Tuesday 30 September 2014

Cherang Ruku Semerak dan Program Rondaan Kawasan (2)

Cadangan penubuhan kumpulan rondaan kawasan telah dibawa ke dalam mesyuarat peringkat DUN oleh Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim, Penghulu Mukim Cherang Ruku pada pagi 30hb Sept 2014 di pejabat Penyelia PAS DUN Semerak.

Terima kasih diucapkan kepada Sdr Wan Ramli dan juga kepada En. Wan Timbalan OCS Balai Cherang Ruku yang telah menzahirkan rasa prihatin beliau dalam soal ini.

Semoga kumpulan ini dapat segera diwujudkan sekaligus memulakan aktiviti rondaan sepertimana yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Ini juga bermakna bahawa pemimpin2 PAS tempatanlah yang membuat langkah2 awal.

Walau bagaimana pun, didalam soal seperti ini kalau pun pihak yang lain iaitu JPNIN hendak juga mewujudkan kumpulan rondaannya sendiri dibawah RT, saya berpendapat ianya adalah sesuatu yang baik juga. Biarlah dalam soal politik orang ramai berpecah kerana berbeza pegangan dan fahaman tetapi dalam soal atau isu keselamatan dan kesejahteraan biarlah hendaknya semua pihak berpakat. Pencuri tidak pernah mengambilkira rumah siapa yang akan dipecah masuknya. Rumah hijau dia masuk rumah biru pun dia masuk juga asalkan ada peluang baginya.

Oleh itu, adalah juga diharapkan supaya tiada pihak yang terlalu memikirkan tentang keuntungan politik atau 'political mileage' tetapi mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dimana semua orang adalah juga sebahagian darinya.

Semoga program rondaan ini sekurang2nya dapat membantu pihak keselamatan dalam usaha membanteras atau mengurangkan gejala pecah rumah yang semakin menjadi2 ini sekaligus juga membantu masyarakat setempat.

Facebook dan Anda

FB ni kalau kena cara guna seronok
dapat ilmu
dapat maklumat
tahu perkembangan semasa kadang2 lebih awal daripada 'tb' dan 'lodio'
boleh hubungi kawan2 lama
ada yang 40 tahun putus hubungan lepas ngaji dulu tapi melalui FB jumpo balik semula
karekter bermacam2
kedudukan pun bermacam2
ada tan sri
ada dato' seri
ada dato'
ada professor dan pemegang PhD
ada Ir. iaitu pemegang master
ada lain2 termasuk yang rendah2 macam saya
tapi dalam FB ramai yang tak suka mempamerkan gelaran dan pencapaian akademik mereka
inilah yang bagusnya
dulu saya menyangka orang2 PhD dan professor tak main FB
sebab masa tu FB orang duk ingat hanya untuk budak2 sahaja
tapi sekarang semakin ramai dikalangan mereka mulai faham dan sedar bahawa FB ada baiknya
syukur alhamduliLLah
kerana saya ada ramai dari kalangan ini
boleh tumpang ilmu
mereka bergurau pun secara pro
walaupun kadang2 macam nak jadi budak sekolah semula kita
untuk menentukan supaya masa tidak menjadi sia2 pula
selalulah buat semakan atau kemaskini keatas senarai friends
mana2 yang dianggap tidak mencapai standard atau kriteria perbincangan atau perbahasan
'simpan'lah sahaja sebagai 'reserve players'
terutamanya mereka yang terlalu emosi atau keterlaluan atau tidak faham maksud dan mesej posting yang anda ingin sampaikan itu

Cherang Ruku Semerak dan Program Rondaan Kawasan

Susulan kepada rungutan orang ramai di Semerak tentang RT Cherang Ruku yang masih belum diketahui bila akan digerakkan semula :-
Saya berpendapat bahawa :-

Usaha sepatutnya dilakukan oleh mana2 pihak yang memegang jawatan seperti Penghulu Mukim jika di sebelah pihak kerajaan negeri atau oleh Pengerusi JKKKP jika disebelah pihak kerajaan pusat.
Paling wajar ianya digerakkan melalui wakil rakyat dengan peruntukan kerajaan pusat kerana DUN Semerak diwakili oleh wakil rakyat BN.

