Sunday 29 March 2015

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK dan JKM

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK Cherang Ruku (Semerak) :-
Sekarang AJK PDK ini telah dipengerusikan oleh orang baru sejak lebih kurang sebulan yang lepas kerana pengerusi dulu meletakkan jawatannya disebabkan beliau sudah pindah jauh dari Semerak.
Pengerusi yang baru mengambilalih jawatan ini dikatakan boleh membawa PDK ini jauh kehadapan kerana beliau ialah pengerusi JKKKP.
Ibubapa pelatih dan juga pihak JKM serta orang ramai Semerak sudah tentu mahu melihat apakah kemajuan yang akan dibawa oleh pengerusi baru ini.
Mampukah pengerusi baru ini mengubah kedudukan tercorot PDK ini kepada satu kedudukan yang lebih baik?
Sama2lah kita nantikan.

Jika gagal,
saya ingin mencadangkan supaya pengerusi asal atau pertama mengambilalih semula jawatan ini kerana pada masa beliau dulu agak memuaskan semua pihak walaupun beliau bukan dari JKKKP. Banyak program berfaedah telah berjaya dilaksanakan termasuk lawatan sambil belajar ke negeri2 luar Kelantan untuk pelatih2 PDK ini.
Dalam mesyuarat AJK yang lepas itu,
terdapat tiga lagi perkara yang menarik perhatian saya.

Pertama ialah berkaitan dengan premis yang hendak disewa di tempat lain apabila premis sekarang akan dikosongkan nanti.
Ketegasan wakil JKM supaya premis yang hendak disewa itu hendaklah bukan milik mana2 AJK PDK adalah sangat dipuji.
Dengan itu,
cadangan supaya PDK ini dipindahkan ke bangunan kepunyaan salah seorang AJK tidak dapat dipersetujui oleh wakil JKM.
Semoga ketegasan dan 'acountability' wakil JKM ini terus menjadi amalan selagi syarat ini dikuatkuasakan oleh JKM sendiri.

Kedua ialah berkaitan dengan rekod kewangan apabila buat pertama kalinya didedahkan kedudukan kewangan PDK yang sebenar kepada AJK.
Jumlah lebihan wang yang ada dalam akaun ialah lebih kurang RM50 ribu.
Wakil JKM telah menasihatkan supaya peruntukan ini hendaklah digunapakai dan dimanfaatkan bukan disimpan. 
Ketiga ialah berkaitan dengan elaun pelatih2 dimana wakil JKM telah mengarahkan Penyelia PDK supaya pembayaran dibuat melalui akaun bank dan dibayar tepat pada waktunya, bukan secara tunai..
— with Wan Ramli Wan Ibrahim and 5 others.

Saturday 28 March 2015

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

Sumbangan berupa material dlm kerja2 pembinaan rumah2 utk mangsa banjir d kg lebir masih di perlu kan.
Sya memohon jika ada d antara kawan2 fb sya yg sudi utk menghulur kan bantuan seikhlas nya.
segala sumbangan boleh lah di salur kan ke
Akaun BIMB PASIR MAS
0302 7020 7526 03
melalui Ustaz Mat Nazri Bin Awang
Dan boleh di hubungi melalui no talipon
019 9896722
Atau Ustaz Hakim Bin Ibrahim
013 9215445
Juga boleh menghubungi ‪#‎cikgu‬ Yuganu Yunus
Di talian 019 9111059
Semoga dgn bantuan dan sumbangan kawan2 akn sedikit sebanyak memudah kan segala urusan dan bantuan segera dpt di salur kan.
Perkenan kan lah Ya Allah.
Wan Malek
Abe Ha Guchi
Mohd Azli Alias
Mohd Ruzman
Mohd Azmi
Waewo Mesra
Adi Nujun Adi Nujun
Cik Puan Melor
Shidi Ahb
Epreneur Norhisham Azman
Adzifah Mohd Ghani
Samzana Nasir
Halimah Mahmood
Che Alias Ghani
Hj Mustaffa Zakaria Ansari
Zakaria Awang Lah
Zai Zaa



