Wednesday 29 July 2015

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PRCSWK


Mengkritik tidak apa.
Tetapi kalau menghina saya tak boleh tahan.
Contohnya,
pertubuhan ini sebagai NGO tepi jalan dan buat aktiviti jual 'Datukship'.
Saya pernah dikata sedemikian melalui percakapan telefon tetapi saya tidak membantah sebab saya sedar saya tiada apa2.
Tiada harta,
Tiada pangkat kebesaran,
Tiada pengaruh.
Kalau lawan pun saya tak boleh menang.
Sekarang sampailah masanya saya sudah boleh jawab sebab saya sendiri menjadi bukti.
Saya tiada apa2 tapi dikurniakan juga.
Kalau dijual saya nak bayar dgn apa?

Seperkara lagi,
kita dikata bahawa pertubuhan ini tidak direstui oleh mana2 istana dan menjalankan percubaan nak ambilalih takhta kesultanan.

Yang ini saya nafikan sekeras2nya bagi pihak pertubuhan,
kerana pertubuhan ini bukan sekali2 diasaskan dengan tujuan seperti itu.
Ianya tiada kena mengena dengan mana2 institusi beRaja yang ada.
Pertubuhan ini ialah sebuah pertubuhan yang telah didaftarkan secara sah dengan ROS berserta lambang atau logo dan 'car crest' pertubuhan.
Pertubuhan ini ada perlembagaannya sendiri dan aktiviti pengurniaan anugerah dan watikah perlantikan adalah sah disisi undang2.
Bahkan sekarang pertubuhan ini telah pun ada penasihat undang2nya sendiri yang ditadbir oleh seorang peguam bertauliah selain dari Bahagian Kerabat, Bahagian Nusantara & Hubungan Antarabangsa dan Pemantauan.
Pertubuhan ini juga tidak mencampuri urusan politik negara. 
Selain daripada itu, penasihat utama pertubuhan ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hajjah Ramlah Bt. Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Melayu Malaysia, UNiMEP. 
Selain dari universiti2 tempatan, BTN juga telah menyatakan persetujuannya untuk mengikat kerjasama dengan pertubuhan ini.
Oleh itu,
hentikanlah tuduhan dan tohmahan palsu terhadap pertubuhan ini.
Sebelum memulakan apa2 majlis pun, kami memulakannya dengan lagu NegaraKu selepas bacaan doa.
Kemudian Rukun Negara.
Kemudian Ikrar Pertubuhan.
Kemudian Lagu Tema Pertubuhan.
(Dalam Ikrar Pertubuhan, kami menekankan ikrar kami untuk mempertahankan Perlembagaan dan Institusi Raja Berperlembagaan).
Barulah selepas itu majlis dimulakan dengan acara2nya sehingga tamat.
Oleh yang demikian,
saya harap dengan terbitan ini tiadalah lagi mana2 pihak yang akan memperkecil2kan kewibawaan pertubuhan, apalagi hendak menfitnah kami dengan perkara yang bukan2.
Walau bagaimana pun,
semua pihak digalakkan mendekati pertubuhan ini walau pun hanya sekadar untuk mengenalinya secara lebih dekat sahaja.
Kami membuka pintu seluas2nya kepada anda semua sebagai tetamu kami, 
tak kiralah dari kaum apa dan agama apa.
Pertubuhan ini terbuka dan bersikap pun terbuka juga terhadap sebarang cadangan atau pertanyaan. 
Terima kasih saya ucapkan bagi pihak pertubuhan kepada semua yang berminat untuk mengenali pertubuhan ini dan perjalanan aktivitinya.
InsyaAllah, awal bulan Disember 2015 ini satu majlis atau program khas akan dijalankan oleh pertubuhan ini di Istana Negara pula.
Semoga dengan sokongan anda semua pertubuhan ini akan menjadi sebuah pertubuhan yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada ahli2nya bahkan kepada negara ini juga secara umumnya.

'Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung' 

Dari saya,
Dato Paduka Raja Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
Bahagian Pemantauan & Multimedia,
PRCSWK. 
Bertarikh : 30hb Julai, 2015.



Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PRCSWK

Makluman Khas :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau ringkasnya PRCSWK telah mewujudkan empat (4) Bahagian baru sekaligus melantik empat (4) orang penasihat iaitu seperimana berikut :-
1. YM Dato Paduka Raja Tengku Kamarull Aznam Bin Tengku Kamarul Zaman (Bahagian Kerabat)
2. YBhg. Dato' Paduka / Dato Paduka Raja Syed Nazar Bin Abu Bakar ((Bahagian Nusantara / Hubungan Antarabangsa)
3. YBhg. Dato Paduka Raja Ho Yuk Yuen (Bahagian Undang-Undang)
4. YBhg. Dato Paduka Raja Wan Ab Malek Bin Wan Noh (Bahagian Pemantauan)
Perlantikan berkuatkuasa pada 27hb Julai, 2015 di Kuala Lumpur.
Sekian untuk makluman.
Terima kasih.
Daripada saya,

b/p YAM Cik Wan Seri Nara Datuan Utama Paduka Raja (DR.) Fadzillah Bt. Hussin, 
YDP Pertubuhan.

Friday 24 July 2015

Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung

Alhamdulillah.
Setelah bertungkus lumus menulis selama 5 tahun dan menghasilkan sejumlah hampir 1,400 terbitan dalam blog,
akhirnya saya diberikan pengiktirafan dan penghormatan yang agak bermakna juga bagi diri saya oleh sebuah NGO yang sah.
Saya tidak pernah meminta atau mengimpikan sebarang pengiktirafan apalagi anugerah dan watikah perlantikan tetapi apa yang saya perolehi itu akan saya jadikan perangsang diri untuk terus menulis dalam menyumbang buah fikiran seiring dengan semua kawan2 yang telah sekian lama bersama membantu saya.
Terima kasih banyak2 saya ucapkan kepada anda semua.
Semoga semua kawan2 dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang masa.
Terima kasih sekali lagi dan
Salam Sehati Sejiwa.
"Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung".
Sekian.

Wednesday 15 July 2015

Longgokan Barangan Palsu dan Dadah Dalam Malaysia


Tulisan saya ini tiada kena mengena dengan rusuhan yang berlaku di Low Yat beberapa hari yang lalu.
Saya hanya ingin menyentuh tentang gejala perniagaan yang melibatkan klon telefon bimbit yang berleluasa sahaja.
Pada pengamatan saya, perniagaan yang melibatkan klon-klon telefon bimbit sudah lama berlaku dan ianya bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh negara.
DI Kota Bharu atau di mana-mana pun terdapat telefon-telefon bimbit seperti ini. Saya tidak tahu dari mana datangnya dan bagaimana barangan ini boleh masuk. Yang pasti pelanggan yang membelinya tertipu kerana bukan semua mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk memeriksanya secara spontan sewaktu membuat pembelian.
Gejala ini sama seperti tidak terkawalnya kemasukan dadah ke negara kita. Pihak berkuasa tidak mampu mengawalnya dengan berkesan malahan semakin dikawal semakin rancak dan banyak yang masuk.
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan supaya mulai belajar dari negara-negara yang mempunyai sistem kawalan masuk barangan palsu ini ke dalam negara mereka secara berkesan dan tidak merugikan negara mereka. Carilah mana-mana negara seperti ini dan hantar pegawai-pegawai Kastam dan Polis ke sana untuk belajar dari mereka.
Tidak cukup dengan hanya berbangga ke negara yang mundur dan bercakap tentang kemajuan negara kita seperti program Permata contohnya, lalu berkata bahawa mereka ingin mencontohi program ini dari kita dan sebagai membalas budi baik, kita diberikan cenderamata mahal untuk dipakai.
Tidak cukup dengan mengenakan pelbagai sistem cukai baru keatas rakyat.

Tidak cukup juga dengan penguatkuasaan undang-undang sedangkan sempadan masih boleh dibolosi dengan mudah.