Saya berkata begini kerana setakat hari ini masih belum nampak sebarang kemajuan dicapai oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN sendiri dalam usaha membantu menggerakkan RT Cherang Ruku walaupun ianya sudah lama wujud dibawah JPNIN.
.
Saya harap satu usaha baru dimulakan segera oleh mana2 pihak yang saya sebutkan di atas itu termasuk JPNIN kerana keperluan diaktifkan rondaan kawasan diwaktu malam sekitar kawasan mukim Cherang Ruku adalah amat kritikal sekarang ini. Tahap kritikalnya boleh dirujuk kepada Tuan OCS Balai atau mana2 anggota lain di Balai Polis Cherang Ruku.

Saya faham bukan sesuatu yang mudah apabila ianya melibatkan sejumlah peruntukan untuk tujuan itu. Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim, Penghulu Mukim disebelah pihak kerajaan negeri pernah berkata kepada saya bahawa inilah yang perlu dijamin atau diperolehi dahulu sebelum program rondaan malam boleh digerakkan. Katanya, mereka yang menyertai kumpulan rondaan malam harus dibekalkan dengan peruntukan belanja makan dan minum secukupnya.

Monday 29 September 2014

RT Cherang Ruku Semerak Yang Masih Belum Berfungsi

berasa2 supo nak demam urat pulok
anak pun ambil lesung batu peninggalan arwah mak saudara
gelek atas peha betis dan tapak kaki
terasalah lega sikit
tiba2 telefon berdering2
tengok2 polis yang call
terkejut sakan jugok ambo
takut nak mari igat ambo
rupa2nya dia minta ambo expediate penubuhan krt yang baru di pekan cherang ruku semerak
dia kata
'tak tahan dah abeLek, kalu krt tak tolong, susah ore semerak, keadaan dah jadi tak terkawal doh loni'
saya kata memang dulu pengarah jpnin negeri kelantan kata nak tubuh hak baru
tapi senyap sampai hari ini
nantilah saya tulis sesuatu pula lagi dalam blog saya dan emelkan kepadanya lagi beserta salinan kpd kp jpnin di kalan lupo
mungkin mereka tertidur dan terlupa

Sunday 28 September 2014

Pemimpin Yang Mendengar Suara Akar Umbi

sudah lama saya mencari2 orang yang sudi mendengar cadangan dan rungutan saya
alhamduliLah syukur kehadrat Ilahi
saya sudah mendapatnya walaupun kalau nak dikira bukan tarafnya dengan saya
tapi bila saya uji beliau dengan beberapa cadangan
tanpa disangka2
cadangan2 'kodi' saya diikutinya juga
alhamdulilLah sekali lagi
semoga beliau terus berjaya dalam kerjaya politiknya
dan juga sebagai salah seorang pemimpin utama negara

Harga Makanan dan Minuman Yang Mahal Di Pantai Bisikan Bayu Semerak

teh beng di warong pantai bisikan bayu RM2.00 satu gelas
gelas plastik biasa bukan besar dan cair loley
rasa saya agak mahal sedikit
harga patut ialah RM1.50 atau 3 amah sahaja
janganlah kerana dekat dengan tok aman bali
yang teh beng di dalamnya RM6.90 segelas
maka RM2.00 dikatakan masih rendah jika dibuat bandingan
ini semerak bukan kalan lupo
sebab kalau nak banding macam tu
buah manggis kita di jepun pun RM8.00 sebiji
up : sdr ramli mohammad MDPP / sdr wan ramli
— with Wan Ramli Wan Ibrahim and Ramli Mohamad.

