Saya ingin merakamkan sedikit penghargaan dan pujian kepada Majlis
Daerah Pasir Puteh atau MDPP kerana sekarang kawasan Pantai Bisikan Bayu
atau nama asalnya Pantai Dalam Rhu Semerak sudah bersih.
Semoga
kebersihan ini dikekalkan pada setiap masa dan diharap para pengunjung
pun terus bersikap mengamalkan kebersihan dengan membuang sisa2 makanan
atau bekas2nya ke dalam tong2 sampah yang disediakan.
Walau bagaimana pun orang ramai masih tidak berpuas hati kerana :-
1. tiada bangku simen untuk duduk berehat
2. tiada tandas awam yang mencukupi meliputi hujung ke hujung kawasan perkelahan
3. tiada kawasan parking kereta yang lebih selesa
4. kedudukan peniaga2 tepi jalan yang menjual satar dan jagung bakar
serta air minuman yang tidak tersusun lalu mereka cadangkan supaya MDPP
bina gerai2 yang lebih sempurna dan menarik untuk mereka yang berniaga
ini.
Orang ramai berkata pantai ini sangat menarik dan sudah berabad
lamanya menjadi tarikan pengunjung2 terutamanya pada hari2 minggu atau
cuti umum dan musim cuti sekolah.
Oleh itu keadaannya sewajarnyalah dipertingkatkan lagi dengan menambah kemudahan2 awam sepertimana yang disebutkan di atas itu.
Semoga MDPP mengambil perhatian keatas rungutan mereka itu dan bertindak aktif.
Janganlah dalam mesyuarat hanya pandai bercakap mengenai pembangunan di bandar sahaja sedangkan tempat2 lain diabaikan.
No comments:
Post a Comment