Saturday, 26 April 2014
Friday, 25 April 2014
Lot Bangunan Untuk Dijual di Semerak
Negeri : Kelantan
Daerah : Jajahan Pasir Puteh
Bandar/Pekan/Mukim : Mukim Cherang Ruku
Tempat : KG RAJA DAGANG
No.PT : PT 8285
Luas : 598 Meter Persegi
Kategori Penggunaan Tanah : Bangunan
DI DALAM KAWASAN REZAB MELAYU
Di atas itu ialah satu daripada lapan (8) lot yang hendak dijual oleh tuanpunya tanah ini. Harga ialah RM10 sekaki persegi. Contoh: 598 meter persegi ialah 6,443 kaki persegi x RM10 = RM64,430.00. Harga pasaran terbuka sekarang ialah sekitar RM15 sekaki persegi di kawasan ini.
Lokasinya ialah di tepi jalan dari Semerak hendak ke Kuala Besut dengan jarak dari Balai Polis Cherang Ruku lebih kurang 1/2 km sahaja. oleh itu berdekatan juga dengan sekolah rendah dan sekolah menengah, pusat kesihatan kerajaan, pejabat pos, masjid, pasar, kedai, stesyen minyak dan Pantai Bisikan Bayu di mana terletaknya Tok Aman Bali Resort.
Tapak ini tidak terlibat dengan banjir dan tidak perlu di'backfill' dengan tanah sebab sudah tinggi separas jalan raya besar. Tiada masalah juga dengan bekalan letrik dan air.
Sila hubungi saya di talian 011-1297 0453 samada SMS atau WhatsApp jika ada yang berminat atau masuk ke akaun Facebook saya di wanmalekwannoh@yahoo.com dengan nama 'Wan Malek'
Harap maklum dan terima kasih.

Thursday, 24 April 2014
PERKASA dan Penyatuan Orang-Orang Melayu Secara Keseluruhan
Apabila kita melihat kepada PERKASA
kita akan nampak ianya sebagai pertubuhan atau NGO besar orang-orang melayu
yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang-orang melayu serta agama
Islam. Sebab itulah agenda utamanya ialah mempertahankan institusi raja dan
perlembagaan.
Ini dilihat secara jelas bukan oleh orang-orang melayu sahaja bahkan orang-orang
cina dan india pun sudah tahu dan faham akan kewujudan dan perjuangannya. Namun
mereka tidak begitu mempedulikannya kerana kesan perjuangannya tidak pun mengganggu
mereka. Bagi mereka ada dan tidak ada PERKASA
sama sahaja.
Kalaulah bangsa-bangsa lain ini merasa begitu, sudah tentulah
orang-orang melayu sendiri pun lebih-lebih lagi sebenarnya. Orang-orang melayu
tidak merasa bahawa kewujudan PERKASA
boleh mempertahankan hak mereka. Apalagi untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka tetap juga berada didalam
keadaan berpecah belah seperti biasa dan masing-masing tetap juga menyalurkan sokongan mereka secara
berasingan melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS.
Selama ini pun sudah begitu seadanya.
PERKASA sepatutnya membuat perubahan ketara dari segi matlamat asas
perjuangannya. Bukan membicarakan tentang isu mempertahankan hak-hak dan
keistimewaan orang-orang melayu sahaja tetapi mempertahankan sesuatu yang lebih
penting dari itu. Yang lebih penting itulah asas kepada matlamat untuk mencapai
hasrat akhir yang diidam-idamkan iaitu mempertahankan hak-hak dan keistimewaan
orang-orang melayu serta agama Islam.
Bagaimana mungkin untuk mencapai hasrat itu jika orang-orang melayu
sendiri masih berpecah dan tidak bersatu? Bagaimana PERKASA hendak mencapai cita-citanya jika hanya segolongan sahaja
orang-orang melayu yang menyokong dan menganggotainya?
Sudah lama saya cadangkan supaya PERKASA
mula mengambil langkah drastik supaya keanggotaan pertubuhan ini dibuka
seluas-luasnya kepada semua orang-orang melayu tanpa mengambilkira latar
belakang pegangan politik mereka. Ini adalah kerana 90% ahli-ahlinya adalah
orang-orang UMNO walaupun pada asal penubuhannya tidak pernah ditetapkan bahawa
hanya orang-orang UMNO sahaja yang diberikan galakan untuk menyertainya.
