Friday, 7 June 2013

Terbitan Khas

Hakisan Keyakinan Orang2 Melayu Terhadap UMNO (siri 2)
Saya telah berbual2 mesra dgn beberapa orang kawan yg 'non-partisan' seperti saya. Saya tanya mengapa mereka mengambil sikap ini padahal dulu mereka aktif dalam politik.
Mereka menjawab, tenaga mereka sudah tidak diperlukan lagi.
Kalau pun mereka hendak menyumbang, suasana sekarang sudah berubah. Apa sahaja yg mereka ingin kemukakan tidak lagi sesuai dengan kehendak zaman.
Walau apa pun, satu perkara sudah amat jelas.
Pada masa sekarang, bukan idea atau sebarang kelebihan lain yang diperlukan.
Pada masa sekarang, idea dan kelebihan intelektual seseorang bukan lagi ukuran utk seseorang itu boleh aktif dan naik dalam politik, baik muda mahu pun tua.
Ukuran sekarang ialah wang ringgit dan kekayaan.
Sesiapa sahaja yang ada ini, secara otomatik layak dan boleh naik dalam politik.
Sesiapa sahaja yang ada ini, walaupun tidak berpelajaran tinggi dan dungu, tetap juga akan naik berbekalkan modal ini.
Sesiapa sahaja yang ada ini, akan dihurmati dan didengari suaranya walaupun pendapatnya itu dangkal dan cetek. Sesiapa sahaja yang ada ini, walaupun kadang2 ada perbuatan2nya yang terang2an melanggari hukum agama, ianya tetap juga dianggap sah.
Maka, sesiapa sahaja yang ada ini, merekalah pemimpin politik zaman ini yang dicari-cari.

No comments:

Post a Comment