Saya mulai ragu sama ada PR boleh kuat seperti dulu. Sikap PAS dalam kes MB Selangor dan sikap PKR dan DAP yang tidak turun berkempen untuk PAS dalam PRK Pengkalan Kubor menunjukkan hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah.
Apakah puncanya?
Jika mengikut PAS, Langkah Kajanglah puncanya. Ini kerana Langkah
Kajang dibuat oleh PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengannya. Jika
mengikut PKR, sikap PAS dalam kes pelantikan MB Selangorlah puncanya.
Krisis PAS-PKR ini telah membuatkan rakyat yang ingin melihat PR menjadi saingan kepada BN kecewa dan hilang harapan. Belum pun ke Putrajaya, banyak sangat krisis yang timbul.
Dalam PAS pula ada pemimpin yang mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, tetapi apabila diminta berbuat demikian tidak mahu pula. Apabila diminta untuk erat bekerjsama dalam PR, berlaku pula tuduh menuduh. Berpakat apakah seperti ini?
Dengan kalahnya PAS di Pengakalan Kubor dan dengan semakin sedikitnya Exco PAS dalam kerajaan Selangor, apakah PR akan seperti dulu lagi?
Pada saya PR sudah seperti hidup segan mati tidak mahu. Ini kerana masih adanya pemimpin yang cetek ilmu tolak ansur dalam politik. Semoga PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka.
Tanpa komitmen baru, pemimpin baru dan idea baru, impian PR untuk ke Putrajaya hanya sekadar bahan lawak sahaja. Lebih malang lagi, apabila lawak itu ialah lawak yang tidak nakal.

No comments:
Post a Comment