Monday, 9 February 2015

Pemimpin dan Gangguan

saya melihat isu2 politik hari ini dari sudut sebagai seorang rakyat biasa negara ini sahaja
bukan sebagai orang politik
namun saya ada hak untuk sekurang2nya mengetahui tentang sesuatu isu itu
dan kalau boleh secara mendalam
apa yang saya lihat hari ini bukanlah sangat kepada isu2nya
bagi saya ada sesuatu yang lebih penting dan 'significant' dari itu
saban hari pemimpin2 parti yang memerintah kerajaan pusat semakin dikritik hebat dari pelbagai penjuru oleh pelbagai pihak
bermula dengan pm sendiri sehinggalah kepada menteri2nya
belum pernah sebelum ini terjadi sedemikian
mungkin pada masa sebelum ini kemudahan it belum mencapai kemajuan seperti sekarang
walau bagaimana pun
pihak yang dkritik itu dilihat seperti tidak berupaya menangkis segala kritikan dan tohmahan secara berkesan
mereka dilihat seperti 'bersalah' kerana dilihat seperti 'mengalah'
padahal kemudahan it ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak
jika senario ini berterusan
saya menjangkakan pemimpin2 ini akan menjadi semakin 'terganggu' fikiran mereka
jika ini benar2 berlaku
negara akan mengalami kerugian yang semakin besar kerana kerja mentadbir sesebuah negara memerlukan pemimpin2 yang tenang dan waras
bukan seperti mentadbir sebuah sekolah kebangsaan dengan jumlah murid2 seramai seribu lebih sahaja

No comments:

Post a Comment