Tuesday 14 July 2015

Orang Melayu dan Orang Cina

Sejak kecil lagi saya berkawan dengan orang2 cina.
Bermula di kampung sehinggalah ke bandar2 seperti Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.
Sejak dari alam persekolahan hinggalah ke alam kerja.
Sememangnyalah orang2 cina boleh dianggap sebagai kaum dan bangsa yang sombong dan suka menindas termasuklah menipu orang2 melayu.
Namun, bukan semua begitu.
Saya tidak melabelkan semua orang cina begitu hanya kerana mereka cina yang dilahirkan dari perut ibu cina.
Bahkan ramai juga diantara mereka yang lebih baik berbanding orang2 melayu.
Ramai juga yang suka menolong orang2 melayu melebihi orang2 melayu sendiri.
Ramai juga diantara mereka yang lebih jujur malahan ada juga pun yang ditipu oleh orang2 melayu akibat kejujuran mereka.
Mungkin sistem dan kurikulum pendidikan dahulu lebih memberikan tumpuan kepada soal kerjasama dan integrasi kaum.
Sejak akhir2 ini tumpuan dan tekanan kearah itu tidak lagi dijadikan keutamaan dalam sistem pendidikan dan kemasyarakatan berbilang kaum.
Saya lebih suka melabelkan orang2 cina sebagai kaum dan bangsa yang berdisiplin dan saya tidak menjadikan asuhan sejak dari kecil yang diasas dan diterapkan oleh orang2 tua dahulu bahawa cina ialah 'tokpek' sebagai pegangan mutlak dalam kehidupan saya.
Selain diajar haram bersentuhan kulit dengan mereka, meninggal pun tidak dibenarkan menyebut 'mati' tetapi 'mapuh'.

Monday 13 July 2015

Orang Melayu dan Low Yat (Bahagian 2)

Kejadian di Low Yat telah mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Ada yang percaya bahawa sememang puncanya dari seorang remaja melayu yang melarikan handphone dan mengambil sikap bahawa itu adalah jenayah.
Ada yang percaya seperti itu juga tetapi menganggap perbuatan itu bukan lagi penting tetapi penipuan dan keangkuhan peniaga2 cina selama inilah yang lebih utama. Golongan ini mengambil sikap bahawa kejadian mencuri itu hanyalah sebagai pencetus yang ditunggu2 sahaja.
Ada juga yang langsung tidak percaya bahawa remaja melayu itu mencuri sebaliknya ditipu walaupun pihak polis sendiri yang mengesahkannya.
Itulah secara kasar dan ringkas perbezaan pendapat yang terpancar dari Facebook yang menggambarkan sikap yang berbeza2 dikalangan orang2 melayu.
Saya berpendapat golongan kedualah yang mempunyai kelebihan dan alasan yang paling munasabah. Mereka lebih tahu mengapa rusuhan itu terpaksa juga dilakukan walaupun ianya melanggari undang2. Mereka adalah melayu2 Kuala Lumpur yang lebih merasai tekanan hidup berbanding melayu2 yang tinggal di kampung2 berjauhan.
Itulah kelebihan yang ada pada mereka sebagai orang bandar.
Namun mereka lupa bahawa mereka juga mempunyai kelemahan tradisi sebagai orang melayu. Kelemahan inilah yang telah menyebabkan peniaga2 cina mengambil kesempatan keatas orang2 melayu Kuala Lumpur.
Setiap kali brand baru handphone keluar, maka berduyun2 dan berebut2lah orang2 melayu Kuala Lumpur ini ke pusat2 jualan termasuk di Low Yat ini. Kalau boleh hari ini keluar hari ini jugalah hendak ditukarnya walaupun yang lama itu masih elok dan memadai.
Menggunakannya bukanlah penting tetapi merasa bangga menjadi utama terutamanya apabila pulang ke kampung sekali sekala sambil membawa kereta baru.
Mereka juga lupa dan tidak sedar bahawa mereka pulang itu pun kerana mereka adalah 'melayu' dan bila disebut 'melayu', secara otomatik dan sinonim mereka adalah orang2 yang berasal dari kampung, bukan bandar.
Pulang semata2 untuk melepas rindu terhadap ibubapa dan sanak saudara yang tidak pernah berpeluang berkunjung ke Low Yat, kompleks membelibelah kebanggaan mereka itu.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir & Batin.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/videos/2015/07/13/handphone-salesman-not-a-liar-says-igp/

