Persidangan Agung UMNO 2012 akan melabuhkan tirainya hari ini.
Dengan bekalan yang secukupnya dari persidangan itu, diharap kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh serta seluruh jentera parti pulang dengan langkah-langkah teratur dan tersusun untuk menghadapi PRU13 dengan hati yang ikhlas, jujur, amanah serta penuh setia kepada seruan dan arahan pihak tertinggi kepimpinan parti untuk menghadapi PRU13.
Oleh itu, seluruh jentera hendaklah memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap PRU13. Soal-soal remeh temeh yang membazirkan masa hendaklah ditinggalkan kerana masanya sudah sangat hampir dan suntuk. Begitu juga masa untuk bersuka-ria sudah juga tiada. Kepimpinan parti Bahagian dan jentera hendaklah bijak menawan hati pengundi. Ego mereka juga hendaklah diturunkan demi parti. Jangan ada lagi mana-mana kepimpinan Bahagian atau jentera parti yang menunjukkan rasa bangga dengan jawatan yang disandang dan menunjukkan sikap 'lebih UMNO' daripada orang lain hanya kerana pergi ke persidangan agung itu.
Dari,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak
Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
Terbitan Khas
Berita
Harian atau BH adalah akhbar terbaik berbanding semua akhbar-akhbar
lain. BH lebih tepat dan padat beritanya, lebih adil, lebih sederhana
dan lebih mampu menyusun dan mengutamakan mana berita yang lebih
penting. Saiznya juga lebih sesuai dan selesa sementara ketebalan
kandungan beritanya lebih memuaskan pembaca seperti saya. Paling sesuai
untuk dijadikan bahan bacaan harian oleh semua peringkat masyarakat samada
untuk tujuan rujukan oleh para pelajar atau bacaan santai oleh orang
ramai.
Sebab itulah BH merupakan akhbar arus perdana yang paling digemari dan laris di mana-mana jua.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kpd pengurusan BH.
Wednesday, 28 November 2012
Terbitan Khas
Ucapan
Dasar YAB Dato' Seri Presiden UMNO tadi penuh bersemangat dan memukau.
Pengucapannya lancar, jelas dan berisi zahir dari hati yang bersih dan
tulus ikhlas sebagai orang yang paling bertanggungjawab untuk menentukan
agama, bangsa dan tanah air selamat selepas PRU13.
Semoga semua
perwakilan dan juga semua ahli UMNO (baik yang hadir mahu pun yang
tidak) dapat betul-betul menghayatinya dan melakukan apa sahaja yang
termampu selepas persidangan ini supaya UMNO dan BN dapat mengekalkan
kuasa demi agama, bangsa dan tanah air.
Salam 1Malaysia.
Tuesday, 27 November 2012
MyDiary (101)
MyDiary (101)
28 Nov 2012
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada
para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat
dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa
diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau
matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri
Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil
kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan
menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana
individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana
individu untuk tujuan ini).
PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2012
Hari ini ialah hari kedua berlangsungnya Persidangan Agung UMNO Yang
Ke-66 di PWTC. Seperti biasa ribuan perwakilan dari seluruh negara hadir.
Begitu juga ribuan pemerhati dan ahli-ahli UMNO yang lain pun hadir sama.
Mereka semua ke sana dengan tujuan utama yang sama. Mereka hadir kerana
setiap tahun sememangnya persidangan ini diadakan. Yang membezakan pada tahun
ini ialah, inilah persidangan terakhir sebelum PRU13.
Yang tidak membezakan pula ialah mereka ke sana seperti biasa kecuali
para perwakilan. Lain daripada perwakilan ini, ada yang ke sana semata-mata
hanya untuk menikmati keseronokan melihat ribuan orang-orang UMNO lain dari
seluruh negara. Mereka ke sana tak lebih daripada tujuan ‘makan angin’ sahaja
kerana mereka adalah orang-orang kampong yang sememangnya menunggu peluang
untuk ke Kuala Lumpur secara percuma. Jarang-jarang sekali, inilah peluang
untuk mereka melihat bandaraya utama Malaysia selain daripada dapat berjumpa
dengan sanak saudara atau kawan-kawan di sana.
Mereka tetap nampak ‘ghairah’ dan ceria setiap kali menjelangnya
persidangan ini. Awal-awal lagi mereka sudah bercakap tentang hotel mana yang
mereka akan menginap, makan di mana dan pergi dengan siapa.
Semua itu tidak salah. Yang salah ialah jika mereka merasa seronok
tanpa menyedari bahawa BN masih belum lagi menguasai semula kawasan mereka.
Contohnya di Pasir Puteh, dimana parlimen dan ke-empat-empat DUN masih lagi
didalam genggaman PAS. Maka, bagi saya ianya adalah sesuatu yang salah jika
mereka kesana dengan perasaan seronok bukan dengan perasaan dukacita.
Keghairahan mereka kerana mendapat kesempatan berada disamping ribuan
orang-orang UMNO lain di sana tidak membawa sebarang erti jika di kawasan
mereka sendiri suasana politik belum lagi berpihak kepada BN. Keghairahan di
sana tiada kena mengena dengan suasana di kampong sendiri. Mereka semua harus
pulang selepas persidangan ini bukan dengan ‘wajah kemenangan’ dan bergaya
kerana menang kalah BN bukan ditentukan di PWTC, tetapi ditentukan di kampong
masing-masing oleh pengundi-pengundi yang tidak pun pergi ke persidangan itu.
Disebabkan merekalah yang ke sana, maka merekalah yang seharusnya menggalas tugas
dan tanggungjawab utama bagi menentukan pengundi-pengundi memilih BN.
Tunaikanlah dahulu tugas ini secara serious, barulah boleh dizahirkan
‘wajah-wajah kemenangan’ selepas itu jika BN mengambilalih kuasa.
Dengan harapan semoga Persidangan Agung UMNO Kali Ke-67 nanti menyaksikan
‘wajah-wajah kemenangan’ sejati yang saya tidak akan pertikaikan lagi di dalam
blog saya.
Dari
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak
Pasir Puteh
Kelantan.
Monday, 26 November 2012
Terbitan Khas
Persidangan Agung UMNO 2012 bermula hari ini.
Tahun lepas, saya berkunjung sekejap sekadar untuk memenuhi keinginan menghadirkan diri ke satu tempat dimana berlangsungnya suatu acara kemuncak tahunan bagi parti kesayangan saya, UMNO.
Tahun ini, lagilah memuncak keinginan saya untuk sama-sama ke sana kerana inilah persidangan terakhir sebelum PRU13 tetapi malangnya saya tidak mungkin boleh ke sana kerana tugas dan tanggungjawab keluarga. Sudah tentulah Persidangan kali ke-66 ini amat menarik dan amat penting untuk dihayati oleh setiap ahli UMNO.
Apa pun, sekali lagi saya ucapkan Selamat Bersidang kepada perwakilan dari seluruh negara. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan Allah SWT.
Sunday, 25 November 2012
Terbitan Khas
Selaku ahli UMNO dan penulis blog ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
"Selamat Bersidang"
kepada perwakilan UMNO dari seluruh Malaysia dalam "Perhimpunan Agung UMNO 2012"
yang akan bermula esok di Kuala Lumpur.
Semoga persidangan berjalan dengan lancar dan diberkatiNya.
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak, Pasir Puteh
Kelantan
Wednesday, 21 November 2012
MyDiary (100)
MyDiary (100)
22 Nov 2012
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada
para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat
dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa
diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau
matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri
Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil
kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan
menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana
individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana
individu untuk tujuan ini).
Program Parti UMNO vs Parti PAS
Pada 20hb November, 2012 iaitu hari Selasa waktu pagi, saya terpandang
begitu ramai orang di hadapan pejabat ADUN Semerak dengan beberapa buah khemah
terpasang sewaktu saya memandu kereta untuk pulang ke rumah saya di Taman Jaya
atau Rumah Murah (RM). Apabila saya keluar semula, barulah saya tahu ianya
ialah program ‘berkhatan’ kanak-kanak.
Saban tahun, ADUN Semerak tidak lupa untuk memberi khidmat ini kepada
kanak-kanak DUN Semerak. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa tentang politik.
Mereka hanya tahu ibubapa mereka membawa mereka ke situ untuk tujuan
dikhatankan. Yang tahu selebihnya ialah ibubapa mereka itu. Ibubapa-ibubapa ini
sememangnya tahu bahawa mereka mendapat faedah daripada program parti PAS ini.
Selain daripada memperkukuh dan memperluaskan lagi sokongan mereka terhadap
parti PAS, sekurang-kurangnya mereka boleh berjimat kerana kos sebenar
berkhatan ialah RM100.00 seorang tetapi bayaran yang dikenakan hanyalah RM30.00 sahaja
atau 30% daripadanya.
Pagi ini saya dimaklumkan bahawa jumlah kanak-kanak yang berkhatan
semalam itu berjumlah 98 orang atau orang kampong menyebutnya ‘kurang 2
seratus’. Jumlah doktor yang terlibat menyumbang khidmat pula ialah seramai 7
orang.
Program seperti ini tidak pernah dibuat oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh
untuk kanak-kanak yang beribubapakan orang-orang UMNO. Saya tidak tahu mengapa
ianya tidak dibuat. Mungkin UMNO Bahagian Pasir Puteh tidak mahu
dilabelkan sebagai ‘meniru’ apa yang dibuat oleh PAS kerana program seperti itu
sudah dianggap ‘rutin’ tahunan parti PAS pada setiap kali musim cuti penggal
akhir persekolahan.
Kalau inilah alasannya, maka apa sahaja yang menjadi rutin parti PAS
perlu ditinggalkan termasuk jugalah program ‘kacau asyura’ dibulan Muharam.
Namun program ini dibuat juga oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh.
Saya tidak pernah melihat atau mendengar apa-apa yang dilakukan oleh
UMNO Bahagian Pasir Puteh akhir-akhir ini yang boleh dianggap melebihi
sambutannya berbanding dengan apa yang dibuat oleh PAS Kawasan Pasir Puteh.
Kalau pun acara ‘kacau asyura’ dibuat contohnya, jumlah ‘kawah’ yang dibuat oleh
PAS masih banyak bezanya.
Oleh itu, sekarang orang-orang PAS DUN Semerak tidak lagi berkata ‘kami
akan ‘mengulangi’ kemenangan dalam PRU13 ini tetapi mereka lebih gemar
menggunakan ayat ‘kami akan menang sokmo’.
Saya tidak boleh membuat sebarang andaian tentang mengapa UMNO Bahagian
Pasir Puteh begitu lemah dalam bab merancang dan melaksanakan sesuatu. Apa yang
saya rasa secara peribadi ialah kelemahan ini adalah disebabkan ketiadaan
semangat ‘kesepakatan’ dan ’kerasian’ diantara mereka yang memegang jawatan-jawatan
utama parti diperingkat Bahagian. Faktor kedua ialah kepimpinan UMNO Bahagian
Pasir Puteh tidak tahu atau pun tidak suka kepada mana-mana pihak yang berupaya
memberikan khidmat nasihat terutamanya orang-orang lama parti atau pun veteran.
Kalau pun ada percubaan atau usaha dibuat, ianya hanyalah sekadar sebuah
kumpulan baru atau ‘group Facebook’ yang dinamakan sebagai ‘P28 SUARA RAKYAT’ di link Facebook
https://www.facebook.com/groups/212680755531127/
yang dtubuhkan di pejabat UMNO Bahagian
Pasir Puteh baru-baru ini. Inipun sudah agak lewat kerana pihak parti PAS sudah
lama mengguna peluang IT seperti ini termasuk siaran radio internet sejak
bertahun-tahun yang lalu.
