuk diri sendiri
kerana rakyat kelantan pun rakyat malaysia juga

tak perlu juga ditagih 'terima kasih' dan minta diterjemahkan ke dalam pilihanraya
kerana sememangnya itu tugas dan tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat
setelah rakyat memberikan mandat mereka 

kalau dia kata 'setahun lalu kerajaan persekutuan tubuhkan jawatankuasa....'
saya mungkin tak marah sangat
tetapi bila dia gunakan perkataan 'saya'
seolah2 peranannya melebihi kerajaan persekutuan dan pm 
orang kelantan panggil
'mandor berlagak towkey'

  • Adnan Abdullah Biar pun kerajaan BN cuba menafikan pelantar minyak terletak di perairan Kelantan, namun data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan dan EPU menjelaskan keadaan sebaliknya. Dan mengambil kira perkembangan itu, dari awal lagi Kerajaan Kelantan telah mewujudkan zon petrokimia di Pantai Senok, Bachok sejak lebih 10 tahun lalu. Kerajaan negeri telah menyediakan kawasan yang luas di Pantai Senok untuk dibangunkan projek hiliran petrokimia. Malah kerajaan negeri juga telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada awal 1990-an.
    Malangnya gas daripada perairan sempadan JDA telah didaratkan di Songkhla, Thailand biar pun prasarana sudah dibina kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). PKINK telah membina dua kilang di kawasan terbabit yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai penduduk tempatan. Dan mengambil kira fakta tersebut kerajaan negeri menuntut royalti bernilai RM1 bilion berasaskan operasi pelantar minyak sejak tahun 2004. Seluas 5,000 ekar tanah penduduk di Kampung Senok, Sungai Kemasin dan sekitarnya telah disediakan untuk projek pendaratan gas dan petroleum di Pantai Senak.
    • Adnan Abdullah Namun sebaliknya gas berkenaan telah disalurkan balik ke Malaysia melalui The Trans Thailand Malaysia (TTM) gas pipeline projek dari Songkhla ke Changlun, Kedah, yang tentunya menguntungkan rakyat Thailand.




No comments:

Post a Comment