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia

pengerusi pdk semerak adalah juga
timbalan ydp
PERTUBUHAN KETURUNAN PADUKA RAJA CIK SITI WAN KEMBANG MALAYSIA





Saturday 27 September 2014

Pantai Bisikan Bayu Semerak Yang Cantik

beginilah kami pada petang hari2 minggu (hari jumaat)
ambil masa sekejap untuk bersama2 di tepi pantai
ada yang makan dan minum
ada yang memancing
ada yang main layang2 (cucu ambo)
ada yang jaga anak kecil (cucu ambo)
ada yang tidak buat apa2 kecuali pandang ke tengah laut
ambo hanyalah drebar





Friday 26 September 2014

PAKATAN RAKYAT PERLUKAN KOMITMEN BARU - Prof. Madya Dato' Dr. Agus

PAKATAN RAKYAT PERLUKAN KOMITMEN BARU
Saya mulai ragu sama ada PR boleh kuat seperti dulu. Sikap PAS dalam kes MB Selangor dan sikap PKR dan DAP yang tidak turun berkempen untuk PAS dalam PRK Pengkalan Kubor menunjukkan hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah.
Apakah puncanya?
Jika mengikut PAS, Langkah Kajanglah puncanya. Ini kerana Langkah Kajang dibuat oleh PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengannya. Jika mengikut PKR, sikap PAS dalam kes pelantikan MB Selangorlah puncanya.
Krisis PAS-PKR ini telah membuatkan rakyat yang ingin melihat PR menjadi saingan kepada BN kecewa dan hilang harapan. Belum pun ke Putrajaya, banyak sangat krisis yang timbul.
Dalam PAS pula ada pemimpin yang mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, tetapi apabila diminta berbuat demikian tidak mahu pula. Apabila diminta untuk erat bekerjsama dalam PR, berlaku pula tuduh menuduh. Berpakat apakah seperti ini?
Dengan kalahnya PAS di Pengakalan Kubor dan dengan semakin sedikitnya Exco PAS dalam kerajaan Selangor, apakah PR akan seperti dulu lagi?
Pada saya PR sudah seperti hidup segan mati tidak mahu. Ini kerana masih adanya pemimpin yang cetek ilmu tolak ansur dalam politik. Semoga PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka.
Tanpa komitmen baru, pemimpin baru dan idea baru, impian PR untuk ke Putrajaya hanya sekadar bahan lawak sahaja. Lebih malang lagi, apabila lawak itu ialah lawak yang tidak nakal.