Simbol-Simbol Calon Bebas Ketinggalan Zaman

Saya nak cadangkan supaya simbol2 pilihanraya untuk calon bebas disemak semula.
Saya dapati simbol2 itu sudah lama dan ketinggalan zaman serta kebudak2an.
Zaman sudah berubah sepatutnya spr pun ubah juga simbol2 ini.
Daripada gajah atau pen atau buku atau kunci contohnya,
lehih baik tukar kepada komputer atau laptop atau i-pad atau apa2 yang lebih sesuai dan munasabah mengikut kemajuan zaman.
Boleh juga lebuhraya atau rumah.
Jika tanaman,
boleh juga bunga atau pokok padi atau kelapa sawit atau pokok2 lain atau buluh perindu yang rimbun.
Saya kurang bersetuju jika simbolnya binatang atau haiwan kecuali ikan koi

Friday 27 March 2015

GST dan Penolong-Penolong Penguatkuasa Akar Umbi

saya menjangkakan payah kpdnkk nak kawal suasana penyelewengan dan kesempatan yang akan diambil oleh peniaga2 setelah gst dikuatkuasakan walaupun ada seramai dua ribu lebih penolong penguatkuasa peringkat akar umbi seluruh negara
ini kerana beberapa faktor
paling utama komitmen mereka tidak setanding dgn gst itu sendiri
sesetengahnya tidak pun faham betul2 kerana ada yang tidak pun habis sekolah tapi dilantik juga semata2 kerana dia menjadi orang 'ketua bahagian'
sesetengahnya pula mudah disogok hanya dengan beberapa kilo gula sahaja dan peniaga itu pun terlepas dari tindakan undang2

Thursday 26 March 2015

Kak Lah

Kak Lah akan adakan satu majlis khas untuk menzahirkan rasa terima kasihnya kepada semua petugas2 yang telah bekerja keras membantunya dalam prk dun chempaka baru2 ini
mereka yang akan dijemput termasuk
pegawai2 kerajaan persekutuan
spr
kerajaan negeri
pdrm
orang2 awam dan penduduk kampung
dan wartawan2 akhbar harian termasuk wartawan dan editor portal
terima kasih Kak Lah
diharap tarikhnya dimaklumkan awal2 supaya kawan2 yang jauh boleh rancang cuti untuk balik atau datang ke kelantan untuk majlis itu


Kak Lah dan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja CSWK


Pada 26hb April 2015 nanti
YM Tengku Seri Nara Utama (DR) Fadzillah Bt Hussin atau lebih dikenali sebagai Kak Lah​ akan bertolak ke Bali untuk menghadiri satu perhimpunan Raja-Raja dan Gabenor Nusantara bersama YBhg Prof. Dato' Dr Ramlah Adam dari UniMEP.
Kak Lah mewakili Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan  Kembang Malaysia yang selepas ini akan bertukar nama kepada Persatuan DiRaja Warisan Cik Siti Wan Kembang dimana YBhg Dato' Rais Yatim sebagai Penaungnya.
Pada 9hb Mei 2015 pula Kak Lah akan ke Pattani menghadiri perjumpaan dan program hari keluarga Kerabat Pattani.
Diantara lain-lain program ialah pada 4hb dan 5hb Mei 2015, Kak Lah di Johor Baharu menghadiri majlis Chun Te Fo Ker bersama MB Johor.
Pada 15hb Mei 2015, Kak Lah di Subang menghadiri program Dirgahayu Warisan Kehormat bersama YBhg Dato' Rais Yatim.
Pada akhir bulan, Kak Lah ada temujanji dengan Dewan Bahasa dan Pustaka berkaitan dengan pelancaran buku Cik Siti Wan Kembang Merentas Zaman.
Semoga segala urusan berjalan lancar dan Kak Lah diberikan kesihatan sepanjang masa.
Sama-samalah kita ucapkan syabas kepadanya kerana walau pun kalah dalam prk dun chempaka baru2 ini, Kak Lah tidak sedikit pun membiarkan kekalahan itu memberikan sebarang kesan keatas pertubuhan yang dipimpinnya itu. Beliau tetap seperti biasa betenaga meneruskan aktiviti-aktiviti pertubuhan sepertimana yang telah dirancang.
AlhamdulilLah.

