Monday, 18 March 2013

MyDiary (107)

(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

UMNO Menang Besar vs PAS Kalah Teruk

Usaha bersungguh-sungguh dan bermati-matian disaat-saat akhir sedang giat dilakukan oleh semua pihak kerana demam pilihanraya sudah mulai dirasai. Saya tidaklah begitu tahu secara mendalam apa yang dilakukan oleh pihak PAS kerana saya bukan ahlinya. Saya tidak begitu tahu juga secara mendalam tentang apa yang dilakukan oleh UMNO walaupun saya ahlinya kerana saya bukanlah pula pemegang sebarang jawatan politik dalam UMNO.

Walau bagaimana pun, saya tetap ada hak sebagai ahli UMNO untuk berkata-kata jika saya rasa ingin menegur bahkan mengkritik mana-mana pemimpinnya. UMNO bukanlah hak peribadi sesiapa sehingga terdapat di dalam perlembagaannya tidak dibenarkan sesiapa pun menegur dan mengkritik pemimpinnya sepertimana FAM.

Inilah yang semakin dilupakan oleh ahli-ahli UMNO terutamanya pemimpin generasi baru. Bagi mereka, disebalik parti dan program-programnya, yang lebih penting ialah apa yang boleh mereka perolehi jika BN boleh memerintah semula negeri Kelantan nanti. Keikhlasan mereka semakin diragui. Ini dapat dilihat dari tanda-tanda tertentu. Ada dikalangan jentera parti yang aktif mula memasang angan-angan untuk menjadi calon. Ada juga diantara mereka yang aktif mula memasang angan-angan untuk mendapatkan kenaikan pangkat, anugerah atau imbuhan kerana terlalu yakin BN akan mengambilalih nanti.

Sebaliknya, PAS dilihat lebih 'cool' dalam situasi panas sekarang ini. Apabila ditanya, mereka menjawab mereka sudah pun kalah. Apabila ditanya apakah faktor utamanya? Mereka menjawab, faktor utamanya ialah kehadiran 50,000 orang setiap kali mana-mana pemimpin UMNO pusat berkunjung ke Kelantan.

Sudah tentulah jawapan seperti itu nampak bodoh. Namun, sebenarnya mereka sedang memperbodohkan pemimpin UMNO yang asyik cuba meyakinkan orang ramai di kampong-kampong bahawa UMNO dan BN sudah mencapai kemampuan mengambilalih dengan mengutama dan memperhebatkan propaganda ini. Seolah-olah UMNO dan BN mampu mengambilalih hanya melalui 50,000 orang ini sahaja tanpa melibatkan pengundi-pengundi lain yang tidak hadir padahal yang tidak hadir itu berlipat kali ganda jumlahnya.

Teguran dan kritikan saya ini sudah tentu sekali lagi mengundang kemarahan orang-orang tertentu. Kalau baru-baru ini saya diberikan amaran keras supaya tidak lagi menulis kerana saya dianggap tidak ada kemampuan berbuat apa-apa setanding mereka, mungkin pada kali ini mereka tidak lagi memperkecil-kecilkan kemampuan saya bahkan mungkin akan terus menghalau pula saya daripada parti UMNO. Mereka lupa saya ialah bekas Pegawai Perkhidmatan UMNO Bahagian Pasir Puteh yang pernah mencipta rekod kecemerlangan kerja yang diiktiraf orang ramai. Mereka juga lupa bahawa saya ialah bekas seorang wakil calon yang pernah berkhidmat kepada parti satu masa dahulu semasa pilihanraya. Yang terakhir mereka lupa saya ialah Setiausaha UMNO Cawangan Kg Gelam, Pasir Puteh dibawah YBhg. Dato' Pahamin A. Rejab.

Yang mereka tidak lupa ialah berangan-angan untuk mendapatkan kenaikan pangkat, imbuhan atau anugerah. Bagi yang bekerja sebagai seorang guru, harap-harapnya dapat menjadi PK Hem sekurang-kurangnya. Bagi yang ada lesen kontrak, harap-harapnya mendapat kontrak yang lebih menguntungkan. Bagi yang menyandang jawatan penting lain dalam kerajaan pula, harap-harapnya mendapat sesuatu seperti JP contohnya, kalau pun tidak Datuk. Tanda yang akhir ini ada berlaku di Pasir Puteh apabila sudah ada yang belajar-belajar menggunakan singkatan JP pada namanya.

Ikhlaskah mereka ini?

Dari saya,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak




No comments:

Post a Comment