kepada semua penulis2 :-
tak kiralah samada anda seorang penulis tersohor atau pun tidak
tak kiralah samada anda seorang penulis besar yang pernah mendapat anugerah negara atau pun tidak
tak kiralah samada anda seorang penulis yang berpendidikan tinggi atau pun tidak
tak kiralah samada anda seorang penulis berpengalaman atau pun tidak
saya tetap menganggap anda sama seperti saya iaitu seorang manusia biasa dan seorang penulis biasa
kerana setiap tulisan anda tetap memerlukan pembaca
dan pembaca yang membaca tulisan kita terdiri daripada pelbagai golongan
ada yang berpendidikan tinggi
ada yang tidak
ada yang mempunyai ilmu bahasa yang tinggi
ada yang tidak
ada orang bandar
ada orang kampung
ada orang muda
ada orang tua
ada melayu
ada cina
ada india
dan lain2 bangsa
yang penting mereka baca dan faham
oleh itu di sini
saya ingin menyeru supaya apa sahaja yang hendak disampaikan melalui tulisan
samada dalam FB atau Blog atau lain2 media
samada dalam bahasa malaysia atau pun inggeris
adalah lebih baik sesuatu itu ditulis dengan jalan bahasa yang asas dan mudah sahaja
supaya apa yang dimaksudkan itu mudah difahami
jika menulis dengan bahasa yang 'sophisticated'
nanti hanya yang berpelajaran tinggi sahaja yang faham
yang tidak akan membacanya sahaja tetapi tidak faham
biarlah orang2 yang berpendidikan tinggi faham dan orang2 kampung seperti saya pun faham juga
terutamanya apa sahaja yang menyentuh isu2 politik
sekadar cadangan
terima kasih
No comments:
Post a Comment