Wednesday 25 March 2015

UMNO dan PAS


chempaka sudah tenang
bahkan sudah pun tenang sebelum dan semasa pilihanraya
kata orang
inilah pilihanraya paling aman dalam sejarah politik malaysia
tenang kerana umno tidak meletakkan calonnya menentang pas
kata umno
mereka hendak memberikan tumpuan kepada kerja2 membantu mangsa banjir
maka yang masuk bertanding adalah calon2 bebas secara sendiri masing2 tanpa 'ayah' dan 'ibu'
maka pas pun menganggap tiadalah 'fight' bagi mereka
maka ramailah yang mencadangkan supaya usaha penyatuan dua parti terbesar orang2 melayu ini dipergiatkan lagi
kerana di situlah juga umno membuktikan bahawa mereka betul2 bersedia menerima pas semula sebagai rakan kongsi politik
bahkan ada yang mencadangkan supaya dalam pru14 nanti
di mana ada calon pas dalam parlimen dan dun yang sudah dikuasai oleh pas
umno hendaklah jangan meletakkan calonnya
begitulah juga untuk parlimen dan dun yang sudah dikuasai oleh umno kecuali bn
(kerana yang hendak bergabung dengan pas bukan bn tetapi umno)
pas hendaklah juga jangan meletakkan calonnya
apa pun
ramai mengharapkan supaya tindakan tidak meletakkan calon di chempaka baru2 ini
bukan helah politik dalam bentuk 'escapism' dipihak umno
janganlah di chempaka tidak
tetapi selepas ini lawan 'berkebuk' juga
kerana umno sememangnya terkenal dengan kepakaran tipu helah politiknya

Laporan Polis Kak Lah Terhadap Adlin Bt Abdul Jalil

bagaimana dengan pihak2 lain seperti
persatuan jp?
kerajaan negeri kelantan?
perkasa?
wakil2 rakyat?
rakyat kelantan yang lain?
apakah isu ini tidak perlu ditentang atau sekurang2nya dibantah walaupun ianya melibatkan tuanku al-sultan kelantan?

Monday 23 March 2015

Kak Lah vs Adlin Bt Abdul Jalil




Kak Lah dan orang2 kanannya dari pertubuhan keturunan paduka raja cik siti wan kembang malaysia atau pkprcswk dan bumi rahmat di balai polis machang hari ini buat report kes adlin bt abdul jalil dari kumpulan gerakan murtad kelantan hina tuanku sultan kelantan
pakat tengok berita tv jam 8 malam ni



Saturday 21 March 2015

PRU14 - UMNO dan PAS Jatuh


saya meramalkan dari situasi sekarang
walaupun umno dan pas sedang berusaha untuk bergabung
namun kekuatan umno atau pas tidak bertambah
senario politik menampakkan kedua2 parti terbesar orang2 melayu ini akan jatuh dalam pru14 nanti

Thursday 19 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 38

ahli2 pas gua musang berkunjung ke bilik gerakan Kak Lah

Wednesday 18 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 37

Orang2 PAS datang berjumpa Kak Lah calon bebas bersimbolkan kunci
mereka semua gembira dapat berjumpa dengan Kak Lah


Tuesday 17 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 36

gambar2 pada 18hb mac 2015 iaitu hari mengundi awal bagi anggota2 tentera di kem 8 briged Pengkalan chepa