Disebabkan itulah, maka sampai sekarang PERKASA
dilihat dan dianggap sebagai tidak berperanan seperti NGO tulen tetapi sebuah
NGO yang ada kepentingan untuk parti UMNO sahaja. Di tempat saya contohnya,
jarang orang-orang PAS yang berminat kepada PERKASA kerana kata mereka, PERKASA
untuk orang-orang UMNO.
Jika saranan dan cadangan saya ini diberikan perhatian dan pertimbangan,
sudah tentulah kepimpinan PERKASA
mahu pula tahu bagaimana caranya. Caranya bukan payah dan bukan susah. Wujudkan
sahaja apa-apa jawatan kanan yang baru dan sesuai diperingkat kepimpinan pusat
dan tawarkanlah jawatan-jawatan ini kepada mana-mana pemimpin kanan parti PAS
secara lantikan terus. Dengan cara ini sahaja barulah semua ahli-ahli PAS boleh
meyakinkan diri mereka bahawa PERKASA
bukan hanya untuk orang-orang UMNO sahaja kerana pemimpin-pemimpin mereka
sendiri pun ada di atas.
Apabila ini sudah dicapai, langkah kedua ialah meramaikan ahli-ahli PAS
untuk menyertai PERKASA. Saya penuh
yakin matlamat untuk meramaikan keanggotaaan dengan pertambahan ahli dari
orang-orang PAS tidak lagi menjadi rumit dan sulit. Sudah tentu pemimpin-pemimpin
mereka ini mampu memberikan gambaran baru bahawa PERKASA pun untuk orang-orang PAS juga.
Langkah ketiga ialah memainkan peranan kearah penyatuan dua parti
terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS itu. Peranan ini sudah tentu
akan menjadi lebih mudah dan berkesan jika kedua-dua langkah terdahulu itu
sudah dicapai.
Langkah keempat dan terakhir ialah kerja-kerja mempertahankan hak-hak
dan keistimewaan orang-orang melayu serta agama Islam sepertimana yang
termaktub di dalam perlembagaan PERKASA.
Bukankah apabila perkara yang susah menjadi mudah jika dilakukan secara pakatan
beramai-ramai dan bersatu hati?
Sarang lebah atau tebuan tidak dibina hanya oleh beberapa ekor lebah
atau tebuan sahaja.
Wednesday, 23 April 2014
KWSP
ini ialah copy & paste dari Facebook yang telah dihantar masuk oleh salah seorang kawan Faacebook saya hari ini...
KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS.
PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP.. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang! — copy&paste dari Grop lain.
KWSP - Faedah Sebagai Ahli KWSP - KWSP - http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member

Tuesday, 22 April 2014
Masjid Semerak Masih Tanpa Imam Tua Sekian Lama
inilah masjid mukim semerak (al-taqwa) yang
saya kata dibiarkan sekian lama oleh jabatan agama islam negeri kelantan
tanpa imam tua sejak kematian imam tuanya berbulan2 yang lalu ...
Orang Kampong Rakyat Biasa Nak Apa?
apa sebenarnya yang rakyat biasa orang kampong nak?