Thursday 25 September 2014

Calon Pilihanraya Yang Pernah Kalah Tidak Sepatutnya Menjadi Calon Lagi

apabila sampai masa pilihanraya
baik pru atau prk
maka perkara yang paling utama bagi semua orang ialah siapa calon2nya
kerana apabila mereka tahu siapa
mereka pun tahulah samada parti yang diwakilinya itu boleh menang atau pun sebaliknya
bahkan calon itu sendiri pun tahu juga samada dia boleh menang atau pun sebaliknya
ini mudah sahaja hendak disifirkan
orang baru yang belum pernah menjadi calon sudah tentulah tidak ada masaalah dengan orang ramai atau lebih tepat pengundi
tetapi jika orang yang sama menjadi calon lagi
tak banyak sikit pun sudah tentu ada masalah dengan orang ramai
maka orang barulah yang biasanya akan menang
jika dua atau tiga orang yang menjadi calon dan semua ketiga2 mereka orang baru
maka orang yang paling minima masalahnya dengan orang ramailah yang akan menang
saya melihat senario politik negara kita agak masih pra-matang lagi
ada banyak kes dimana calon yang sudah pernah kalah sehingga dua kali pun masih juga diberikan peluang menjadi calon lagi
saya tidak faham mengapa pihak yang membuat keputusan dalam kerja memilih ini masih juga mahukan orang seperti itu
saya tidak faham mengapa mereka tidak faham bahawa risiko meletakkan calon yang sudah pernah kalah adalah terlalu tinggi
di semerak contohnya
pada pru yang lalu menyaksikan calon baru dari bn menentang bekas calon dari pas
hasilnya calon baru yang menang
saya yakin diantara faktornya ialah kerana beliau belum ada masalah dengan orang ramai kerana belum pernah menjadi calon sedangkan calon yang kalah sudah banyak masalah dengan orang ramai
untuk itu
saya sedang menunggu ketibaan pru14 ini pula
saya nak tengok kalau2lah calon dari bn orang yang sama juga menentang pun orang yang sama lagi dari pas
jika ini terjadi
maka kedua2 calon dari bn dan pas ini adalah kedua2nya bekas wakil rakyat belaka
maka orang ramai atau pengundi akan menggunakan neraca mereka untuk menimbang calon mana yang mempunyai lebih banyak masalah dengan orang ramai supaya mereka menolak calon ini
apa pun bagi saya
saya lebih suka jikalaulah spr boleh merubah undang2 pilihanraya
satu rang undang2 patut dibawa ke parlimen bahawa
mana2 orang yang kalah dalam pilihanraya tidak lagi boleh dan dibenarkan menjadi calon lagi
jika ini boleh dilakukan
barulah lebih mudah dan selesa orang ramai atau pengundi membuat keputusan mereka
kerana orang yang pernah ada masalah dengan orang ramai pun sudah tidak lagi menjadi calon
selain daripada itu
sebahagian besar mahukan pemimpin yang boleh berkhidmat
bukan mewakili sesebuah parti politik sebagai yang berhormat tetapi berkhidmatnya tidak
saya mohon mencadangkan
dan sila komen
terima kasih

Old Time Sengkuang Saujana Utama




Wednesday 24 September 2014

Golongan Atas Pagar - Penentu Menang Kalah

secara biasa atau normal
secara kasar dan secara puratanya
dan dimana2 pun
terjadi dua keadaan dalam setiap pilihanraya
tak kiralah samada ianya pru atau prk
a)
30% sudah diketahui akan tetap mengundi bn

letak siapa pun sebagai calonnya
30% sudah diketahui akan tetap mengundi pas atau pkr atau dap

letak siapa pun sebagai calonnya
20% tidak hadir atau tidak keluar atau tidak pulang dengan pelbagai alasan
maka 20% lagi itulah biasanya yang menjadi penentu seseorang calon itu menang atau kalah
golongan ini adalah golongan yang digelar sebagai golongan atas pagar
kebanyakan daripada mereka tidak pernah menganggotai mana2 parti politik atau mereka yang telah lama tidak aktif dalam politik
mereka inilah yang menjadi rebutan setiap calon yang bertanding pada setiap kali pilihanraya
mereka mudah dicam dan dikenalpasti
namun tak mudah untuk mengetahui sikap sebenar mereka
mungkin pada pilihanraya yang lepas pangkah calon bn
mungkin pada kali ini akan pangkah calon pas pula contohnya
terpulanglah kepada kebijaksanaan calon2 yang bertanding itu
dan terpulanglah juga kepada keputusan yang dibuat mereka
kerana itu adalah hak mereka sebagai pengundi biasa
mereka tidak terkongkong atau 'obliged' dengan sebarang jawatan politik
mereka berhak menilai semua isu politik secara bebas
dan merekalah golongan yang paling bernilai atau mahal pada setiap kali pilihanraya
walaupun selepas itu tiada siapa ambil peduli atau bertanya khabar lagi
b)
peratusannya masih tetap juga sama seperti di atas itu secara kasar dan puratanya
namun jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan
seperti terdapat isu2 peribadi
orang2 dari sesebuah parti yang lain akan berduyun2 secara nyata menyeberang ke parti yang lain pula
jika ini berlaku
dari awal2 lagi sudah boleh diagak calon mana yang akan menang dan calon mana yang akan kalah
walau bagaimana pun
sesuatu isu peribadi itu bergantung kepada tahap keseriusannya
ada yang berbentuk sederhana dan sementara
maka untuk pilihanraya yang akan datang
usaha masih boleh dibuat untuk menarik semula pengundi2 ini
jika ianya berbentuk berat dan tidak boleh diperbetulkan lagi
maka untuk pilihanraya yang akan datang
usaha macam mana pun mereka tidak akan berpatah balik lagi
bagi mereka letaklah siapa pun sebagai calonnya
parti ini tidak akan disokong lagi sampai bila2

