Saturday, 9 February 2013

Terbitan Khas

Berikut ialah satu posting saya di dalam Facebook mengenai satu cerita benar yang berlaku di DUN N31 Semerak hari ini.

Lebih kurang jam 1.15 tengah hari tadi 9.2.2013, satu pasukan jentera parti UMNO telah berkunjung ke rumah jiran saya yang berketurunan cina. Saya tidak menyedarinya kerana berada di dalam rumah dan menyangka kereta2 yang datang itu adalah dari keluarga jiran saya yang pulang berhariraya.
Lebih kurang jam 1.45 pula, kedengaran sekali lagi beberapa buah kereta sampai. Saya kata banyaknya kereta keluarga mek ni balik raya tahun ni. Isteri saya pun jengok keluar dan satu suara salam kedengaran. Isteri saya kata bukan ahli keluarga mek, tapi YB Wan Hassan dan rombongannya datang kerumah mek. Saya pun jawab salamnya itu dan jengok keluar. YB Wan Hassan dan beberapa orangnya sudah berada dihadapan pintu rumah saya dengan satu kotak buah limau mandarin. Beliau berkata, rombongannya adalah dalam sesi lawatan kerumah2 kaum cina sempena tahun baru cina esok. Saya kata baguslah, dan dia pun menghulurkan kotak limau itu kepada saya sambil beredar untuk kerumah mek itu.
Saya hanya tahu bahawa rombongan pertama tadi adalah rombongan UMNO apabila anak perempuan saya yang berumur 17 tahun memberitahu bahawa yang pertama ramai2 tadi ada juga termasuk bapa saudaranya iaitu Cikgu Wan Aziz Wan Noh. Yang lain2 dia tak kenal.
Cerita ini ialah cerita benar. Siapa boleh mengagak moralnya?
Silakan.
Berikut ialah komen-komen mengenai perkara di atas ....
1)  moral cerita adalah 'basic' dan itulah juga diantara kelemahan utama jentera parti UMNO walaupun rombongan seperti itu disertai oleh beberapa orang penjawat utama parti, berbanding parti PAS yg sentiasa mahu menghulurkan salam silaturrahim walaupun mereka tahu ianya tidak menjamin penambahan undi, tetapi tetap mahu menghurmati org2 lain
2) dalam konteks 'turun padang' sempena raya cina ini contohnya, lawatan kerumah2 org tionghua ini bukan tak bagus, tapi kalau nak ukur sejauh mana sokongan mereka, ianya hendaklah dgn cara mengadakan majlis tahun baru cina dan tengok berapa ramai yg hadir pula
3) Nazri Lazim ambo setju tuu.... kade2 baru ketua cawangan(contoh) kecek besar... bila kito berbincang atau tego.. dimarahnya org yang menegor atau cadangn katanya "kalau setekat mu sore undi PAS kito tok kaloh la" tetapi impaknya besar... walaupun dia berkata kepada seorang tapi orang yang mendengarnya ramai... jadi apa dah jadi sekarang. cerita ni dah lamo dan cerita benar... bukan nak cari siapa salah itu tak penting. yng penting utk jadikan iktibar.... sama2 kita fikirkan... jadilah pemimpin yang bersifat pemimpin samada d peringkat mana pun.
  4)  kebanyakan daripada mereka bukan 'pemimpin' tetapi 'ketua' yg dilantik, sebab itu ramai yg tidak layak sebenarnya
5) mereka tidak faham bahawa politik ialah 'angka' dan angka ini walau satu sahaja pun, ianya boleh menentukan kalah menang seseorang calon dalam pilihanraya
6) sebab itu pada hari mengundi, orang buta dipimpin, orang sakit diusung, orang tidak berkaki diberikan kerusi roda dan bermacam2 lagi ikhtiar dibuat sehingga lupa makan dan minum
7) 'Ketua-Ketua' sekarang bukan lagi seperti 'Ketua-Ketua' dahulu yg siang malam bekerja supaya parti memang pilihanraya. 'Ketua-Ketua' sekarang tidak kisah tentang menang kalah partinya asalkan mereka boleh kekal dengan jawatan yg dipegang itu dan menikmati elaun serta lain2 
8) Satu lagi aspek atau konteks yg ada kaitan ialah sikap sombong dan angkuh tak habis2 yg masih ada pada sesetengah penjawat utama parti yg telah selama ini membuatkan org2 UMNO sendiri merasa benci dan jemu terhadap mereka. Inilah akibatnya jika tidak pernah disuburkan jiwa mereka dengan sifat2 rendah diri melalui kursus2 tertentu oleh pihak atasan parti. Kursus2 atau seminar2 politik sahaja tidak memadai walaupun kerap diadakan. Ada yg baru balik dari Mekah dan menggunakan sendiri perkataan 'Haji' di depan nama tetapi sikap sombong dan egonya masih lagi tinggi. Ada juga yg menerima gelaran 'Datuk' dan merasa profailnya sudah terlalu tinggi sehingga merasakan orang2 lain tidak lagi layak untuknya menggauli mereka. Kedua2 jenis penjawat utama parti ini juga tidak lagi merasa diri mereka layak untuk bertandang ke warung2 kecil kecuali cafeteria berbintang.    

No comments:

Post a Comment