Wednesday, 8 January 2014

Jalan Yang Rosak Teruk



Isu Jalan Pasir Puteh ke Semerak Yang Rosak Teruk Akibat Lori-Lori Bijeh

Jalan Pasir Puteh ke Semerak selalu rosak teruk berpunca dari lori-lori treler yang membawa bahan mentah bijeh besi yang melebihi had muatan. Bijeh-bijeh ini diangkut dari tempat-tempat tertentu di luar daerah Pasir Puteh untuk dibawa ke Tok Bali. Bijeh-bijeh ini adalah untuk dieksport ke negara China menggunakan kapal kargo yang berlabuh di perairan Tok Bali.

Pada awalnya, lori-lori ini menggunakan jalan melalui Kg Gong Kulim tetapi selepas itu banyak yang melalui jalan Semerak sebagai jalan alternatif walaupun jaraknya lebih jauh kerana laluan melalui Kg Gong Kulim itu rosak teruk. Apabila ianya diperbaiki, lori-lori ini akan melaluinya semula. Begitulah giliran yang dibuat oleh lori-lori ini.

Orang-orang tempatan yang menggunakan jalanraya ini menjadi mangsa. Acapkali juga saya sendiri terserempak dengan kereta yang terpaksa terjun menjunam ke dalam lopak yang dalam kerana tidak sempat nak brek dan mengelak.

YB Cikgu Zawawi Othman selaku ADUN Semerak pernah ditanya tentang perkara ini dalam Timeline Facebooknya. Beliau menjawab bahawa jika pun jalan itu diperbaiki, ianya akan terus rosak semula selagi lori-lori dengan muatan bijeh itu masih menggunakan jalan ini. Berikut ialah copy and paste jawapannya….

Assalam YB...mohon tolong selesaikan masalah jalan PPuteh Semerak yg terlalu teruk terutama bermula di kg tok din sehingga bukit peraksi yg blh dikategorikn amat bahaya bkn setakat kereta blh rosak malah beberapa kemalangan telah berlaku...klu susah dpt peruntukan gak...blh kita pakat dgn jkkk semua utk gotong royong tampun jln guna sime n kita htr gambar laporan ko PM....
Unlike ·
Betul jugalah apa yang diperkatakannya itu. Memang selama ini pun tempat-tempat yang rosak ada diperbaiki apabila kerosakan sudah terlalu banyak tetapi rosak dengan teruk semula selang beberapa hari selepas itu apabila lor-lori ini melaluinya lagi. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh YB Cikgu Zawawi Othman ialah membawa isu ini ke dalam Dewan Undangan Negeri contohnya. Usulkan secara tegas supaya pihak yang bertanggungjawab yang ada kaitan secara langsung dengan aktiviti pemindahan sumber bijeh ini iaitu kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan yang perlu mengikut perjanjian dan saluran yang sesuai. Pihak SPAD, JPJ, JKR, PDRM dan Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP perlu juga memberikan kerjasama dalam hal ini. Ketegasan dalam menegakkan undang-undang jalanraya diperlukan tanpa mengambilkira siapa ‘dalang’ di belakang aktiviti pemindahan bijeh-bijeh ini. Tak kiralah samada orang itu pembesar negeri atau pun tidak.

Jika tidak, aturkanlah satu bantahan secara besar-besaran oleh masyarakat tempatan yang setiap hari menggunakan laluan ini. Seorang wakil rakyat yang diberikan mandat oleh orang-orang tempatan harus sentiasa peka terhadap masalah rakyatnya. Penyelesaian hendaklah dicari, bukan alasan. Jika tidak, orang akan berkata wakil rakyat hanya tahu membina bangunan baru dalam kawasan rumah kediamannya sendiri sahaja tetapi tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat sedangkan itulah tanggungjawab utamanya sebagai seorang wakil rakyat.

(artikel ini akan saya emelkan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti SPAD, JPJ, JKR dan juga PDRM)

Oleh
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak

No comments:

Post a Comment