MyDiary (108)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para
pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan
pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat
akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat
peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan
dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau
pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan.
Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan
tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk
tujuan ini).
‘Hot UMNO' vs ‘Cool PAS'
Pada
masa ini tiadalah lagi apa-apa yang boleh saya tulis setelah lebih kurang 4
tahun saya menulis tentang UMNO Pasir Puteh. Ini adalah kerana pilihanraya
sudah diambangnya atau ‘is just around the corner’ dan saya masih tetap dengan
prinsip saya bahawa UMNO Pasir Puteh boleh memenangi PRU13 ini hanya jika dua
(2) isu dapat dipecah atau diselesaikan. Kedua-dua isu ini ialah perpaduan
parti dan pengundi luar.
Selama
masa yang telah dilalui itu, saya tidak tahulah sejauh mana tindakan yang telah
diambil oleh kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh keatas kedua-dua isu itu.
Yang saya tahu, kedua-dua isu ini masih lagi dianggap oleh ramai ahli-ahli UMNO
sendiri sebagai dua faktor utama yang akan memberi kesan ketara keatas parti
UMNO Pasir Puteh dalam PRU13 ini nanti.
Saya
tidak menafikan jika dikatakan bahawa kepimpinan Bahagian ada melakukan usahanya
tetapi apa yang saya tahu ialah usaha itu tidak menampakkan sebarang kesan
seperti yang diharapkan.
Dua
tiga malam lepas dua orang sahabat saya dari Kuala Lumpur berkunjung kerumah
saya untuk mendapatkan pandangan saya. Mereka berdua adalah orang-orang penting
UMNO Bahagian Pasir Puteh dan penggerak utama parti. Selain daripada perbualan
politik yang lain, saya telah nyatakan pendirian saya dengan tegas dan jelas
bahawa UMNO Pasir Puteh melalui BN akan mampu menang jika sekiranya betul-betul
terdapat sekurang-kurangnya 1,000 orang-orang PAS disetiap DUN dalam Parlimen
Pasir Puteh yang diyakini akan berpaling tadah mengundi BN dalam PRU13 ini.
Jika angka ini tidak dicapai, saya nyatakan bahawa agak sukar untuk UMNO Pasir
Puteh mencapai impiannya. Mereka berdua tidak menolak bahkan bersetuju.
Tentang
perpaduan dalaman parti pula, saya telah nyatakan pandangan saya bahawa ianya
tidak lagi boleh dibuat apa-apa jika senario yang ada pada hari ini menunjukkan
bahawa UMNO Pasir Puteh ‘hot’ atau panas sedangkan PAS pula dilihat ‘cool’ atau
sejuk. Ini adalah kerana perpaduan mampu dicapai hanya apabila sesebuah parti
itu melalui kepimpinannya berada didalam keadaan tenteram dan tenang. Jika
sebaliknya, bukan sahaja perpaduan yang diharapkan itu tidak boleh dicapai,
bahkan perbalahan sesama sendiri pun mungkin tercetus dengan semakin serious.
Oleh
itu, apa pun keputusan yang akan berlaku, saya hanya berharap supaya ahli-ahli
di bawah tidak dipersalahkan nanti. Mereka tidak ada apa-apa kepentingan
kecuali mahukan supaya UMNO dan BN menang dan semuanya bergantung hanya kepada
persoalan apakah benar-benar terdapat sekarang 1,000 orang-orang PAS seperti
itu di setiap DUN, jika pun isu perpaduan dan pengundi luar tidak sempat hendak
ditangani?
Oleh,
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
No
ahli UMNO 03924693
Semerak.
No comments:
Post a Comment