Thursday, 20 September 2012
Monday, 17 September 2012
Terbitan Khas
Sebagai penulis blog ini
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Menunaikan Fardhu Haji
kepada semua pembaca blog saya ini yg akan pergi menunaikannya.
Dengan ucapan Selamat Jalan
Semoga mendapat haji mabrur
Sunday, 16 September 2012
MyDiary (94)
MyDiary (94)
17 September 2012
(Saya akan
sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau
pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya
selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
PERPADUAN PARTI UMNO PASIR PUTEH
Seorang kawan baik saya telah meminta supaya saya menulis
sekali lagi mengenai perkara ini. Pada mulanya saya berkata bahawa saya sudah
banyak menulis tentang perkara ini dan saya khuatir jikalau saya menulis lagi
dengan topik yang sama, orang akan merasa jemu. Kawan saya berkata, tulislah
lagi kerana sememangnya perkara ini sangat penting dan perlu diulang-ulang.
Katanya, perpaduan sahajalah yang boleh memberikan harapan untuk UMNO dan BN
Pasir Puteh menang dalam PRU13 ini. Biarkanlah apa yang orang lain hendak katakan,
asalkan niat kita ikhlas dalam membantu parti dengan cara kita.
Saya pun bertanya kepada kawan saya ini apa lagi yang boleh
saya tulis mengenai perpaduan parti ini? Beliau menjawab, buatlah seruan demi
seruan kepada kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh supaya mereka memulakan
sesuatu sebelum terlewat. Katanya, masa masih lagi ada untuk kepimpinan UMNO
Bahagian Pasir Puteh melakukan sesuatu.
Bagi kawan saya ini, kepimpinan UMNO Bahagianlah yang
sepatutnya mengambil langkah permulaan untuk tujuan ini. Kelompok yang
menentang kepimpinan Bahagian harus diajak duduk semeja dan bersemuka untuk
berbincang dari hati ke hati. Kepimpinan Bahagian harus sedar bahawa pihak yang
menentangnya tidak akan sekali-kali mengadakan sebarang langkah permulaan seperti itu
kerana mereka tidak menyandang sebarang jawatan penting parti seperti dahulu
lagi. Walaupun begitu, sokongan terhadap kumpulan ini semakin hari semakin
meningkat dan ianya sangatlah merbahaya jika terus dibiarkan. Kumpulan ini
boleh menjadi ‘liability’ kepada UMNO Pasir Puteh semasa PRU13 ini.
Kawan saya ini yakin bahawa jika usaha ini dimulakan oleh
kepimpinan UMNO Bahagian sendiri, kumpulan yang dimaksudkan itu sudah pasti
akan menyambut baik dan memberikan respon yang positif. Ini adalah kerana
mereka pun ahli-ahli UMNO juga yang mahukan supaya UMNO dan BN menang dalam
pilihanraya nanti. Mereka hanya tidak sehaluan dengan kepimpinan Bahagian
disebabkan beberapa perkara sahaja tetapi dibiarkan selama ini tanpa sebarang
tindakan untuk memperbetulkan keadaan oleh kepimpinan Bahagian.
Kawan saya ini berkata lagi, jika pun usaha yang dimulakan
oleh kepimpinan Bahagian ini tidak diberikan sambutan atau respon yang positif,
sekurang-kurangnya ahli-ahli UMNO tahu bahawa kepimpinan Bahagian ada melakukan
sesuatu. Mereka akan tahu bahawa perpecahan yang sudah lama berlaku ini hendak
diperbetulkan oleh kepimpinan Bahagian. Oleh itu, tidaklah lagi timbul tohmahan
bahawa kepimpinan Bahagian sengaja membiarkan masalah ini berlarutan sehingga
musim pilihanraya. Bahkan, ahli-ahli UMNO akan memuji kepimpinan Bahagian
kerana sanggup memulakan usaha ini dan ini sudah tentulah akan menambahkan lagi
sokongan terhadap kepimpinan Bahagian.
Disebabkan apa sahaja yang berlaku dan dilakukan semuanya
akan sampai kepada pengetahuan pucuk kepimpinan parti diperingkat pusat, kawan
saya berkata bahawa jika perpaduan betul-betul dapat dicapai dalam parti UMNO
Pasir Puteh, sudah tentulah kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh jugalah yang
akan mendapat penghargaan dan dianggap istimewa disebabkan kejayaan ini.