inilah yang pernah terjadi di tempat saya iaitu dun semerak
pada pru yang lalu

Projek Taman Refleksologi PDK Semerak

Majlis makan sempena hari terakhir projek Taman Refleksologi PDK Semerak
sumbangan IPGKB.
Terima kasih bagi pihak Pengerusi PDK Semerak kepada IPGKB.
Terima kasih juga kepada ketiga-tiga pegawai JKM Pasir Puteh yang sudi hadir bagi meraikan majlis hari ini.







Monday 22 September 2014

Taman Terapi PDK Semerak

Progres kerja hari ke-3 di PDK Semerak yang dilaksanakan oleh bakal2 guru tahun 4 dari Intitut Pendidikan Guru Kota Bharu (Pengkalan Chepa) atau IPGKB.
Disumbangkan secara percuma secara keseluruhan oleh IPGKB.
Taman ini dinamakan sebagai 'Taman Terapi PDK Semerak'
Terima kasih khas kami di PDK Semerak kepada :
Pengarah IPGKB (Tuan Hj Hashim Deraman)
Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas IPGKB Puan Farah Dilla Bt Ramli
dan semua mahasiswa / mahasiswi IPGKB yang terlibat
semoga pada masa hadapan ada lain projek untuk PDK Semerak lagi
up : Pengarah JKM Kelantan
: Puan Wan Marzida Omar (Pengerusi PDK Semerak)
: Puan Suryani Hassan (Penyelia PDK Semerak)
: Mr Kuan Chee Heng










PDK Semerak dan Sumbangan Landscaping Oleh IPG Pengkalan Chepa

penyelia pdk semerak (puan suryani hassan) baru sahaja menelefon kpd orang rumah saya minta orang rumah saya buat kuah laksa (laksa kelantan) untuk dimakan pagi esok jam 10 pagi bersama pelatih2 IPG Pengkalan Chepa yang besoknya ialah hari terakhir mereka buat kerja2 landsaping di PDK Semerak ini
insyaAllah orang rumah saya akan buat kuah yang sedap
begitulah
orang berbudi kita berbahasa
projek landscaping macam ni banyak juga kosnya termasuk labour cost jika kita buat sendiri
saya menganggarkan mungkin belasan ribu juga kosnya termasuk cat mengeccat, meja dan kerusi batu, batu exercise kaki, pokok2 bunga dan lain2
terima kasih IPG Pengkalan Chepa
UP : JKM Kelantan / PP
: Puan Wan Marzida Wan Omar (pengerusi PDK Semerak)
: Puan Suryani Hassan (Penyelia PDK Semerak)
: Mr Kuan Chee Heng (kawan yang akan cuba mendapatkan sponsor utk taman permainan mini utk pdk ini)

PARTI MANA MENANG DI PENGKALAN KUBOR?

PARTI MANA MENANG DI PENGKALAN KUBOR?
Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.
Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR. Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.
Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur.
Bolehkah senario sekarang berubah? Boleh, dengan syarat ketua parti PAS, PKR dan DAP menunjukkan mereka masih lagi boleh berceramah di atas pentas yang sama di Pengkalan Kubor.
Begitupun jika ini berlaku, keterbatasan waktu yang ada tidak banyak merubah keadaan. Maka, UMNO bolehlah lega dengan senario ini.