mereka hanya nakkan 'kesejahteraan' sahaja
contoh:-
ada rangkaian jalanraya yang selesa
ada bekalan air yang mencukupi
ada bekalan letrik yang jarang 'blackout'
ada perkhidmatan kesihatan yang memuaskan
ada sistem pengangkutan awam yang menepati masa
ada sekolah berdekatan untuk anak2
ada anggota keselamatan yang mencukupi
untuk menjaga keamanan
ada penguatkuasaan yang berkesan
demi menjaga kedaulatan undang2 dan kemuliaan agama rasmi negara iaitu islam
termasuk juga gejala rasuah yang memusnahkan masa depan negara
harga minyak jangan naik
supaya harga barangan lain pun tidak naik juga
yang patut dinaikkan ialah harga komoditi
seperti getah
kelapa sawit
padi
dan lain2 yang diusahakan oleh rakyat biasa orang kampong
itu sahajalah yang orang2 kampong mahukan
bukan kontrak besar2
dan yang yang paling penting ialah
BR1M dinaikkan kepada RM1,200 pula untuk satu tahun
(mengambil mudah RM100 sebulan)
dan dibayar setiap 3 bulan sekali atau 'quarterly'
dan dengan cara memasukkannya ke dalam akaun seperti biasa

SPAD oh SPAD
saya tak faham apa fungsi dan peranan sebenar spad
kemalangan bas semakin hari semakin banyak juga
bila ada kemalangan baru nampak spad
di tempat saya dah lama dibuat aduan
tentang lori2 bijih yang merosakkan jalanraya siang dan malam
dengan muatan bahan bijih seberat hampir 100 metrik tan setiap lori
sampai sekarang belum ada apa apa2 berita tentang tindakan spad
untuk membendung aktiviti yang terang2an melanggar peraturan lalulintas ini
pada awal2 dibuat aduan melalui blog saya
terus menelefon kpd saya
bukan main lagi beria2 nak ambil tindakan dengan menghantar skuad khas ke lokasi
lori2 itu tetap juga seperti biasa
jangan pula nanti orang kata
spad ni macam lebih sudu dari kuah
sedangkan jpj sudah ada
dan pengerusinya duduk di atas kerusi berpusing2 sambil hisap cerut mahal sahaja
kerana tiap2 bulan dapat juga gaji dan elaunnya
saya rasa lebih baik mansuhkan sahaja spad
membazir wang rakyat

PDK Semerak
Pada 20hb April 2014 yang
baru lalu PDK Semerak telah mencatat satu sejarah dalam kalendar aktivitinya
apabila satu gerakerja gotong royong membersih kawasan PDK diadakan diantara
AJK bersama ibubapa pelatih-pelatih OKU. Saya kurang pasti samada program seperti
ini pernah diadakan sebelum ini atau pun tidak.
AJK ini ialah barisan yang
baru dipilih untuk sesi 2014/2016 dalam satu mesyuarat khas tahunan yang telah
diadakan pada 1hb April 2014 dengan diketuai oleh Pengerusi yang baru iaitu
Puan Wan Marzida Bt Dato’ Hj Wan Omar menggantikan En. Wan Hassan Bin Wan
Ibrahim. Pada hari mesyuarat itu tiga (3) orang pegawai dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat Pasir Puteh telah hadir sama sebagai penyelaras.
Program pertama gotong royong
itu sangat berjaya. Hampir kesemua AJK hadir disertai oleh dua (2) orang
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh dan juga seorang jemputan
khas. Persekitaran PDK yang kotor dengan sampah sarap dan semak samun telah
dibersihkan beramai-ramai. Pagarnya juga telah dicat baru dengan warna rasmi
PDK iaitu ungu. Sudah tentulah keadaan persekitaran yang bersih menjadi suatu
keperluan dan kewajipan semua orang selaras dengan seruan pihak Jabatan
Kesihatan. Ianya membolehkan suasana ini dinikmati juga oleh pelatih-pelatih
PDK ini walaupun mereka tidak tahu apa-apa.
Diharap permulaan yang baik
ini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Melalui program seperti ini, hubungan
rapat sesama ibubapa dapat disuburkan dan kerjanya juga menjadi lebih mudah
apabila dilakukan secara beramai-ramai. Selain
daripada itu kesempatan juga boleh diperolehi untuk mereka yang ingin
menyalurkan sumbangan secara ikhlas seperti barangan atau pun derma dalam
bentuk wang ringgit.
Melalui blog saya ini, saya
ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan
program gotong royong tempuh hari itu. Ucapan terima kasih bagi pihak semua
ibubapa pelatih-pelatih khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai jabatan
Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh yang telah turut hadir sama. Begitu juga
kepada Tuan Hj Zamri yang telah juga hadir bagi meraikan program dan tahniah
diatas perlantikannya selaku Pengerusi Biro Kebajikan PDK Semerak.
