Sunday, 17 May 2015

Parti IKATAN Yang Tidak Akan Kemana

News Feed

Baru lepas baca blog Abe Wan Malek berkenaan Parti Ikatan. Panjang lebar jugak aku bercakap dengannya berkenaan parti ini tempoh hari sewaktu berjumpa dengannya di Desa Coalfield, Sungai Buluh.
Y. Bhg. Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil ni terlalu berhati-hati. Dia punya narration cukup menarik dan jelas. Panjang lebar dia jelaskan susur-galur dan kronoloji sehingga dia berhasrat nak tubuh parti baru. Aku bersetuju dan sokong ideanya.
Namun, aku lihat dia terlalu berhati-hati. Lambat buat keputusan. Aku baca memory The Right Honourable The Lord Moyne. Dia bagi tahu, kita selalu sangat bila buat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat tetapi dah jadi terlambat. Jadi kesuntukan masa untuk laksanakan keputusan itu. Lebih-lebih lagi jika ada kesilapan. Bila dah terlambat, sukar untuk buat pembetulan kerana kesuntukan masa. Dia menceritakan pengalamannya sebagai pegawai tentera British sewaktu Perang Dunia Pertama.
Dia beritahu lebih baik ambil keputusan yang mungkin ke empat terbaik kerana ada keuntungan masa yang lebih panjang. Jika ada kesalahan di dalam keputusan ini, kita masih ada masa untuk membuat pembetulan. Agak sukar untuk mendapatkan perfect information untuk membuat the best decision. Sewaktu aku kerja di Singapore dulu, syarikat aku mengamalkan Six Sigma. Kita ada Six Sigma Master Black belt. Tumpuannya adalah untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang sempurna supaya tidak berlaku lagi pembetulan-pembetulan di tengah jalan yang akan merugikan syarikat.
Namun bukan mudah nak dapatkan maklumat yang sempurna ini. Yang menjadi Six Sigma Master Black Belt ni adalah bos aku sendiri. Seorang Engineering Manager. Bekas manager dari Seagate. Selepas bos aku resign, dilantik Quality Assurance Assistant Manager untuk jadi Six Sigma Black Belt ini dengan bond selama dua tahun. Pukul enam pagi lebih dia dah sampai ofis untuk siapkan maklumat yang tepat ini. Aku dapat rasakan dia tidak akan kekal lama dengan bebanan kerja sebegini. Cukup sahaja tempoh bond dua tahun, dia pun resign. Pada aku, bukan mudah nak dapatkan maklumat yang sempurna. Jika ada maklumat yang sempurna pun, bukan mudah untuk kekalkan perkerja untuk sediakan maklumat yang sempurna ini. Jadi, aku amat bersetuju dengan saranan The Lord Moyne ini.
Dalam kes, Y. Bhg. Tan Sri Kadir ini, keputusan dia terlalu perlahan. Sehinggakan Abe Wan Malek pun kelihatan seolah-olah fed-up. Agak mengejutkan pada mulanya bila aku melihat hint yang dia cuba sampaikan sebelum ini kerana pada aku dia dikira orang dalaman parti ini. Dia pernah diwar-warkan untuk jadi Setiausaha Agong parti ini yang kemudiannya diwar-warkan pula sebagai Setiausaha Kerja Pusat. Sehinggakan aku sendiri pun sebagai kawannya dapat tempias pengaruhnya dan dijemput olehnya untuk mendengar sendiri apa yang ingin disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Kadir di kediamannya.
Aku melihat, jika Y. Bhg. Tan Sri Kadir nak memajukan partinya ini, dia kena kerja sendiri dengan sekuatnya. Jika dia mengharapkan orang lain, dia mesti bersedia untuk memberi dan terus memberi. Bukan sahaja terus memberi tapi memberi dengan jumlah yang besar. Only give and never take. Dengan cara ini dia boleh menarik minat orang-orang yang berkebolehan menyertai partinya.
Dengan sikap Y. Bhg. Tan Sri Kadir ini, usahkan orang lain, aku sendiri pun akan beralih arah. Jika aku yang keluarkan tenaga, buah fikiran, masa dan duit, lebih baik aku tubuh parti aku sendiri. Making myself as the party's president and working hard for my own political party.
I strongly agree with Abe Wan Malek that this party is not going anywhere.
http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/…/parti-ikatan-…

No comments:

Post a Comment