PRK DUN N06 Chempaka - Siri 35

saya dengar2 dari jauh
semakin ramai pengundi2 pas dun chempaka berkenan kepada Kak Lah
kata mereka
mereka baru tahu rupa2nya Kak Lah ada hubungan kekeluargaan dengan sebahagian besar pengundi2 dun chempaka apabila mereka diperlihatkan carta salsilah keturunan paduka raja cik siti wan kembang
oleh itu
mereka pun menjadi lebih bersemangat untuk memberikan sokongan kepada Kak Lah dalam prk dun chempaka pada 22hb mac ini kerana Kak Lah pun dari keluarga kota jembal juga
alhamdulilLah
keikhlasan dan ketokohan Kak Lah sebagai seorang pemimpin semakin disedari dan diberikan sokongan

Penyakit Bekas Wakil Rakyat

Kekalahan seseorang bekas wakil rakyat dalam pilihanraya rupa2nya tidak sedikit pun memberikan kesan terhadap ego dan kesombongan beliau dan ahli keluarganya termasuk isterinya.

Sepatutnya kesan kekalahan itu menjejaskan rasa ego dan sombong itu supaya jika bekas wakil rakyat itu hendak menjadi calon semula, beliau dan ahli keluarganya insaf dan sikap barunya ini boleh membantunya.

Mungkin kekayaan yang sudah dimilikinya membuatkan mereka tidak berubah dan tidak kisah lagi kepada orang lain.
'jadi calon semula ko dak, aku kaya dah'

Inilah penyakit bekas wakil rakyat walaupun dari parti yang memperjuangkan agama.

Kematangan Dalam Berpolitik

kadang2 kita menyangkakan bahawa seseorang yang sudah lama memegang jawatan penting dalam sesebuah parti itu matang dalam berpolitik
apalagi jika seseorang itu pernah menjadi wakil rakyat
malangnya ada juga rupanya yang tidak matang
kematangan yang diperolehinya hanyalah semata-mata kerana sudah kaya
sudah berkereta besar
sudah besar rumahnya
sudah ramai isterinya
maka orang lain pun dipandangnya rendah dan berhak menyentuh peribadi
bagi saya
kematangan seseorang yang sudah lama dalam dunia politik ialah sejauh mana dia boleh mengawal dirinya supaya apabila berbicara tentang politik
fokusnya hanyalah terhadap isu
bukan individu yang terlibat dengan isu itu
jika tidak
ore kelate kata
'besungguh dia tu, tak padan dengan nama, jadi tak cudik semula pulok loni, pah nak jadi wakil rakyat semula lagu mano?''
contoh ayat yang memperlihatkan ketidakmatangan orang politik dalam FB
'jaga keluarga dulu la'
ayat yang amat tidak sesuai dari seorang bekas wakil rakyat yang berusia 57 tahun kepada seseorang yang sudah mencapai usia 62 tahun dan lebih lama dalam politik
kerana ayat seperti itu tidak pernah pun datang dari seorang bekas wakil rakyat yang berusia 79 tahun
lagi pun perkara yang diperbincangkan ialah isu politik
tidak wajar dikaitkan dengan hal2 peribadi

Monday 16 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 34

di semerak
(tempat lain saya tak tau)
beberapa tempat sudah menjadi sangat popular
antaranya ialah maggie ketam
pulut ikan bakar
raja ikan bakar dan beberapa lagi premis perniagaan lain
kalau pun ada orang lain yang membuka perniagaan yang sama
perniagaan mereka masih tidak boleh mengatasi yang lama itu
ini kerana yang lama itu sudah 'pegang' perniagaan ini
begitu jugalah dalam politik
jika sesuatu yang sudah awal2 dilakukan oleh orang lain
dan selepas itu ada orang tiru
perkara yang dilakukan oleh orang kemudian itu adalah 'tiruan'
sebab itu jika sudah ada orang lain buat persembahan politiknya dengan lori contohnya
buatlah dengan gajah
supaya orang ramai pun boleh melihat kelainannya

