Tuesday, 16 August 2011

SSPDS 63


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (63)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan)
Seperti yang telah saya tegaskan bahawa saya akan sentiasa menjaga etika penulisan saya supaya setiap artikel yang dihasilkan tidak sekali-kali mengandungi sebarang unsur-unsur fitnah atau provokasi. Ianya juga tidak sekali-kali akan mengandungi unsur-unsur melanggar perlembagaan parti.
Oleh yang demikian, apabila ada pihak yang meminta supaya saya menulis sesuatu isu yang agak kontroversi mengenai kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh saya akan pastikan bahawa isu itu benar dahulu barulah saya menulisnya untuk tatapan umum. Jika tidak, saya tidak akan sekali-kali menulis apa-apa walau pun sememangnya isu itu kedengarannya seperti benar.
Kali ini saya membawa pembaca kepada persoalan ini kerana sudah tentulah menjadi kebiasaan apabila pilihanraya semakin hampir, semakin banyaklah cerita-cerita yang timbul. Ada cerita dalaman parti dan ada juga cerita di luar parti. Kebanyakan cerita-cerita itu menjadi buah mulut orang ramai tetapi kadang-kadang puncanya tiada siapa yang tahu dari mana datangnya.
Ada cerita yang sememangnya benar dan ada cerita hanyalah khabar angin. Jika benar pun, bukan mudah pula untuk dipastikan kerana ketiadaan bukti atau saksi.
Apa yang penting di sini ialah orang ramai seharusnya berhati-hati jika timbul sesuatu isu atau tohmahan pada masa-masa seperti ini. Kadang-kadang sesuatu isu itu menyentuh kepimpinan parti.
Jika pun sesuatu isu yang timbul itu menyentuh hanya dalaman parti, ianya tetap akan membawa kesan keatas penyokong-penyokong di luar jika perkara itu bocor kerana sudah tentulah pihak yang di luar itu akan sentiasa berada didalam keadaan menunggu-nunggu untuk menyebarkannya lagi. Jika penyebaran berlaku, sudah tentulah ianya akan mengundang kepada perbezaan pendapat yang mungkin tidak boleh dikawal dan akhirnya orang ramai pun berbalah sesama sendiri.
Walau pun tahap ini sudah boleh dianggap sebagai serious, terdapat satu lagi tahap yang lebih serious dan tidak disukai oleh semua orang. Tahap itu ialah tahap krisis dalaman parti. Krisis dalaman parti adalah krisis pilihanraya kerana kesannya sudah tentulah akan terbawa-bawa hingga ke situ. Pengundi-pengundi dari parti sendiri keluar mengundi tetapi mereka mengundi bukan seperti dijangka. Mereka mengundi semata-mata untuk melepaskan geram terhadap seseorang. Undi mereka sebaliknya dizahirkan sebagai ‘undi protes’.
Maka jadilah lima tahun bekerja sebagai bekerja untuk gagal.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
17 Ogos 2011 / 17 Ramadhan 1432H
Semerak.       

No comments:

Post a Comment