Oleh itu, memandang kepada suasana semasa, saya berpendapat secara
peribadi bahawa DUN N31 Semerak masih ditahap sukar untuk diambilalih daripada
genggaman parti PAS.
Apa pun, Selamat Bersidang saya ucapkan kepada semua perwakilan dari
UMNO Bahagian seluruh Malaysia terutamanya dari Pasir Puteh yang hadir di
Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini. Dengan iringan doa semoga persidangan berjalan
dengan lancar sehingga selesai dan direstui Allah SWT.
“BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT”
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.
Saturday, 10 November 2012
Terbitan Khas
Peta Lakar ke lokasi Kedai
"Nasi Ayam Peladang"
Sila klik
https://excel.office.live.com/x/ExcelView.aspx?FBsrc=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fdownload%2Ffile_preview.php%3Fid%3D246378218824102%26metadata&access_token=1
"Nasi Ayam Peladang"
Sila klik
https://excel.office.live.com/x/ExcelView.aspx?FBsrc=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fdownload%2Ffile_preview.php%3Fid%3D246378218824102%26metadata&access_token=1
Friday, 2 November 2012
Terbitan Khas
Makluman: -
Pada 30 Okt 2012 lebih kurang jam 2 pagi, saya telah membawa isteri saya ke Bahagian Kecemasan Pusat Kesihatan Cherang Ruku untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Setibanya kami di sana, tiada seorang pun dijumpai termasuk jaga. Apabila melihat ada papantanda supaya loceng kecemasan ditekan untuk menghantar isyarat kepada petugas, saya pun menekannya dan menunggu selama 10 minit sepertimana yg diarahkan di papantanda itu. Selepas 10 minit tiada sesiapa yg datang, saya pun menelefon kpd nombor yg ditulis di papan kenyataan petugas. Panggilan saya sebanyak beberapa kali tidak dijawab. Disebabkan itu, saya terpaksa bergegas membawa sendiri isteri saya ke Hospital Tg Anis, Pasir Puteh.
Dengan itu, saya ingin menasihatkan kepada semua orang-orang Semerak supaya jangan terlalu mengharapkan perkhidmatan kecemasan di Pusat Kesihatan Cherang Ruku jika terdapat mana-mana ahli keluarga memerlukan rawatan kecemasan ditengah malam. Jika mampu, lebih baik terus ke HTA Pasir Puteh sahaja kerana di sana rawatan kecemasan sudah dijamin tersedia dengan memuaskan.
Harap maklum.
Thursday, 1 November 2012
Terbitan Khas
Makluman: -
Kedai 'Nasi Ayam Peladang' isteri saya terpaksa dipindahkan apabila Ahli Lembaga Pengarah PPK Semerak bermesyuarat pada 18 Okt 2012 memutuskan untuk menender semula kedai jika penyewa asal tidak meneruskan sendiri perniagaannya. Surat ini diterima semalam. Oleh itu Tuan Hj Muhammad, penyewa asal iaitu Imam Tua Masjid Al-Taqwa terpaksa menyambung semula perniagaannya, walaupun masih lagi uzur, kerana tidak mahu kedai ini ditarik balik oleh Lembaga Pengarah PPK Semerak yg dipengerusikan oleh Cikgu Hj Tuan Mud Tuan Mat, Gong Manak.
Dengan ini suka saya umumkan bahawa kedai isteri saya akan dipindahkan ke Kuala Semerak minggu depan.
Isteri saya kata, "ingatkan sebagai orang UMNO bolehlah tumpang berniaga di PPK sebab nak tumpang di MDPP takleh"
Sekian untuk makluman.
Subscribe to:
Posts (Atom)