Kemenangan Yang Semakin Merendahkan Mutu
Pemikiran Pengundi
DUN N31 Semerak sudah menpunyai
wakil rakyat baru. Pilihanraya 5hb yang lalu telah memberikan ‘advantage’
kepada calon BN walaupun kemenangannya penuh dengan cerita-cerita yang
setengahnya tak masuk akal. Kemenangannya itu telah mengakibatkan orang-orang
Semerak menjadi was-was.
Walau apa pun keadaannya, calon BN itu
telah pun menang. Ramai yang berkata bahawa, tak kiralah dengan apa cara sekali
pun, yang penting calon BN menang dan calon PAS kalah. Seolah-olah ‘the end
justifies the means’.
Pada hari ini, sudah terbukti bahawa
jentera pilihanraya BN DUN N31 Semerak menjadi semakin angkuh dan sombong. Mereka
bukan hendak bersyukur, jauh sekali hendak berterima kasih kepada pengundi.
Calonnya pula berterima kasih hanya kepada jenteranya sahaja sedangkan
kemenangannya itu disumbangkan oleh pengundi2 yang tidak terlibat dalam jentera
pilihanraya itu.
Pada hari ini, sudah ada jentera utama
pilihanraya BN DUN N31 Semerak dengan angkuh dan sombong membuat kenyataan
membidas orang-orang tertentu termasuk seseorang yang bergelar Dato’ bahawa
orang-orang tertentu itu berpaling tadah semasa pilihanraya baru-baru ini.
Orang itu berkata, disebabkan tindakan mereka ini, maka ahli keluarga mereka pun
akan menerima nasib tidak akan diberikan lagi bantuan kerajaan pusat.
Inilah sebabnya saya berkata bahawa
jentera pilihanraya ini tidak tahu bersyukur. Saya mungkin tidak akan menulis
dan menyentuh perkara ini jika calon BN itu kalah.
Ironinya, orang yang bercakap itu dulu
sangat kuat menentang dan mencemuh calon yang menang itu kerana pada masa itu
beliau rapat dengan seseorang yang lain. Sekarang beliau cuba hendak
menunjukkan ‘bisa dan belangnya’ dengan mendahului orang-orang lain membidas
kumpulan yang dianggapnya berpaling tadah itu, walaupun tidak dapat dibuktikan.
Orang ini mencari makan sebagai kontraktor
kelas F. Barangkali itulah sahaja modalnya untuk membalas budi setelah beberapa
kontrak diberikan kepadanya sebelum ini selain daripada sedikit sumbangan dihulurkan kepada parti setelah 'payment' diperolehi.
Beliau tidak tahu bahawa serangan ‘verbal’
yang dilakukannya terhadap seorang Dato’ itu boleh menyebabkan beliau sendiri
lebih dibenci dan perbuatannya itu sebenarnya merendahkan lagi mutu pemikiran
atau IQnya. Beliau sepatutnya terus menghurmati
orang-orang lain termasuk Dato’ yang dimaksudkan itu. Ini adalah kerana Dato’
itu sebenarnya telah lama menyumbang bakti melalui bantuan kewangan yang
berjumlah ratusan ribu kepada masyarakat setempat terutamanya kepada
murid-murid miskin. Sudah tentulah jumlah yang telah disumbangkannya secara
ikhlas itu jauh melebihi jumlah yang disumbangkan oleh jentera parti yang ada
kepentingan diri itu.
Inilah diantara banyak-banyak budaya
negatif dan songsang yang sudah menyerap ke dalam parti UMNO sepertimana yang
pernah saya perkatakan itu. Budaya sombong dan angkuh seperti ini pun sangat tidak sesuai dengan jiwa saya dan
juga rakan-rakan saya yang lain.
Oleh
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.
No comments:
Post a Comment