Orang Melayu dan Low Yat (Bahagian 1)

Saya pun bukan nak perhuduh atau perlekehkan bangsa sendiri jauh sekali dengan niat hendak memuji2 bangsa lain terutamanya cina.
Kalau kita perhatikan betul2 remaja melayulah yang paling ramai terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, curi motosikal, curi kabel, pecah rumah, merempit, ragut, lepak di pasar2 raya tanpa arah tujuan dan membuang masa.
Peratusan remaja cina dan india amat sedikit berbanding remaja melayu.
Saya tidak menafikan aktiviti menipu ada dijalankan di pusat membeli belah seperti di low yatt ini oleh peniaga2 cina tetapi bagi saya kalau mereka menipu, itu pun adalah kerana disokong oleh pembeli2 melayu sendiri juga.
Sekurang2nya remaja cina ini rajin bekerja mencari rezeki. Mereka tidak menganggur dan tidak mahu terus bergantung dengan ibubapa di rumah.
Oleh itu, dalam kejadian yang baru berlaku itu, punca sebenarlah yang harus diambilkira.
Jika benar2 terbukti bahawa puncanya ialah remaja melayu itu mencuri, maka kita hendaklah berlapang dada bahawa remaja itulah yang telah menimbulkan masalah bukan peniaga cina itu.
Jika sebaliknya pula, saya masih memilih jalan dan cara yang lain iaitu membuat aduan kepada pihak berwajib seperti KPDNKK contohnya.
Bukan dengan cara menyerang dan menimbulkan kekecohan.
Rumusan akhir saya :
Insiden itu tiada motif politik dan tidak sepatutnya juga diapi2kan dengan sentimen atau provokasi perkauman.


https://youtu.be/Wnq9KyW38mc

Friday 10 July 2015

Skim Gerbang Az-Ziwaj Kerajaan Negeri Kelantan

10 Julai 2015
Mewakili anak lelaki saya yang berada di Bangi dalam majlis ringkas menerima wang bantuan skim Gerbang Az-Ziwaj bagi pasangan yang baru kahwin sumbangan kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM1,000 di pejabat Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim, Penyelia PAS DUN Semerak.
Anak lelaki saya, Wan Imran Fitri kahwin pada 17 Mac 2015 yang lalu.
AlhamdulilLah dan berbanyak2 terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan bagi pihak anak saya dan keluarga.
— with Dato'Wan Fauzi Wan Hussain and 11 others.

Jose Mujica


THE POOREST PRESIDENT IN THE WORLD.
~ Uruguay’s President JOSE MUJICA.
He lives simply and rejects the perks of the presidency. Mujica has refused to live at the Presidential Palace or have a motorcade. He lives in a one-bedroom house on his wife’s farm and drives a 1987 Volkswagen. “There have been years when I would have been happy just to have a mattress,” said Mujica, referring to his time in prison. He donates over 90% of his $12,000/month salary to charity so he makes the same as the average citizen in Uruguay. When called “the poorest president in the world,” Mujica says he is not poor. “A poor person is not someone who has little but one who needs infinitely more, and more and more. I don’t live in poverty, I live in simplicity. There’s very little that I need to live.”

