SIKAP USANG KEPIMPINAN UMNO
UMNO
dan Barisan Nasional masih merupakan sebuah parti dan gabungan
parti-parti yang masih menjadi sandaran dan harapan rakyat Malaysia
untuk kekal memerintah Malaysia. Walau bagaimana pun, kekurangan yang
ada masih belum mahu diperbaiki dan diperbetulkan walaupun ditegur dan
dikritik oleh orang-orang UMNO sendiri. Sikap ego dan sombong sesetengah
pemimpinnya diperingkat Bahagian dan DUN contohnya, telah membuatkan
orang-orang UMNO sendiri merasa jemu dan dingin terhadap parti UMNO walaupun
mereka menyayanginya.
Oleh itu, sesuatu harus dilakukan segera oleh
pucuk kepimpinan parti diperingkat pusat untuk memperbetulkan sikap
sebahagian daripada mereka ini sebelum terlambat.
Kalau pun mereka tidak ingin mendengar apa-apa dari orang lama, sekurang-kurangnya hurmatilah mereka sebagai orang-orang yang lebih tua dalam parti. Janganlah membudayakan sikap buruk ini kepada generasi kemudian. Jika tidak, reformasi yang sedang ditekankan oleh YAB Presiden parti sendiri tidak akan tercapai.
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment