(Saya akan sentiasa
mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan
adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku
seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang
kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN
kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah
samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi
saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana
pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana
pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
UMNO Menang Besar vs PAS Kalah Teruk
Usaha bersungguh-sungguh dan bermati-matian disaat-saat akhir sedang giat dilakukan oleh semua pihak kerana demam pilihanraya sudah mulai dirasai. Saya tidaklah begitu tahu secara mendalam apa yang dilakukan oleh pihak PAS kerana saya bukan ahlinya. Saya tidak begitu tahu juga secara mendalam tentang apa yang dilakukan oleh UMNO walaupun saya ahlinya kerana saya bukanlah pula pemegang sebarang jawatan politik dalam UMNO.
Walau bagaimana pun, saya tetap ada hak sebagai ahli UMNO untuk berkata-kata jika saya rasa ingin menegur bahkan mengkritik mana-mana pemimpinnya. UMNO bukanlah hak peribadi sesiapa sehingga terdapat di dalam perlembagaannya tidak dibenarkan sesiapa pun menegur dan mengkritik pemimpinnya sepertimana FAM.
Inilah yang semakin dilupakan oleh ahli-ahli UMNO terutamanya pemimpin generasi baru. Bagi mereka, disebalik parti dan program-programnya, yang lebih penting ialah apa yang boleh mereka perolehi jika BN boleh memerintah semula negeri Kelantan nanti. Keikhlasan mereka semakin diragui. Ini dapat dilihat dari tanda-tanda tertentu. Ada dikalangan jentera parti yang aktif mula memasang angan-angan untuk menjadi calon. Ada juga diantara mereka yang aktif mula memasang angan-angan untuk mendapatkan kenaikan pangkat, anugerah atau imbuhan kerana terlalu yakin BN akan mengambilalih nanti.
Sebaliknya, PAS dilihat lebih 'cool' dalam situasi panas sekarang ini. Apabila ditanya, mereka menjawab mereka sudah pun kalah. Apabila ditanya apakah faktor utamanya? Mereka menjawab, faktor utamanya ialah kehadiran 50,000 orang setiap kali mana-mana pemimpin UMNO pusat berkunjung ke Kelantan.
Sudah tentulah jawapan seperti itu nampak bodoh. Namun, sebenarnya mereka sedang memperbodohkan pemimpin UMNO yang asyik cuba meyakinkan orang ramai di kampong-kampong bahawa UMNO dan BN sudah mencapai kemampuan mengambilalih dengan mengutama dan memperhebatkan propaganda ini. Seolah-olah UMNO dan BN mampu mengambilalih hanya melalui 50,000 orang ini sahaja tanpa melibatkan pengundi-pengundi lain yang tidak hadir padahal yang tidak hadir itu berlipat kali ganda jumlahnya.
Teguran dan kritikan saya ini sudah tentu sekali lagi mengundang kemarahan orang-orang tertentu. Kalau baru-baru ini saya diberikan amaran keras supaya tidak lagi menulis kerana saya dianggap tidak ada kemampuan berbuat apa-apa setanding mereka, mungkin pada kali ini mereka tidak lagi memperkecil-kecilkan kemampuan saya bahkan mungkin akan terus menghalau pula saya daripada parti UMNO. Mereka lupa saya ialah bekas Pegawai Perkhidmatan UMNO Bahagian Pasir Puteh yang pernah mencipta rekod kecemerlangan kerja yang diiktiraf orang ramai. Mereka juga lupa bahawa saya ialah bekas seorang wakil calon yang pernah berkhidmat kepada parti satu masa dahulu semasa pilihanraya. Yang terakhir mereka lupa saya ialah Setiausaha UMNO Cawangan Kg Gelam, Pasir Puteh dibawah YBhg. Dato' Pahamin A. Rejab.
Yang mereka tidak lupa ialah berangan-angan untuk mendapatkan kenaikan pangkat, imbuhan atau anugerah. Bagi yang bekerja sebagai seorang guru, harap-harapnya dapat menjadi PK Hem sekurang-kurangnya. Bagi yang ada lesen kontrak, harap-harapnya mendapat kontrak yang lebih menguntungkan. Bagi yang menyandang jawatan penting lain dalam kerajaan pula, harap-harapnya mendapat sesuatu seperti JP contohnya, kalau pun tidak Datuk. Tanda yang akhir ini ada berlaku di Pasir Puteh apabila sudah ada yang belajar-belajar menggunakan singkatan JP pada namanya.
Ikhlaskah mereka ini?
Dari saya,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak
Monday, 18 March 2013
Thursday, 7 March 2013
Terbitan Khas
Balik2 dari kerja tadi org rumah saya bagitau satu group orang2 kuat PAS DUN Semerak datang ke kedai Nasi Ayam Peladang isteri saya untuk menjamu selera. Dia kata dia jadi serba salah dan kelam kabut sedikit kerana sebelum ini mereka ini tidak pernah datang. Saya kata, takpelah, mereka datang sebagai pelanggan biasa. Lagi pun, saya tidak ada.
Apa pun, inilah diantara usaha2 yang sentiasa dibuat oleh orang2 kuat PAS di Semerak. Dalam kelekaan orang2 kita, mereka mencuba dengan pelbagai cara walaupun mereka tahu kadang2 tiada pun hasil yang boleh diharapkan. Dalam kes seperti ini contohnya, mereka tetap cuba mengambil kesempatan mempamerkan sikap 'persaudaraan' mereka terhadap orang2 UMNO.
Tidak bolehkah orang2 kuat UMNO melakukannya juga?
Apa pun, inilah diantara usaha2 yang sentiasa dibuat oleh orang2 kuat PAS di Semerak. Dalam kelekaan orang2 kita, mereka mencuba dengan pelbagai cara walaupun mereka tahu kadang2 tiada pun hasil yang boleh diharapkan. Dalam kes seperti ini contohnya, mereka tetap cuba mengambil kesempatan mempamerkan sikap 'persaudaraan' mereka terhadap orang2 UMNO.
Tidak bolehkah orang2 kuat UMNO melakukannya juga?
Saturday, 2 March 2013
MyDiary (106)
Semata-Mata Hanya Kerana Hendak Pamerkan 50,000 Orang
(Saya akan sentiasa
mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan
adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku
seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang
kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN
kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah
samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi
saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana
pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana
pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
Semakin
hari semakin rancak pemimpin-pemimpin utama parti UMNO dan BN ‘turun padang’.
Sudah tentulah ini terjadi disebabkan PRU13 sudah semakin hampir. Di negeri
Kelantan contohnya, kunjungan oleh YAB PM dan YAB TPM menjadi sesuatu yang
sangat ‘significant’ buat pada masa ini. Kunjungan mereka mendapat sambutan
yang sangat memberangsangkan. Setiap kali mana-mana seorang daripada kedua
mereka ini datang, puluhan ribu rakyat negeri Kelantan membanjiri medan perhimpunan
untuk menemui dan mendengar ucapan mereka.
Petanda
kehadiran orang ramai dengan jumlah yang begitu ramai sangatlah digeruni oleh
pihak lawan terutamanya PAS. Ini adalah kerana jumlah seperti ini pada
kebiasaanya, merekalah yang mampu hasilkan. Kali ini, apa yang terjadi ialah
sebaliknya.
Kunjungan
kedua-dua pemimpin utama kerajaan pusat ini bukan dilihat sebagai mewakili
kerajaan pusat sahaja tetapi mewakili juga parti UMNO dan BN untuk orang-orang
melayu di negeri Kelantan khususnya. Ini adalah kerana negeri Kelantanlah yang
mempunyai penduduk majoritinya orang-orang melayu. Maka, ianya adalah sesuatu
yang biasa dan lazim jika kedua-dua pemimpin utama parti UMNO ini berkunjung ke
negeri ini kerana kunjungan mereka adalah semata-mata demi kepentingan
orang-orang melayu juga.
Walau
bagaimana pun, saya tertarik kepada sesuatu yang ada kaitan dengan usaha untuk
menghimpun orang ramai itu. Bagi saya lagi ramai orang yang datang ke setiap
perhimpunan YAB PM dan YAB TPM, lagilah baik. Tidak ada orang UMNO yang tidak
sukakannya. Namun, jika ianya dihasilkan dengan cara atau kaedah yang tidak
sihat, saya tetap tidak setuju walau saya sendiri pun orang UMNO.
