saya mengandaikan sebuah negara itu sama seperti tubuh badan manusia
sihat atau tidaknya bergantung kepada sihat atau tidaknya tubuh badan itu
sihat yang sempurna adalah sihat dari hujung kaki ke hujung rambut termasuk kesemua organ2 dalaman
jika jari pun sakit
sakitlah seluruh kaki orang itu
jika perut yang sakit
maka berguling2lah orang itu
bahkan ada yang 'nunggeng2 nyior' kerana terlalu sakit
jika dada yang sakit
alamatnya tak lamalah orang itu diserang sakit jantung
jika leher yang sakit
makan minum dan tidur jadi susah
jika kepala yang sakit
itulah kemuncak sakit orang itu
inilah kalau di kelantan yang dipanggil 'putus wayar'
ada yang murung tinggal di rumah
ada yang berjalan berkhayal pandu kereta
ada yang berjalan kehujung sana kehujung sini sambil bercakap sorang2
kerajaan sesesuah negara pun samalah juga
jika kepalanya sakit
habis satu badan jadi tak betul juga sistemnya
semua perkara jadi bercelaru
oleh itu bagi saya
kesihatan sesebuah negara bergantung kepada sihat atau tidaknya kepala negara
kiasan orang tua2 dulu bahawa ikan buruk di kepala dulu memang betul
bukan di ekor
No comments:
Post a Comment