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 33

kalau dalam peraturan bola
pemain yang dilayangkan kad merah tidak lagi boleh bermain untuk tempuh tertentu
jika bermain juga
persatuan bola akan menjatuhkan hukuman terhadap pasukan yang engkar itu
namun dalam dunia politik
kad merah bukan dilayangkan oleh pengadil
kad merah yang dimiliki oleh seseorang adalah kad merah istimewa
ia bukan diberikan oleh pengadil tetapi oleh orang yang lebih profesional
orang itu ialah seorang doktor pakar
disebabkan taraf kad inilah
mungkin dalam dunia politik
orang yang memilikinya masih boleh dibenarkan terlibat dalam aktiviti pilihanraya
masih boleh berceramah kerana menyokong seseorang calon yang bertanding
kerana spr tidak mempunyai pengadil sepertimana dalam sukan bola

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 32

saya pernah menulis dalam blog saya lama dulu
bahawa politik ialah kerja bercakap
sebab itulah pemimpin negara kerja utama dia ialah bercakap
begitulah juga mana2 pemimpin dunia yang lain
sebab itulah juga tiada pemimpin dunia yang bisu
dan kerja bercakap ialah kerja yang paling mulia dalam dunia
sebab inilah juga kerja para nabi dan para rasul menyampaikan dakwah agama
manakala kerja menulis menjadi kerja kedua paling mulia dalam dunia
kerana kitab suci al-quran dihasilkan dalam bentuk tulisan untuk dibaca manusia selepas ianya 'dipertuturkan'
oleh itu
orang2 politik sewajarnya menjaga tutur kata mereka dalam setiap perkara dan pada setiap masa
kerana politik ialah kerja bercakap

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 31

saya dimaklumkan bahawa anak lelaki Kak Lah, sdr amir yang memegang jawatan ajk pemuda umno bahagian kota bharu telah pun dipanggil oleh su kerja umno pusat kerana beliau berada bersama bondanya pada hari penamaan calon dun chempaka 10 mac 2015 yang lalu
beliau ditanya mengapa berada di sana pada hari itu dan mengangkat tangan bondanya?
dengan senyum beliau menjawab
'saya mengangkat tangan bonda saya, bukan tangan orang lain'
'siapa pun yang jadi anak sudah sewajibnya memberikan sokongan'
su kerja pun angguk2 kepalanya tanda akur dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan sdr amir

hebat sdr amir
— with Ahmad Dollah and 19 others.

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 30


program Kak Lah hari ini dan esok

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 29

petang ni saya pun tak tahu bakpo
dua kali duk ssuko sore berair mata2
mula2 tengok tin biskut
sekarang tengok replika gajah pulok
tak tahulah saya spesis gajah chempaka ni kacukan dengan gajah dari negara mana
mungkin tuk him tahu
apa pun
ianya tetap menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di situ
katanya gajah ini gajah betina
dan diberikan satu nama manja
'Kak Mah'
— with Kak Lah and 19 others.

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 28

kadang2 dalam politik dan pilihanraya ni saya pun nak ssuko juga
di sana kata 'haram politik wang'
di sini tanya 'kalau barangan?'
di sana jawab 'pun tak boleh kalau musim pilihanraya'
di sini tanya 'kalau beras, gula dan kain?'
di sana jawab 'pun tak boleh juga kecuali orang lain yang bagi'
di sini tanya 'habis, bila waktunya yang boleh?'
di sana jawab 'lepas pilihanraya boleh'
di sini pun kata 'nang boti nang kui boti kui, haiyaaa'
— with Kak Lah and 19 others.

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 27

YBhg Mufti Kelantan menegur calon2 yang menggunakan khidmat bomoh dalam PRK DUN N06 Chempaka
bila menghubungi pihak tertentu
saya difahamkam Kak Lah terkecuali
calon pas pun terkecuali juga
hak mana saya tidak tahu sebab ada 3 lagi calon bebas
walLahualam
— with Kak Lah and 19 others.

