Wednesday, 26 June 2013

Terbitan Khas

Isu-isu Tempatan Semasa

Tumpuan penulisan saya dalam FB dan Blog buat masa sekarang ialah:

1) PRK Kuala Besut
2) Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh

PRK Kuala Besut akan diadakan dalam tempuh 60 hari bermula hari ini. Pemergian Allahyarham Dr Rahman ke rahmatulLAH semalam telah mengosongkan kerusi DUN Kuala Besut yg beliau menangi dgn majoriti 2,000 lebih dalam PRU13 yang lalu. Walaupun majoritinya agak besar, saya percaya PR akan tetap menentang BN untuk memenanginya dalam PRK ini kerana negeri Terengganu dikuasai oleh BN hanya dengan kelebihan 2 kerusi DUN sahaja. Oleh itu, persaingan akan menjadi sangat sengit dengan kedua-dua belah pihak menurunkan semaksimum mungkin jentera pilihanraya masing-masing.

Manakala pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh pula akan menyaksikan pertandingan seperti biasa. Perkara yang akan menjadi perhatian utama ialah pertandingan di peringkat Ketua. Dijangkakan usaha untuk mencabar Ketua sekarang akan dibuat dengan menampilkan seorang calon yang paling sesuai dan layak. Apabila ditanya mengapa jawatan teratas ini hendak ditandingi sedangkan semua tahu akibatnya sangat buruk iaitu perpecahan dalaman akan terjadi lagi seperti dahulu, mereka menjawab, orang ramai hendak mencari seorang pemimpin UMNO, bukan sekadar Ketua. Mereka menjawab, seorang pemimpin ialah orang yang boleh memimpin orang lain ke arah perpaduan, sedangkan seorang Ketua hanya memimpin orang-orangnya sahaja. Selain daripada itu, seorang pemimpin juga ialah seorang yang beriman dan bertaqwa yang tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang menyalahi hukum agama dan undang-undang.

No comments:

Post a Comment