Kalau
pada masa ini, kita dapati banyak bantahan terhadap kepimpinan tertinggi FAM
sehingga desakan demi desakan sudah timbul dari pelbagai pihak supaya salah
satu daripada artikel yang ada di dalam perlembagaannya dimansuhkan, maka
senario seperti ini sepatutnya dijadikan contoh juga.
Kritikan
dan teguran harus diberikan ruang dan galakan seluas-luasnya oleh kepimpinan
parti, baik diperingkat pusat, negeri, Bahagian atau Cawangan sekali pun, kepada
mana-mana ahli parti selagi ianya tidak berbentuk fitnah, provokatif dan
menyentuh peribadi mana-mana orang. Jika tidak, akan tiba juga waktunya apabila perubahan diperlukan
jika pun desakan demi desakan tidak berlaku seperti kepada FAM itu.
Di
sini, saya ingin membawa para pembaca kepada satu contoh dimana jika kritikan
boleh diterima baik, maka parti pun akan menjadi lebih baik. Kalau pun tidak untuk pusat atau negeri, sekurang-kurangnya untuk Bahagian atau Cawangan.
Apabila
YAB TPM hendak datang ke Pasir Puteh tempuh hari, para petugas parti telah
mengedarkan kad-kad jemputan kepada orang ramai. Di bawah kad itu ada keratan
yang sudah ditandatangani oleh para petugas itu beserta cop jawatannya.
Terdapat juga ruangan kosong untuk diisi dengan butiran peribadi penerima
seperti nama penuh, kad pengenalan dan mukim. Sambil menghulurkan kad itu, para
petugas parti memberitahu bahawa kad ini perlu dibawa ke tempat perhimpunan
pada malam YAB TPM itu datang untuk memastikan supaya nama di dalam senarai
penerima BR1M tidak dipotong.
Orang
ramai yang menerima kad itu beserta dengan ‘amaran’ yang diberikan itu pun
berduyun-duyunlah pergi ke tempat perhimpunan pada malam itu. Tiap-tiap seorang
daripada mereka membawa keratan itu bahkan ada yang membawa lebih dari satu
kerana ada yang tidak boleh pergi lalu mengirim keratan itu kepada kawannya.
Oleh kerana orang yang pergi terlalu ramai, jalan menjadi sesak dengan
kenderaan sehingga ada yang mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke
lokasi perhimpunan dari Pasir Puteh.
Semua
mereka membawa keratan yang dimaksudkan itu di dalam poket masing-masing.
Malangnya, tiada siapa yang memaklumkan atau mengumumkan apa-apa tentangnya
sehinggalah majlis selesai. Bayangkanlah betapa kecewanya mereka apabila
mendapati ‘amaran’ yang diberikan itu hanyalah ‘gimik’ politik untuk meramaikan
orang sahaja semata-mata untuk dipamerkan kepada YAB TPM.
Kalaulah
kepimpinan parti merujuk kepada orang-orang yang berpengalaman, saya yakin
muslihat yang hendak dilakukan itu boleh dilakukan secara lebih ‘professional’ atau lebih matang dalam berpolitik.
Contohnya, bakul-bakul plastik boleh diletakkan di kiri kanan jalan masuk ke
tempat perhimpunan dan pengerusi majlis mengumumkan supaya orang ramai
memasukkan sahaja keratan-keratan itu ke dalam bakul-bakul yang disediakan itu.
Atau pun boleh juga ditugaskan beberapa orang untuk kerja-kerja mengutip
kad-kad itu daripada orang ramai.
Akibat
dari tindakan yang tidak lengkap atau 'tidak sudah' ini juga, saya khuatir jumlah yang dikatakan
seramai.puluhan ribu orang yang hadir itu bukan sebenarnya melambangkan
sokongan yang boleh dibuat ukuran secara tepat.
Salam
1Malaysia
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
No
Ahli UMNO 03924693
Semerak.
Subscribe to:
Posts (Atom)