Terbitan Khas (PRU13)
Zaman
dulu orang2 kampong berpolitik hanyalah pada musim pilihanraya sahaja.
Mereka bergomo habis2an dengan aktiviti2 pilihanraya seperti ceramah2
dan kerja2 pemasangan poster tetapi selepas itu mereka seolah2 bergabung
dan bersatu semula sehinggalah bergomo lagi pada musim pilihanraya yang
selanjutnya. Orang2 kampong tidak ambil kisah dan peduli tentang
politik kerana yang penting ialah hidup bersama seperti satu keluarga
dalam sesebuah kampong. Mereka akan sentiasa melakukan apa2 kerja secara
bergotong royong dan dilihat hati mereka seperti bersatu walaupun pada
musim pilihanraya mereka berpecah kerana perpecahan itu hanyalah
sementara sahaja.
Sekarang, orang2 kampong berpolitik sepanjang
tahun siang dan malam. Sebab itu perbezaan tidak dirasakan sangat
apabila tiba musim pilihanraya.
Zaman
dulu apa sahaja yang menjadi pertikaian dalam soal2 agama, majlis fatwa
yang mewakili kerajaan yang memerintah negara akan mengeluarkan fatwa
rasminya. Dengan itu, pertikaian pun berhenti kerana semua pihak akur
dengan fatwa itu. Sekarang, fatwa pihak kerajaan yang memerintah
hanyalah untuk golongan yang menyokongnya sahaja. Golongan yang tidak
menyokongnya akan sentiasa mempertikaikannya. Akibatnya, tiada sebarang
jalan penyelesaian dicapai dan perpecahan yang berlaku semakin hari
semakin melebar diantara orang2 Islam.
Jika ini tidak betul, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
No comments:
Post a Comment