Wednesday 8 July 2015

Awan Hitam dan Banjir Besar

kita biasa melihat pada mulanya awan kecil sahaja
kemudian menjadi besar dan hitam
tak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebat bersekali dengan ribut dan petir
kadang2 petir menyambar sana sini terutamannya pokok yang tinggi
jika hujannnya terus lebat dan berpanjangan
terjadilah banjir besar
ada yang sempat lari
ada yang tidak
ramailah juga yang menjadi mangsa
begitulah juga dengan kemarahan rakyat terhadap pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat
kemarahan ini pada mulanya kecil sahaja
kemudian menjadi besar dan bergelora
tak lama selepas itu perarakan pun berlaku dengan hebat secara besar2an
kadang2 pihak berkuasa pun tidak lagi mampu menahan kemaraan kumpulan yang sangat besar ini
jika tuntutan tidak ditunaikan
terjadilah paksaan mengheret pemimpin itu turun
orang2 kuatnya ada yang sempat lari
ada yang tidak
ramailah juga yang akan menjadi banduan

Penyokong PM Najib Lari Fokus

penyokong2 kuat najib ada yang nanar
ada yang menjadi bisu
yang tak bisu
berhujah tentang strategi nak jatuhkannya
berbicara tentang pelan A pelan B dan seterusnya
bijak dalam bab ini dan mungkin mampu berbicara sampai pelan Z pun
ada yang cuba salahkan musuh2 orang melayu
macam2 ulasan dibuat mereka dengan pelbagai ragam dan lagu mengikut citarasa peribadi masing2
padahal yang dibicarakan ialah soal pm dan wang 1MDB sahaja
bukan soal2 yang lain tetapi berkaitan isu aliran wang dari entiti ini
mungkin inilah sifat orang2 yang berkepentingan
takut bila bos tiada
dapur pun tidak lagi berasap dan kemewahan yang dikecapi selama ini hilang
padahal kalau pun beralih kepimpinan
mereka tetap di tempat yang sama juga
dengan segala kemudahan tidak diusik

Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan

Bulan ramadan pun dah nak habis
Masuk syawal orang islam akan rayakan aidil fitri
Manakala rakyat yang lain akan rayakan kerusi PM dipangku Muhyiddin
31 ogos pula semua rakyat pasang jalur gemilang tanda sayangkan tanah air tanah tumpah darahku
tak rela dikhianati bukan sahaja oleh musuh2 luar
bahkan musuh dalaman pun akan ditentang habis2an sehingga titisan darah yang terakhir
Negara Ku

YM Prof DiRaja Ungku Aziz


Time's Up

Bulan ramadan pun dah nak habis
Masuk syawal orang islam akan rayakan aidil fitri
Manakala rakyat yang lain akan rayakan kerusi PM dipangku Muhyiddin
  