Semoga AJK dan
petugas-petugas PDK dibawah kepimpinan Puan Wan Marzida terus melangkah kearah
pencapaian yang lebih berjaya demi kebajikan pelatih-pelatih PDK Semerak.
GST GST GST
UBAHLAH STRATEGI KEMPEN GST
Saya bersetuju dengan pelaksanaan GST, tetapi alasan persetujuan saya tidak sama dengan alasan kerajaan. Saya bersetuju kerana saya melihat pelaksanaan GST ini dapat meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
Dengan hasil cukai yang meningkat itu, harapan saya ialah untuk negara mempunyai daya saing, negara dapat membayar hutang luar, dan negara dapat menggunakannya untuk meningkatkan kemudahan hospital, sekolah, jalan raya dan lain-lain kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat.
Saya membaca alasan dan hujah beberapa pemimpin kerajaan. Cukup mengelirukan. Kata mereka, GST membolehkan rakyat menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang. Ini kerana rakyat hanya perlu membayar GST 6% sahaja berbanding 5% bagi cukai perkhidmatan dan 10% cukai jualan sekarang ini.
Kata mereka lagi, GST juga dapat menurunkan Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST juga dapat mengurangkan kos operasi para peniaga kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.
Kata mereka lagi, GST dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Otak saya menolak hujah di atas. Jikalah GST menurunkan harga barang, mustahil untuk rakyat menolaknya. Kenapa kerajaan tidak memberikan alasan yang lebih sempurna dan lebih telus tentang GST supaya rakyat senang faham?
Kenapa kerajaan tidak menyatakan GST penting untuk meningkatkan pendapatan kerajaan bagi memastikan negara kita kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing? Kenapa kerajaan tidak boleh beritahu rakyat bahawa kita perlukan wang untuk mengurus ekonomi negara dan membayar hutang luar kita, serta membangunkan kemudahan asas yang diperlukan rakyat?
Susahkah untuk kita berlaku jujur dan memberi penjelasan yang tidak berbelit kepada rakyat? Saya yakin rakyat tidak menolak GST jika kempennya tidak mengelirukan.
Cumanya, sebelum melaksanakan GST ambillah beberapa langkah awal supaya rakyat tidak tersepit dengan pelaksanaan GST nanti: naikkan pendapatan rakyat, kurangkan pengangguran, tambatkan harga komoditi dan lain-lain langkah yang kerajaan fikirkan patut.
KEMPEN GST
Dua hari lepas, Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan melatih 330 penceramah untuk memberi penerangan tentang GST di setiap kawasan Parlimen dengan peruntukan RM2.2 juta. Kata beliau, semua penceramah itu dipilih sendiri oleh Ketua Umno Bahagian di setiap kawasan Parlimen dan mereka akan menjalani latihan selama tiga hari.
Persoalan saya ialah kenapa mesti Ketua Bahagian Umno yang pilih? Bukankah GST ialah dasar kerajaan, maka kenapa tidak memberikan tugas ini kepada pegawai kerajaan yang berkelayakan untuk menjelaskannya kepada rakyat?
Persoalan saya seterusnya ialah apakah masih belum mencukupi lagi kempen yang dijalankan oleh kerajaan dengan paparan iklan GST di sepanjang jalan? Tidak cukupkah lagi dengan iklan di tv, akhbar, dan penjelasan yang dibacakan pak imam di khutbah Jumaat?
Saya fikir kempen yang dijalankan oleh kerajaan telah mencukupi, cumanya pendekatan dan strategi kempen sahaja yang tidak tepat. Untuk rakyat memahami isu GST ini mudah sahaja, berlaku jujur kepada mereka. Nyatakan apa kesan sebenar GST kepada mereka dan nyatakan apa kebaikan sebenar kepada negara.
GST ini pun bukanlah sistem yang teruk. Sebab itulah ia digunakan oleh sebanyak hampir 150 buah negara sekarang ini. Dalam kelompok negara ASEAN, selain negara kita, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.
Laksanalah, tetapi ubahlah strategi kempen. Jangan selalu memberikan alasan yang memberi ruang kepada rakyat jalan untuk menolaknya. Hormati intelek mereka.