Sunday 15 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 26

susulan kepada artikel dalam blog saya bertajuk 'PRK DUN N06 Chempaka - Siri 25' :
sememangnya PAS dilihat 'complacent' pada masa ini
UMNO pula sekadar tunggu dan lihat kerana parti ini seolah2 berkecuali
sebab itulah suasana PRK DUN ini sangat tenang dan aman
oleh itu
jika PRK ini menjadi PRK paling bersih dan aman dalam sejarah
ianya disebabkan faktor ini
walaupun ada orang kata ianya disebabkan faktor DUN ini ialah DUN TGNA
PAS mungkin menganggap pilihanraya kali ini tiada 'fight' baginya kerana musuh tradisinya ialah UMNO
bukan dari calon2 yang tidak berparti
saya pun bersetuju dengan anggapan dan sikap yang diperlihatkan oleh PAS ini
walau bagaimana pun
itu bukanlah sesuatu yang saya ambil sebagai yang paling penting secara politiknya
calon2 bebas tidak menerima tentangan yang kuat daripada PAS bukan kerana mereka calon bebas
sebenarnya PAS mengharapkan calon2 bebas yang bertanding itu masuk PAS selepas ini 'kalau pun' salah seorang dari mereka menang
perkara seperti ini tidak mustahil dalam politik
calon2 bebas sudah tentu bebas membuat pilihan mereka selepas ini
sebab itulah dalam sesi sidang akhbar Kak Lah semalam
beliau pun ada berkata di hadapan wartawan2 bahawa
beliau bersedia ditawarkan menyertai mana2 parti jika sekiranya beliau menang
jika PAS yang ajak
Paslah yang akan belaiu masuk
jika UMNO yang meminta beliau buat rayuan
UMNOlah yang akan disertainya semula
jika kedua2 parti ini diam
beliau tiada masalah kerana beliau akan tubuhkan sebuah parti baru
parti barunya ini akan dinamakannya sebagai 'Parti Bumi Rahmat' atau 'BuRah' atau 'Rahmat'
jika saya calon PAS di Chempaka
saya akan membiarkan sahaja Kak Lah menang supaya ketokohan memimpinnya bertambah dalam PAS
selain daripada itu
kerajaan negeri tidak sedikit pun terjejas jika hanya seorang sahaja calon bebas menang
apa lagi jika selepas menang
beliau akan masuk PAS pula
inilah 'seni' politik yang halus
sama seperti 'seni' silat atau 'seni' masak memasak atau 'seni' jahit menjahit

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 25

saya terserempak dengn cikgu yuganu semalam di pp
saya pun tanya dia
'berapa kali dah gi kalan chepo?'
dia jawab
'ada gi tapi sibuk dengan rumah bantuan untuk mangsa2 banjir di kawasan ulu'
saya pun duk pikir dalam hati bele2 berjalan
'bagus juga pemimpin2 pas ni, tak caro mano ko pilihanraya, tidak supo sekalo'
atau pun buleh jadi jugok dia rasa di chempaka takdak 'fight' bagi dia sebab musuh tradisi dia umno, bukan bebas
kalu dak, ore2 penting supo cikgu yuganu ni mesti berkampung doh di sana tak tinggal2 kawasan pilihanraya
— with Kak Lah and 11 others.

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 24


ada sesetengah pendapat berkata
kalu bui ko calon bebas pun takpo dun chempaka ni
sebab dengan satu kerusi takdak
pas ngetoh lagi kelate
— with Kak Lah and 15 others.

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 23

hari ini ialah hari ke-7 atau genap seminggu kempen prk dun chempaka
setakat ini alhamdulilLah
tiada kedengaran sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku
terima kasih kepada pihak keselamatan yang sentiasa didalam keadaan berjaga2 dan waspada siang dan malam
kerja kuat mereka menjamin keselamatan
diharap semua calon dan penyokong masing2 terus memelihara suasana ini supaya prk ini menjadi contoh terbaik dalam negeri kelantan

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 22

Aktiviti kempen Kak Lah (calon bebas bersimbol kunci) pada 15 Mac 2015


Saturday 14 March 2015

UMNO Pasir Puteh Bermasalah Lagi

Ambo jarang post hal politik di wall ambo, tetapi hari ni ambo buat pengecualian.
APA KHABAR UMNO PASIR PUTEH?