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
“BERSATU
BERSETIA BERKHIDMAT”
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak
Saturday, 8 September 2012
MyDiary (93)
MyDiary (93)
8 Sept 2012
(Saya akan
sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau
pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya
selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH
PEMILIHAN G7
Mesyuarat ini telah berlangsung pada pagi ini di Dewan Besar
SMK Kamil, Pasir Puteh dengan perasmiannya disempurnakan oleh YBhg. Datuk SUK
UMNO Malaysia.
Mesyuarat pada kali ini adalah Mesyuarat Perwakilan Bahagian
terakhir sebelum PRU13 dan tiada pertandingan diperingkat AJK Bahagian kecuali
Perwakilan ke Persidangan Agung di Kuala
Lumpur yang dipanggil sebagai G7. Oleh itu, selain
daripada urusan pertandingan ini, perkara lain yang penting ialah ucapan Ketua
UMNO Bahagian Pasir Puteh dan ucapan perasmian Wakil UMNO Malaysia itu.
Dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh tentang
ucapan-ucapan mereka ini kerana apa yang telah disampaikan sudah tentulah mudah
difahami dan dihayati oleh semua perwakilan dan juga ahli-ahli UMNO lain tanpa perlu diulas-ulas lagi.
Yang saya ingin sentuh sedikit di sini ialah tentang
pemilihan G7. Pemilihan ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Semua pihak telah berpuas hati apabila keputusan diumumkan. Mereka yang telah
menang, telah menang dengan proses pengundian yang bersih dan telus. Mereka
yang kalah, kalah pun begitu juga. Semua ini adalah kerana pemilihan untuk
menjadi G7 sememangnya tidak seperti pemilihan AJK Bahagian. Pemilihan ini
tidak memerlukan seseorang calon itu melobi perwakilan sepertimana biasa
dilakukan untuk pemilihan AJK Bahagian. Ianya tidak sehebat suasana sepertimana
kempen pemilihan AJK Bahagian dimana seseorang calon itu akan melalui satu
tempuh masa tertentu yang lebih panjang untuk kerja-kerja berkempen selain
daripada melibatkan kewangan untuk tujuan perbelanjaan makan minum, kenderaan
dan lain-lain perkara yang berkaitan. Kalau ada pun, hanya sedikit ruang yang
direbut seperti mewar-warkan diri di dalam Facebook atau sms kepada perwakilan
yang terlibat.
Saya dimaklumkan bahawa pada mulanya usaha telah dilakukan
supaya G7 ini tidak dipertandingkan. Apabila pencalonan ditutup,
terdapat 12 orang telah menawarkan diri. Ini bermakna bahawa 5 orang diharapkan
menarik diri tetapi hanya 2 sahaja yang telah melakukannya secara sukarela.
Disebabkan terdapat 10 orang yang hendak bertanding, maka proses pemilihan
terpaksa dijalankan.
Didalam hal ini, tiada sesiapa yang berhak berkata apa-apa.
Siapa pun yang hendak bertanding, itu adalah hak mereka mengikut perlembagaan
parti. Sudah tentulah siapa sahaja yang hendak bertanding itu merasakan bahawa
dirinya berpeluang untuk memenanginya. Tiada orang yang hendak bertanding
hendakkan kekalahan. Kalau pun kalah juga, mereka akan menganggap ianya bukan
pun kekalahan pula tetapi sebagai sesuatu yang boleh mengukur populariti diri
mereka. Istilah politik yang biasa digunapakai ialah ‘market test’.
Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan sikap seperti
ini. Parti UMNO bukan tempat untuk orang-orang yang mempunyai kepentingan diri
seperti ini. UMNO tidak harus membiarkan orang-orang seperti ini menyebarkan
penyakit berjangkit mereka ini kepada orang-orang lain yang ikhlas
memperjuangkan hasrat dan cita-cita murni parti.
Sebab itu secara peribadi juga, saya sangat bersetuju jika
terdapat orang-orang tertentu menarik diri apabila mereka mendapat tahu
jumlahnya sudah melebihi 7 orang. Selain daripada lebih memudahkan perjalanan
mesyuarat kerana tidak perlu melibatkan perwakilan didalam urusan pengundian, orang-orang
ini pun tahu bahawa walaupun mereka berhak bertanding, perpaduan parti
hendaklah diutamakan dan cara menarik diri ini adalah juga sekurang-kurangnya diantara
caranya untuk mencapai tujuan ini.
