Terbitan Khas
Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 8)
Pada
mulanya saya mengamalkan sikap bahawa untuk menjadi seorang pemimpin
dalam badan politik, seseorang itu tidak perlu mempunyai latar belakang
pendidikan yang tinggi atau setaraf kerana dalam politik tidak ada
pra-syarat seperti ini.
Rupa2nya, ini hanya sesuai pada zaman dahulu sahaja.
Zaman sekarang tidak begitu lagi.
Seseorang itu harus sekurang2nya mempunyai segulung ijazah barulah sesuai.
Jika ada Master atau PhD lagilah baik.
Kalau setakat SPM atau STPM atau Diploma, ianya sudah tidak lagi mencukupi.
Ini adalah kerana zaman sudah banyak berubah.
Dulu zaman teknologi manual atau 'subjective' sedangkan zaman sekarang
ialah zaman ICT atau 'objective' yang memerlukan seseorang itu mencapai
satu tahap pencapaian yang tinggi dalam bidang pelajaran.
Jika tidak, pemimpin yang tidak menepati kehendak zaman ini akan ketinggalan dalam memahami sesuatu perkara atau isu.
Akibatnya, pemimpin itu akan bertindak hanya mengikut citarasanya sendiri tanpa ilmu.
Oleh itu, untuk memilih pemimpin yang akan datang ini, pilihlah
pemimpin yang ada latar belakang pendidikan yang tinggi, kecualilah
mereka yang berpendidikan itu sudah tidak ada yang berminat dalam
politik.
No comments:
Post a Comment