Thursday, 23 May 2013

MyDiary Pasca PRU13 - 5

Pandangan Peribadi:
Jika dianggap tabloid2 parti pembangkang sebagai risalah2 hasutan politik,
saya masih ragu keberkesanan tindakan KDN merampas tabloid2 itu semalam
boleh menyelesaikan masalah dan isu pokok.
Tindakan seperti itu sudah tentu akan dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai langkah2 drastik awal oleh seorang menteri baru dalam usahanya untuk menyekat, bahkan menafikan hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia .
Jika ini matlamatnya, maka demokrasi dalam ertikatanya yg sebenar, tidak akan subur.
Jika ini matlamatnya, maka parti UMNO dan BN sendiri menjadi semakin dibenci dan dicemuh oleh rakyat Malaysia disebabkan oleh pemimpinnya sendiri yg tidak bijak menangani masalah kerana mereka akan lebih dilihat sebagai hendak mempopularkan diri sahaja menjelang pemilihan parti.
Saya cadangkan tindakan seperti itu diredakan semula seperti biasa atau terus menarik balik.
Adalah lebih baik pihak kerajaan pusat melalui saluran BNnya menjawab sahaja segala apa yg terkandung di dalam tabloid2 itu. Kerajaan boleh susulkan tabloid sendiri untuk tujuan itu.
Apa yang patut diharamkan secara tegas adalah perkara2 yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, iaitu isu yg diterbitkan, bukan tabloid itu. Perkara selain drp itu hendaklah diberikan kebebasan kpd rakyat untuk bersuara kerana jika pun suara mereka disekat, minda mereka masih juga bebas. Mereka sudah boleh nampak apa yang tidak nampak atau tersembunyi.
drp: rakyat biasa yg 'non-partisan'

No comments:

Post a Comment