Membuktikan kita mengutamakan perpaduan parti dengan cara
menarik diri adalah lebih mulia daripada menghadapi pertandingan tetapi kalah
kerana itu pun akan dianggap juga sebagai satu pengorbanan mulia kepada parti.
BERSATU
BERSETIA BERKHIDMAT
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.
Thursday, 6 September 2012
MyDiary (92)
7 September 2012
1)
Hari
ini bermulalah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh dengan
Wanitanya pada pagi ini, petang Pemuda dan esok Bahagian.
Walaupun tiada menteri atau timbalan menteri atau mana-mana ahli MT yang datang merasmikannya (sepertimana dahulu) kecuali YB Dr Mashitah utk Wanita, diharap semangat perpaduan parti tetap ditiupkan juga demi menghadapi PRU13.
Selamat Bersidang saya ucapkan kepada semua perwakilan yang terlibat.
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
Walaupun tiada menteri atau timbalan menteri atau mana-mana ahli MT yang datang merasmikannya (sepertimana dahulu) kecuali YB Dr Mashitah utk Wanita, diharap semangat perpaduan parti tetap ditiupkan juga demi menghadapi PRU13.
Selamat Bersidang saya ucapkan kepada semua perwakilan yang terlibat.
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
2)
Hari
ini pada jam 3.00 petang berlangsung Majlis Hari Raya di Kg Telaga
Papan, Semerak anjuran KRT Telaga Papan bersama YBhg. Datuk Hj
Kamaruddin Md Nor dan YBhg. Kapt (B) Hj Wan Marzudi Dato' Hj Wan Omar,
JP.
Dijemput semua hadir untuk meraikannya.
(sila lihat banner di atas)
Dijemput semua hadir untuk meraikannya.
(sila lihat banner di atas)
3)
Jika
sesiapa ada menerima emel daripada saya (dlm Bahasa Inggeris) yang
menceritakan bahawa saya berada di Sepanyol, kena rompak dan memohon
bantuan, sila abaikan kerana itu adalah 'spam' utk tujuan penipuan.
Harap maklum.
Harap maklum.
Sekian,
Terima kasih dan Salam.
Wednesday, 5 September 2012
MyDiary (91)
MyDiary (91)
6hb September 2012
(Saya akan
sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau
pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya
selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI BN DUN N31 SEMERAK (3 SEPT 2012)
TANPA MESEJ PERPADUAN PARTI
Majlis sambutan hari raya Aidil Fitri yang telah diadakan di
perkarangan Bilik Gerakan BN DUN N31 Semerak pada 3hb September 2012 baru-baru
ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat mereka yang memegang jawatan penting
parti diperingkat Bahagian tidak mahu mengutamakan soal perpaduan parti.
Mereka juga menganggap bahawa perpaduan parti tidak
diperlukan kerana kekuatan sudah dicapai dengan cara yang lain untuk memenangi
pilihanraya. Mereka sudah khayal dengan buaian dan alunan irama yang
didendangkan oleh orang-orang yang rapat dengan mereka sehingga mereka merasa
seolah-olah UMNO / BN Pasir Puteh sudah memenangi PRU13.
Sikap ‘over-confident’ dan sombong inilah yang selalu
mengakibatkan seseorang pelajar itu gagal didalam peperiksaan. Beliau gagal
kerana merasakan dirinya sudah pandai, sedangkan kawan-kawannya yang lain lulus
kerana rajin dan tekun mengulangkaji pelajaran serta sentiasa mendengar nasihat
kedua ibubapa mereka. Kawan-kawannya yang lain ini menjadi orang-orang yang
berpelajaran tinggi akhirnya tetapi pelajar yang sombong itu ketinggalan dan
dianggap ‘bodoh’.
Inilah yang akan berlaku kepada UMNO Pasir Puteh nanti. UMNO
Pasir Puteh akan menjadi ‘bodoh’ disebabkan keengganan kepimpinannya ‘mengulangkaji
pelajaran’ dan ‘membetulkan kesilapan menjawab soalan peperiksaan yang lalu’
serta tidak mahu mendengar nasihat daripada orang tua-tua. UMNO Pasir Puteh
akan ketinggalan lagi dan menjadi ‘bodoh’ kerana tidak ‘berpelajaran tinggi’
pada usia dewasanya.
Begitulah perihal betapa pentingnya ‘pelajaran’ termasuk
jugalah ‘pelajaran politik’. Kegagalan tetap menanti jika seseorang itu tidak mahu belajar
dari kesilapan-kesilapan yang lepas.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.
Subscribe to:
Posts (Atom)