Saturday, 19 April 2014
Kekosongan Jawatan Imam Tua Yang Diabaikan Pihak Berkuasa Negeri Kelantan
sudah lebih kurang 9 bulan masjid Al-Taqwa Semerak tanpa imam tua sejak kematian imam tuanya
saya merasa hairan mengapa Jabatan Agama Islam Kelantan mengambil masa yang terlalu lama untuk menggantikan seorang imam yg meninggal dunia
apakah kerana tiada orang yang layak?
atau ada tetapi ada masalah melantiknya kerana ada pihak yang membantah?
dan bantahan itu berdasarkan sentimen politik?
jika tidak
orang2 semerak sangat2lah berharap supaya seorang imam baru segera dilantik kerana imam muda yang ada sudah tentulah tiada kelayakan menyamai imam tua dari segi tugas dan kemampuan
semoga mendapat perhatian dan tindakan yg sewajarnya diatas rungutan orang ramai ini

Kerajaan Negeri Kelantan Gagal
Kerajaan
negeri Kelantan sebenarnya telah gagal selama ini dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya membangunkan negeri Kelantan sehingga
mengakibatkan anak-anak negeri sendiri yang menjadi aset terpenting sumber
manusia negeri pun menjadi sia-sia kerana ketiadaan peluang pekerjaan
yang mencukupi.
Draf pembangunan sahaja cantik di atas kertas tetapi perlaksanaannya tidak tersusun dan teratur.
Draf pembangunan sahaja cantik di atas kertas tetapi perlaksanaannya tidak tersusun dan teratur.
Wednesday, 16 April 2014
Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan dan Facebook
Selama
ini saya menjangkakan apa yang saya tulis dan terbitkan dalam blog
sahaja dibaca oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua-Ketua
Pengarah atau Pengarah-Pengarah (yang selalunya saya sertakan dengan emel pula
jika sesuatu kes itu penting), tetapi rupa-rupanya apa yang saya tulis dan
'post'kan ke dalam Facebook pun dibaca juga oleh mereka yang berkenaan itu.
Saya mendapat tahunya apabila terdapat tindakan susulan serta merta oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini selepas saya 'post'kan sesuatu ke dalam Facebook baru-baru ini padahal ianya hanyalah untuk perhatian pihak jabatannya sahaja di peringkat daerah.
Ini menunjukkan bahawa terdapat perhatian dan keperihatinan oleh pihak pegawai-pegawai tertinggi kerajaan terhadap apa sahaja yang dipaparkan dalam Facebook terutamanya apabila ada rungutan atau 'complaints'.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini. Tuan-Tuan telah bertindak secara profesional dan berkesan dengan memanfaatkan kemudahan IT.
Saya ingin rakamkan ucapan ribuan terima kasih bagi pihak semua kawan-kawan Facebook saya yang lain. Diantara kawan-kawan Facebook saya ialah YBhg. Lt. Gen. (B) Dato' Nawi Alias, bekas Panglima TUDM, YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS merangkap Felo Terutama BTN di Jabatan Kenegaraan JPM, YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Agus Yusoff, YBhg. Dr. Fauzi Shaffie, YBhg. Ir. Mat Kamil Awang, YBhg. En. Manzaidi Mohd Amin dan semua kawan-kawan Facebook saya yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu di sini sebab ramai.
Teruskanlah 'standard' perkhidmatan yang cemerlang ini.
Sekian dan terima kasih sekali lagi.

Friday, 11 April 2014
Wan Hassan Wan Ibrahim dan Isu-Isu Terhadapnya
Sdr Wan Hassan Bin Wan Ibrahim, 57 ialah Penyelia PAS DUN Semerak dan
juga bekas ADUN Semerak yang telah bertanding semula dalam PRU13 yang lalu
tetapi kalah. Beliau dijangka akan bertanding sekali lagi untuk kali terakhir
dalam misinya menawan semula kerusi DUN Semerak kecualilah kepimpinan parti
menginginkan orang lain pula bertanding. Buat pada masa ini beliau masih
dilihat sebagai calonnya lagi.
Disebabkan inilah maka beliau telah mengatur gerak langkah kerja-kerja
parti diperingkat DUN seawal mungkin. Dalam keadaan dimana UMNO belum lagi
bergerak secara agresif, beliau telah pun mengadakan banyak program-program
yang berbentuk kepartian. Saban hari pejabatnya diaktifkan dengan kehadiran
jentera-jentera parti dan program-program lazim parti dihidupkan seperti biasa.
Mungkin pihak parti lawan iaitu UMNO pun tahu dan dapat menghidu bahawa
Sdr Wan Hassan berkemungkinan besar akan kembali bertanding lagi dalam PRU14
nanti dan mereka juga tahu bahawa kekuatan dan pengaruh Sdr Wan Hassan tidak boleh
diperkecil-kecilkan, maka barangkali itulah cerita-cerita pun disebarkan
mengenai dirinya.
Diantara cerita-cerita itu ialah bahawa semasa beliau menjadi wakil
rakyat dahulu, banyak tanah-tanah kerajaan yang sudah lama digunapakai oleh kaum
siam telah diproses menjadi hakmiliknya melalui proksi-proksi tertentu. Kaum
siam ini kononnya telah lama membuat permohonan hakmilik tetapi tidak pernah mendapat
pertimbangan dari pihak pejabat tanah kerana tidak disokong oleh beliau. Begitu
juga dengan tanah kerajaan bersebelahan dengan Tadika Perpaduan Semerak yang
juga telah dipindahmilik kepada proksi-proksinya. Sehari dua ini, timbul pula
cerita bahawa padang awam bersebelahan Sek Keb Cherang Ruku telah juga
dikatakan menjadi mangsa kerakusan beliau apabila tanah ini pun sudah menjadi
hakmiliknya melalui kaedah yang sama. Sebab itulah dikatakan program Semarak
Komuniti 1Malaysia dan Pelancaran Unit Komuniti Belia Rakan IT pada 11 Apr 2014
terpaksa dipindahkan ke padang Sek Men Cherang Ruku kerana beliau tidak
membenarkan program itu diadakan di padang itu. Cerita yang terakhir ialah dua
pintu daripada premis bangunan Majlis Daerah Pasir Puteh dimana terletaknya
pejabat Penyelia PAS DUN Semerak telah menjadi hakmilik kekalnya kerana
dikatakan beliau telah membeli premis ini dengan bayaran tunai kepada MDPP
sewaktu beliau masih lagi menjadi wakil rakyat.
Kesemua tohmahan dan tuduhan diatas itu telah menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Semerak terutamanya dikalangan orang-orang UMNO.
Sudah tentulah jikalau tohmahan itu benar, Sdr Wan Hassan boleh dianggap
sebagai pengkhianat dan melakukan pecah amanah terhadap masyarakat setempat
melalui penyalahgunaan kuasa sebagai wakil rakyat.
Jika sebaliknya, beliau harus menafikannya kerana mengambil sikap mendiamkan
diri akan memberikan gambaran bahawa segala tohmahan itu benar.
Itu mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Penyelia PAS DUN
Semerak. Biarlah beliau sendiri yang menjawabnya dalam siri-siri ceramah yang
akan diadakan oleh partinya nanti. Perkara kedua yang ingin saya sentuh di sini
ialah mengenai penyebar tohmahan ini. Saya dapati mereka adalah orang-orang
UMNO yang merasa gerun dengan kebangkitan semula Sdr Wan Hassan. Saya berkata
begini kerana orang-orang yang ‘membawa mulut’ itu adalah orang-orang yang
memegang jawatan dalam parti UMNO, bukan ahli biasa atau penyokong sahaja.
Mereka sahajalah yang merasa gerun terhadap Sdr Wan Hassan apabila mereka tahu
bahawa kekalahan yang dialaminya dulu dalam PRU13 bukanlah semata-mata
disebabkan oleh kelemahannya sendiri. Mereka juga lupa bahawa kerja melemparkan
tuduhan dengan sewenang-wenangnya terhadap tokoh dari parti lawan bukan sahaja
sia-sia jika tidak dilengkapkan dengan bukti-bukti yang jelas dari hasil
siasatan yang rapi dan kemas, malahan cara itu juga boleh membayangkan betapa
tahap pemikiran dan sikap barisan kepimpinan parti UMNO diperingkat Bahagian
itu sendiri pun berada pada tahap seperti budak-budak sekolah atau
keanak-anakan.
Oleh itu, orang ramai terutamanya pengundi-pengundi DUN Semerak hendak
mengetahui duduk perkaranya yang sebenar. Di pihak Sdr Wan Hassan, beliau
hendaklah membuat penafiannya secara terbuka jika tohmahan itu tidak benar. Di pihak yang menuduh pula, mereka hendaklah menunjukkan buktinya yang sahih jika
tohmahan itu benar.
Bila semuanya selesai, kedua-dua pihak hendaklah menjernihkan semula
suasana politik di DUN Semerak. Carilah pula isu-isu politik lain yang
munasabah untuk diperdebatkan, bukan lagi fitnah menfitnah diantara satu sama lain.
Saya sekadar mewakili orang ramai Semerak untuk mencari kebenaran.
inilah padang awam bersebelahan Sek Keb Cherang Ruku yang dikatakan sudah menjadi hakmilik Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim itu
inilah padang awam bersebelahan Sek Keb Cherang Ruku yang dikatakan sudah menjadi hakmilik Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim itu
Monday, 7 April 2014
Perpecahan Dalam Masyarakat Melayu Di Kelantan
Malaysia bangga dengan wujudnya perpaduan dikalangan berbilang kaum dalam negara. Para pemimpinnya sentiasa menunjuk-nunjukkannya kepada dunia luar bahawa suasana ini tidak berlaku di negara2 lain bahkan ada negara yang mempunyai bangsa yang sama tetapi tidak aman dan bercakaran. Mungkin disebabkan keamanan inilah maka banyaklah negara yang datang membantu kita apabila kita ditimpa masalah seperti kehilangan MH370. Kita patut bersyukur dengan keamanan ini.
Walau bagaimana pun, tiada siapa boleh menjamin bahawa keamanan yang
dicapai ini boleh berkekalan. Apa sahaja yang bermula ada penamatnya. Yang muda menjadi tua, yang baru
menjadi buruk, yang gagah menjadi lemah, yang cantik menjadi huduh, yang kaya
menjadi miskin dan yang aman menjadi huruhara dan hancur. Tiada apa yang kekal
dalam dunia ini.
Pemimpin negara harus beringat tentang perkara ini. Jika lalai dan
leka, tidak mustahil negara kita yang aman dan damai pada masa ini pun akan
terjebak juga ke dalam kancah perpecahan dan permusuhan sehingga kepada tahap
kritikal pada satu masa nanti. Pada masa itu, sudah tentu negara tidak lagi
dihormati dan diketawakan oleh orang luar kerana kelalaian dan kealpaan
pemimpinnya.
Pada masa ini, bangsa yang harus diberikan perhatian utama sudah
tentulah bangsa melayu kerana bangsa inilah yang merupakan komponen utama dalam
negara ini yang menjadi teras kepada bangsa-bangsa lain. Saya bukan bermaksud
bahawa bangsa lain tidak penting dan menjadi penumpang sahaja. Saya berkata
begitu adalah kerana sistem pemerintahan negara sendiri pun berasaskan kepada
perlembagaan yang termaktub bahawa pemerintah tertinggi negara ialah seorang
KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada orang melayu
dengan semua negeri-negeri dikepalai oleh Raja-Raja dan YDP yang terdiri
daripada orang-orang melayu juga. Saya berkata hanya kerana itu dan tidak lebih
dari itu. Perlembagaan ini kekal begitu kecualilah orang-orang melayu terhapus
dari bumi negara ini.
Apabila kita bercakap tentang kewujudan orang melayu dalam negara ini,
sudah tentu negeri Kelantanlah yang mempunyai majoriti bangsa ini. Negeri
Kelantanlah contoh terbaik berbanding dengan negeri-negeri lain jika orang
hendak melihat bangsa melayu sejati. Walau pun UMNO yang merupakan sebuah parti
terbesar orang-orang melayu tumbuh di negeri Johor, namun Kelantan tetap
menjadi negeri yang mempunyai paling ramai orang-orang melayu. Tanpa
orang-orang melayu Kelantan menyokong UMNO, saya yakin parti ini sudah lama
lemah bahkan hilang.