Ojay Khoo added 3 new photos.
1 hr ·
Tuesday, July 7, 2015
Mungkin Mahathir sedang berbicara panjang dengan Muhyiddin
ILUSI
Barang kali sebaik sahaja Jawatankuasa Khas yang menyiasat dakwaan WSJ berhubung berlaku pengaliran wang 1MDB sebanyak USD600 juta mengumumkan enam akaun milik orang tertentu yang dipercayai kepunyaan Najib Razak dibekukan semalam, Dr Mahathir Mohamad terus menghubungi Muhyiddin Yassin.
"Hallo, Muhyiddin, ni Mahathir.."
"Iya Sir..."
Mungkin dalam percakapan itu Mahathir meminta Muhyiddin bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Najib. Buat permulaan ialah memangku jawatan perdana menteri.
"You kena siap sedia.."
Iya, sekiranya siasatan selanjutnya menemui bukti lebih jelas bahawa akaun yang dibekukan itu sah milik Najib tidak teragak-agak lagi Najib dengan penuh sukarela perlu berundur secara sukarela atau pun setidak-tidaknya bercuti. Kalau beliau bercuti Muhyiddin akan dilantik menjadi pemangku perdana menteri.
"I am, ready sir..."
Reputasi Najib ketika ini sangat buruk dan ia membusuk bukan sahaja maruah keluarganya, tetapi negara juga.
Seperti mana kata Mahathir isu Najib dengan isu 1MDB mengotorkan negara ini.
Kebusukan yang diruapkan oleh Najib bukan sahaja menyumbat lubang hidung pemimpin parti pembangkang, tetapi ikut sama memasuki ke lubang hidup pimpinan dalam kerajaan sendiri. Hampir 50 peratus menteri Kabinet dari semua fraksi sudah mulai sangsi kepada Najib.
Pendedahan dibuat oleh jawatankuasa khas itu menyebabkan para pembela Najib tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka dengan sendiri kena menghentikan "senanam duduk bangun, bangun duduk" mempertahankan Najib. Boleh jadi juga Haron Din dan Haji Hadi turut termenung dan mengeluh panjang. "Khalaf..."
Yang menganggotai jawatankuasa itu bukan sembarangan. Ia terdiri daripada Peguam Negara, Ghani Petail, Gebenur Bank Negara, Zetti Aziz, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Pengerusi SPRM Abu Kassim. Semuanya bertaraf negara belaka.
Mungkin ramai orang sedang menanti apa komen Salleh Said Kuak, Bung Mokhtar, Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Shahrir Abdul Samad, Annuar Musa, Musa Aziz, Syed Ali Al Abasi dan lain-lain berhubung pembekuan enam akaun itu.
Sehingga jam 6:12 minit petang ini belum ada apa-apa komentar daripada mereka. Tampaknya mereka masih berpuasa tanpa sahur mengenai hal ini. Yang ada hanya dari ketua Perkasa(m) Inchek Ibrahim Ali yang meminta bersabar menunggu siasatan lanjut dan dalam masa sama menghentam pemimpin DAP dan PKR, serta mengecualikan pemimpin Pas, kerana katanya dia ada hajat dengan Pas. Masa bertahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan rapat benar dia dengan bekas Setiausaha Agung Pas. Ketawa bergrekek.
Berbalik kepada kemungkinan Mahathir menghubungi Muhyiddin tadi, mungkin juga Mahathir minta TPM datang berjumpanya malam ini. Kalau malam kelmarin Najib mengadakan perjumpaan sulit bagi membincang masalahnya, mungkin malam ini giliran Mahathir pula. Mahathir akan mejadi lead merangkakan tindakan seterusnya bagi pihak Muhyiddin.
"You free tak malam ni?'
"What time sir.."
Jaga-jaga dan pakat lihat malam ini ke mana orang-orang seperti Shafei Afdal, Ahmad Zaid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Annuar Musa, dan beberapa yang lain berbuka puasa atau pun berqiamulail untuk menanti "lailatu qadar." Sama-sama pakat perhatian. Dan jika Khairy ikut sama, ia satu perkembangan baru dalam pembentukan kerjasama Mahathir dengan pemuda pimpinan Khairy.
Esok atau lusa pasti akan ada satu kenyataan bersama menggemparkan dikeluarkan meminta Najib Razak bercuti dan mendesak supaya Muhyiddin memangku jawatan Perdana Meteri. Kita tunggu. Tentunya desakan itu sepadu dengan permintaan gabungan ahli pembangkang yang berhimpun di atas tangga parlimen hari ini yang mahu Najib bercuti. [wm.kl.6:24 pm 07/0715]
mso.im at 6:35:00 PM
http://msomelayu.blogspot.com/…/mungkin-mahathir-sedang-ber…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pasir Puteh dan PRU14

PRU14 masih agak jauh.
Keadaan masih belum menentu dan samar.
Di Pasir Puteh belum dapat dipastikan sejauh mana kesan dari senario semasa keatas parti2 yang akan bertanding nanti.
Seandainya jangkaan menjadi sangat kuat bahawa UMNO dan BN akan tumbang, saya belum nampak kerangka kepimpinan baru di Pasir Puteh.
Yang nampak ialah calon dari PKR berkemungkinan besar diberikan sokongan untuk mewakili kerajaan pusat yang baru.
Ini kerana DAP belum ada tempat lagi manakala PAS pula sudah berpecah dengan teruk.
Tapi siapa orangnya dari PKR belum dapat diramalkan untuk parlimen pasir puteh.
UP: Sdr Mat Kamil Awang"

Apakah Tun Dr M Menyokong Parti IKATAN?

