Saya
dimaklumkan bahawa program penyampaian wang BR1M di Semerak petang
semalam 2hb Mac 2014 yg berlangsung di SK Cherang Ruku tidak lagi ada
ceramah atau syarahan politik oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh atau
wakilnya seperti sebelum ini.
Selain daripada mendengar ceramah
politik yang membosankan, dulu orang-orang Semerak terpaksa pergi ke
Pasir Puteh untuk menerimanya.
Alhamdulillah, rungutan rakyat
didengari oleh pihak pemerintah melalui berbagai-bagai medium termasuk
Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain.
Adalah
diharapkan semoga ianya berterusan seperti ini bagi mereka yang
menerimanya melalui baucer walaupun hampir pada masa pilihanraya kerana
ceramah politik hanya sesuai dalam musim pilihanraya sahaja.
Terima kasih PM.
No comments:
Post a Comment