Sayangnya, orang-orang melayu Kelantan sendiri pun sudah lama berada
didalam perpecahan sesama sendiri. Ini semata-mata diakibatkan oleh permainan
politik oleh kedua-dua pihak dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO
dan PAS. Mereka masih asyik dengan agenda masing-masing hanya untuk memenangi
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mereka lupa bahawa yang kukuh akan
menjadi lemah jika kekukuhan yang ada tidak sama-sama dijagai. Tiada mana-mana
pertubuhan NGO yang mampu menyatupadukan orang-orang melayu secara keseluruhan
termasuk PERKASA kerana badan ini pun mempunyai agendanya yang tersendiri
secara berasingan, bukan menumpukan kearaha tujuan itu.
Kerajaan pusat melalui JPP menggunakan jenteranya di kampong-kampong
untuk tujuan politik mereka sementara kerajaan negeri melalui Majlis Daerahnya
menggunakan jentera di kampong-kampong untuk tujuan yang sama. Di sebelah pusat
ada Pengerusi JKKKP dan Pentadbir Mukimnya sementara dipihak negeri pula ada
Penghulu dan Penggawanya. JKKKP memainkan peranan mereka seolah-olah negeri ini
kepunyaan mereka dan beranggapan seperti ianya dibawah kuasa pusat iaitu BN.
Manakala Penghulu negeri pula memainkan peranan mereka hanya semata-mata kerana
sememangnya negeri ini dibawah pemerintahan PAS.
Setipa hari kedua-dua puak ini berlumba-lumba mencari dan ‘mencuri’
pengaruh untuk menguatkan cengkaman masing-masing. Berbagai-bagai caralah
dilakukan. Bagi UMNO dan JKKKP, apa sahaja yang berada dibawah kerajaan pusat,
mereka akan pastikan bahawa orang-orang mereka sahaja yang menguasainya. Contoh
terkini ialah PDK dan PIBG. Manakala bagi PAS dan Penghulu-Penghulunya pula,
apa sahaja yang berada dibawah kerajaan negeri, perkara yang sama juga
dilakukan.
Saya tidak dapat hendak pastikan apa yang akan berlaku ‘at the end of
the day’ nanti jika suasana perpecahan ini dibiarkan. Mungkin kekal aman
sepertimana sekarang atau pun sebaliknya. Hanya orang-orang yang belajar ilmu
‘actuarial science’ sahaja boleh meramalkannya.
Jika orang-orang Kelantan sendiri boleh menjaminnya, saya pun tidak
payah risaukan apa-apa terhadap nasib anak-anak cucu saya. Saya mengharapkan
sekurang-kurangnya mereka ada rumah dan tanah sendiri untuk menetap di negeri
ini. Yang lain mereka boleh usahakan sendiri.
Jika demikianlah keadaannya, teruskanlah usaha politik masing-masing
secara harmoni. Janganlah berbalah tetapi hormatilah orang lain kerana itu juga
demokrasi. Apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana pihak hendaklah dianggap
sebagai kerja biasa kerana setiap pihak ingin mencapai kemenangan. Kempen
hendaklah seimbang. Jika UMNO berkempen, sudah tentulah PAS pun akan
menyainginya. Buatlah kerja masing-masing secara berhemah dan janganlah sombong
dan angkuh terhadap pihak yang lain.
Sebab itu saya mengambil sikap memuji pihak PAS Semerak yang telah
awal-awal memulakan siri kerjanya dalam misi menawan semula kerusi DUN Semerak.
Jika awal-awal dijalankan, sudah tentulah apabila tiba musim pilihanraya,
jentera pun tidak menjadi kelam kabut kerana kesuntukan masa yang boleh juga
mengakibatkan pertelingkahan dan perbalahan dengan pihak yang lain kerana
perebutan pengundi.
Tidak seperti UMNO yang masih belum bangun tidur kerana memenangi
kerusi DUN ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)