Kalau betul Tun Dr M nak tubuh parti baru seperti yang diura2kan itu
Saya heran mengapa dulu pernah Tan Sri Kadir kata parti IKATANnya mendapat sokongan Tun?
Ini jelas menunjukkan bahawa Tun sebenarnya tidak pun menyokong parti ini sekaligus menunjukkan juga Tan Sri Kadir berbohong.
Up : Sdr Dee Pasir Mas & Sdr Red Judge

Tuesday 7 July 2015

Tahap Kritikal Isu PM dan 1MDB

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di Parlimen..bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen. Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua ahli parlimen pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM. Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh..alhamdulillah..

Tahap Kritikal Isu PM dan 1MDB

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di Parlimen..bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen. Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua ahli parlimen pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM. Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh..alhamdulillah..

Tahap Kritikal Isu PM dan 1MDB

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di Parlimen..bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen. Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua ahli parlimen pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM. Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh..alhamdulillah..

Tahap Kritikal Isu PM dan 1MDB

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di Parlimen..bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen. Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua ahli parlimen pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM. Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh..alhamdulillah..

YDA dan Majlis Raja-Raja

Kalau YDA tak boleh pecat,
Bagaimana Majlis Raja2?
UP : Prof Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff
Mohon diperjelaskan mengikut kacamata perlembagaan sesuai dengan keadaan semasa dimana rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang serious dan kritikal.
 
Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.
freemalaysiatoday.com

AG Yang Berani

Sememangnya negara memerlukan seorang AG lelaki tulen bukan pondan
 
BANGI, Sabtu - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengesahkan menerima beberapa dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Datuk Seri...
www.ismaweb.net

Halau G20 ini?





Tan Sri Abu Talib Othman


Malaysia Baru atau New Malaysia

Sekali sekala saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 yang telah banyak berkongsi maklumat.
Sebahagian besarnya saya pula yang 'share'kan kepada kawan2 yang lain.
Inilah manfaat FB yang boleh 'mencelikkan' mata buta kita dan semua yang lain.
Semoga FB boleh juga sekurang2nya menyumbang dan menjadi instrumen penting kearah mewujudkan Malaysia Baru atau New Malaysia melalui kepimpinan yang baru.
Terima kasih sekali lagi kepada semua kawan2.
Semoga anda semua dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki yang halal dan sentiasa sihat walafiat sepanjang masa.

Kerajaan Gagal Menyediakan Peluang Kerja Yang Mencukupi

Saya dan keluarga termasuk juga.
Anak2 dihantar masuk universiti tapi keluar tak dapat2 kerja sampai ada yang sudah terlebih umur.
Setiap kali mohon panggil interview bahkan ada yang lulus peringkat terakhir pun.
Tapi hasilnya tetap sama.
Anda gagal.
Membuktikan kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada rakyatnya.

 
Penampang Sabah 25/11/2012
publisher.dailymotion.com

PM Najib Sebagai Liability Kepada Negara dan Dunia


PM Najib sudah dianggap sebagai liability bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia luar kerana Malaysia adalah juga salah sebuah dari negara2 commonwealth dan juga oic selain asean yang sepatutnya bersifat bersih selaku negara Islam.
Sebab itulah beliau sangat2 dianjurkan supaya mengambil langkah bercuti serta merta bagi memberikan laluan siasatan bebas dijalankan terhadap tuduhan skandal kewangannya.
Jika beliau didapati bersalah, beliau hendaklah menerimanya sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab.
Jika sebaliknya, beliau boleh terus menyambung semula tugasnya.
Pada masa ini barulah segala yang telah dibuktikan itu menjadi jelas kepada rakyat.
Kita tidak marah dan benci kepadanya kerana beliau bernama 'Mohd Najib Bin Abdul Razak' sepertimana di dalam kad pengenalannya tetapi kita marah kerana beliau ialah perdana menteri kita. Maknanya kita bukan marah kepada tubuhnya tetapi kita marah kepada perangainya.
Sebab itu saya sendiri pun tidak menyukai kepada komen2 yang melampaui batasan atau terlalu menyentuh peribadinya.