Selama
ini saya menjangkakan apa yang saya tulis dan terbitkan dalam blog
sahaja dibaca oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua-Ketua
Pengarah atau Pengarah-Pengarah (yang selalunya saya sertakan dengan emel pula
jika sesuatu kes itu penting), tetapi rupa-rupanya apa yang saya tulis dan
'post'kan ke dalam Facebook pun dibaca juga oleh mereka yang berkenaan itu.
Saya mendapat tahunya apabila terdapat tindakan
susulan serta merta oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini selepas saya
'post'kan sesuatu ke dalam Facebook baru-baru ini padahal ianya hanyalah untuk
perhatian pihak jabatannya sahaja di peringkat daerah.
Ini
menunjukkan bahawa terdapat perhatian dan keperihatinan oleh pihak
pegawai-pegawai tertinggi kerajaan terhadap apa sahaja yang dipaparkan
dalam Facebook terutamanya apabila ada rungutan atau 'complaints'.
Syabas
dan Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini. Tuan-Tuan
telah bertindak secara profesional dan berkesan dengan memanfaatkan
kemudahan IT.
Saya ingin rakamkan ucapan ribuan terima kasih bagi
pihak semua kawan-kawan Facebook saya yang lain. Diantara kawan-kawan Facebook saya ialah YBhg. Lt. Gen. (B) Dato' Nawi Alias, bekas Panglima TUDM, YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah
CASIS merangkap Felo Terutama BTN di Jabatan Kenegaraan JPM, YBhg.
Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Agus Yusoff, YBhg. Dr. Fauzi Shaffie, YBhg. Ir. Mat Kamil Awang, YBhg. En. Manzaidi Mohd Amin dan semua kawan-kawan Facebook saya yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu di sini sebab ramai.
Teruskanlah 'standard'
perkhidmatan yang cemerlang ini.
Sekian dan terima kasih sekali lagi.
No comments:
Post a Comment