  • Wan Malek ambo pun baru tahu tapi tak soheh lagi
  • Mat Kamil Awang Abe Wan Malek > Ambo kkecek dgn YB CIKGU AWI dah. Dan apo yg ambo royat tahun 2011 adalah benar belaka.
  • Wan Malek tu la, mungin kerana dia takdak penasihat hak dekat dengan dia, hak ada 'punohsihat'
  • Wan Malek sepatutnya seseorang yang pegang jawatan ketua bahagian mempunyai dua jenis kawan atau sahabat, satu dalam parti dan satu lagi diluar parti
  • Wan Malek yang dalam parti lebih ramai kerana ramai yang pegang jawatan seperti ajk bahagian, tok ggawo, tok2 ngulu dan lain2 jentera
  • Wan Malek yang diluar parti tak ramai tapi itulah sahabat sejati kerana mereka tak pegang sebarang jawatan parti dan lebih ikhlas
  • Wan Malek yb cikgu awi tak bina yang di luar parti itu
  • Wan Malek kalau pun dibinanya, mereka yang dekat dengannya bukan kelas 'penasihat' tapi 'punohsihat' belako
  • Wan Malek oleh itu, cikgu awi rugi, dalam parti tiada yang layak, di luar pun tiada juga
  • Wan Malek dalam parti semua pentingkan diri sendiri, di luar pun sama juga
  • Wan Malek ambo pun supo sdr mat juga, sudah meramalkan dari dulu umno pp akan mengalami satu masalah besar satu hari nanti, kecuali usaha untuk memperbetulkan sikap kepimpinannya dibuat awal2 termasuk seluruh jentera parti
  • Wan Malek sikap yang saya maksudkan itu ialah 'wang bukan segala2nya'
  • Wan Malek bayangkanlah juga contohnya, seorang jiran saya dulu siang dan malam datang ke rumah saya, tapi sejak diberikan jawatan dan dilantik ke jawatan politik oleh ketua bahagian, lalu depan rumah pun tak paling dah
  • Wan Malek suami dia yang dulu langsung tak tahu apa2 tentang politik sekarang dah pandai marah2 dan kata2 kepada orang
  • Wan Malek sebab itu saya pernah kata, umno pp patut buat banyak kursus untuk memperbetulkan semula sikap kepimpinan dan jentera utama parti
  • Wan Malek bila tak buat, semakin hari menjadi semakin agah dan sombong belako
  • Mat Kamil Awang Kena kelo Ayah Ngah sebab KP Yusri lloni adalah Bendahari bawah dia sebelum ni.
  • Wan Malek saya harap kalau pun ada pertelingkahan, elok ada orang tengah selesaikan dengan cara baik
  • Wan Malek berbalah hanya layak untuk golongan rempit dan penagih sahaja dan budak2 sekolah
  • Wan Malek oleh itu jika dibiarkan berterusan, cikgu awi dan yusri pun orang ramai akan anggap sama taraf dengan puak2 ni
  • Mat Kamil Awang Kes ni bukan antara Cikgu Awi dgn Yusri tapi antara Yusri dgn org2 kanan cikgu Awi.
  • Mat Kamil Awang Abe Lek, ambo dari awal lagi toksir org terlibat dgn mengedar ubat batuk sbg pemimpin muda di Pasir Puteh.
    2 mins · Like

    Wan Malek kalau cikgu awi sendiri tak terlibat, beliau boleh menjadi tukan pendamai


    • Mat Kamil Awang Tidak ada jalan lain untuk selesai kecuali KP PP LETAK JAWATAN. Bersara dari politik Pasir Puteh.