Friday, 28 December 2012

Terbitan Khas

1) Saya kurang bersetuju dengan satu posting yang telah dibuat oleh salah seorang daripada anggota penting dalam barisan kepimpinan BN Pasir Puteh seperti ini ....

"Perjumpaan dengan Paklong di PDM Dalam Ru Semerak jam 4.30-6.30ptg satni sangat menggembirakan... kerana Pak Long yg mengetuai 70 orang penyokong Umno yg keluar Umno beramai2 menyertai Pas menjelang PRU 12 lalu (kerana marahkan pimpinan parti masa itu) ..kini kesemua mereka telah kembali kepangkuan parti kita ini yg diyakini benar2 mampu mempertahankan agama, bangsa dan Tanahair...Tahniah Paklong, tahniah semua."

Lebih bijak jikalau perkara yang lepas tidak diungkit-ungkit dan ayatnya dibuat seperti ini contohnya ....(kerana sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan) berbanding dengan ayat (kerana marahkan pimpinan parti masa itu).
Sekadar teguran.
Salam 1Malaysia.



2) Kebijaksanaan dan kematangan berpolitik semua anggota utama dalam barisan kepimpinan UMNO dan BN Pasir Puteh termasuk juga barisan jenteranya amatlah diperlukan sekarang dalam urusan memikat hati pengundi-pengundi terutamanya orang-orang UMNO sendiri.
Sebarang kenyataan yang boleh mengakibatkan mana-mana orang terasa hati hendaklah sentiasa dielakkan baik secara verbal atau pun dalam bentuk penulisan.
Semangat perpaduan hendaklah sentiasa dijaga dan disuburi dengan kenyataan-kenyataan yang berbau persaudaraan sesama kita orang-orang melayu.
Perkara-perkara yang lepas hendaklah dilupakan demi menghadapi PRU13 kerana kekuatan dalaman UMNO hanyalah dengan semangat perpaduan parti. Tidak akan menang parti kita jika berperang dengan musuh dalam keadaan hati orang-orang UMNO sendiri pun tidak bersatu dan tidak menghurmati diantara satu sama lain.
Sekadar nasihat dari seorang veteran UMNO.


Nota Tambahan: -
Walau sekecil mana sekali pun jasa pemimpin parti yg lepas, mereka tetap harus dihurmati dan dihargai supaya ianya menjadi amalan murni generasi yg akan datang terhadap pemimpin sekarang

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment