Erti Kemerdekaan
berikut ialah beberapa komen terbaru mengenai topik di atas yang saya petik dari 'thread' facebook:
Mustafa Ahmad minda politik yang terjajah lebih bahaya daripada penjajahan kolonialisme
Mustafa Ahmad Adakah anda seorang yang merdeka, kalau anda masih tidak memiliki rumah sebagai tempat kediaman?
Wan Malek budak2
generasi sekarang tak tahu apa2 tentang kemerdekaan, yg dia tahu makan,
minum, ada rumah, ada income, ada kereta, boleh beli pakaian, merdeka2
ni utk org politik sahaja bicarakannya
Wan Malek kalau
pun dia orang ke dataran merdeka mlm meredeka, nak tengok hiburan
pentas dan bunga api sahaja, kalau ada ceramah atau syarahan, tak pergi
pun dia orang semua tu
Mustafa Ahmad tiada penghayatan tu
Wan Malek sebab tu bagi saya 'Hari Kebangsaan' atau 'Hari Nasional' sebenarnya lebih sesuai
Mustafa Ahmad WM apa perasaan anda menyambut kemerdekaan tahun ini?
Wan Malek saya dah sambut 56 tahun, kalih doh
Mustafa Ahmad apakah ini minda politik Melayu bising ketika lapar?
Wan Malek ya, diam dan berendam macam ular sawa bila kenyang
Mustafa Ahmad apakah kita merdeka terlalu mudah?
Wan Malek merdeka
tak mudah bagi mereka yg memperjuangkannya, tetapi takdak erti bagi
orang yang menikmatinya, terutamanya generasi baru, kecuali ada
persembahan pentas dan bunga api
Wan Malek dia
sama shj seperti anak2 makan nasi lauk yg sedap2, nak buatnya bukan
mudah bagi siibu tapi anak2 yg makannya sedap tambah2 kalau lapar, ibu
yg buatnya kadang2 tak makan pun kerana puas tengok anak2 makan
Wan Malek begitu
juga dlm pelajaran, ibubapa yg susah tak kisah tentang kesusahannya
asalkan anak2nya dapat belajar tinggi2 dan dapat kerja gaji mahal2
Wan Malek sebab
itu, bagi saya, 'perayaan' bagi merayakan hari kemerdekaan tidak
sepatutnya dibuat berlebih2an dan mengambil masa sehingga sebulan,
kerana masanya sesuai untuk sehari pada 31hb itu sahaja, kerana jika
terlalu panjang orang jadi jemu, dan bila jemu,
sambutan pun jadi hambar, sebab tu tahun ini orang tak ghairah pasang
bendera di kenderaan dan rumah dan premis kedai, bila ini terjadi,
kerajaan merungut, bila merungut itu bermakna kecewa dan gagal
Wan Malek oleh itu 'kemerdekaan' bukan untuk 'dirayakan'
Wan Malek buat
sekadar patut satu hari sahaja, perarakan di dataran merdeka pada 31hb
itu ok, tapi tak payah buat sambutan sampai sebulan masanya
Wan Malek cina kata 'rayo pun sari jah'
Wan Malek dan saya tetap dengan pendapat peribadi saya istilahnya elok dikembalikan semula kpd 'Hari Kebangsaan'
Wan Malek mengingati
kemerdekaan ialah mengingati perjuangannya, yang lebih penting ialah
mengisi kemerdekaan itu sendiri, dan komponen paling utama dan paling
penting ialah keamanan serta kemajuan ekonomi, dua2 ini pula bergantung
kpd sejauh mana kemampuan pemerintah untuk menstabilkan politik negara
dan keharmonian kaum serta keselamatan negara
Wan Malek kemampuan
menstabilkan politik dan keharmonian negara pula bergantung kpd sejauh
mana pula pihak pemerintah memerintah dgn adil dan telus tanpa sebarang
unsur2 negatif seperti rasuah dan lain2
Wan Malek erti
kemerdekaan tidak akan dapat dihayati oleh rakyat jika sekirannya pihak
pemerintah sendiri masih dgn masalah rasuah membelenggui mereka
No comments:
Post a Comment