Sunday 21 September 2014

Saari vs Hadi

cabar mencabar pun bermula
berpunca hanya dengan kata2 'barua dan broker'
siapa pun yang jadi saari akan marah
kerana perkataan seperti itu agak keterlaluan
dan tidak sepadan dikeluarkan oleh seorang presiden parti yang bertaraf ulama' dunia
kalau dikeluarkan oleh timbalan presiden
mungkin tiada siapa yang marah
kerana beliau bukan ulama'
masa Allahyarham Dato' Fadhil Noor memimpin pas dulu
beliau tidak pernah amalkan mengata2 ahlinya seperti itu
saya yakin kalau beliau masih ada dan masih memimpin parti pas
isu seperti ini tidak timbul
kerana beliau sangat sederhana
rumah saya pun pernah dikunjunginya dulu
kami mengenali diantara satu sama lain sejak awal 70'an lagi
melalui plafform abim dan yayasan anda


PDK Semerak Memerlukan Taman Permainan Mini

inilah set permainan yang sudah lama diidam2kan oleh murid2 oku di pdk semerak
harap ada orang yang sudi sponsor
up : mr kuan chee heng






Saturday 20 September 2014

Bila Haji Hadi Naik Marah

bila hj hadi sendiri pun sudah tergamak mengeluarkan kata2 seperti ini
maka jadilah beliau seperti mat sabu juga
kerana mat sabu terkenal dgn kata2 seperti ini sejak dulu lagi
maka turunlah martabatnya drp presiden kpd timbalan
seorang presiden marah macam mana sekali pun
seharusnya menahan diri drp berkata2 seperti itu
kerana kata2 seperti itu hanya layak diucapkan oleh orang2 kampong yang tidak berpelajaran sahaja
selain drp itu
bayangkanlah jikalau ada orang2 anwar yang sokong orang pas pula nanti
apakah anwar pun akan marah kpd orang2nya itu sambil berkata seperti itu juga?
dimanakah letaknya semangat muafakat dan kerjasama diantara kalian berdua?
yang kononnya dinamakan 'pakatan rakyat' itu?
sebab itu saya telah berkata berkali2 dlm blog saya bahawa
'politik ialah kerja bercakap dan bercakap ialah kerja yang paling mulia kerana itulah juga kerja para nabi dan para rasul,
sementara menulis pula merupakan kerja kedua paling mulia kerana al-Quran pun dihasilkan didalam bentuk tulisan setelah dipertuturkan'
oleh itu
dari segi ini
saya nampak najib lebih baik pula berbanding hj hadi
kerana najib tidak pernah mengeluarkan kata2 yang kasar terhadap sesiapa
walaupun kepada musuh2 politiknya


Sengkuang Calit Di Saujana Utama Sungai Buloh

Assalamualaikum warga fb/wechat/instagram.. Kini kami membawa anda memperkenalkan OLD TIME SENGKUANG CALIT cawangan SAUJANA UTAMA,SUNGAI BULOH yg dikendalikan oleh saya (Ira) dan suami (Zahary)...mmmmmm sedap tauuuuu Cuba Lahhh ..(Original/Spicy) Kami juga menyediakan perkhidmatan :-
▶ Parti Harijadi
▶Office Function
▶Rumah Terbuka
▶Kenduri Kahwin
▶Acara Roadshow
▶Dll.....

Start beroperasi : 21/09/2014
Masa : 12 tgh hari hingga 6 petang
Meh dtg ramai2 ajak family,sedara mara,kawan2,jiran2 In shaa Allah kami pasti buat sedap sedap!!! Hehe
feeling blessed with Wan Farah and 12 others.

Bini Kuat Parti Suami Duduk Rumah

tu orang luar
orang kelantan pun ada juga yg tak berapa cerdik lagi walaupun dah tua
contoh kejadian keatas diri saya
saya dari pasir puteh tumpang kereta seorang kawan balik ke semerak
kereta merc 350
turun kereta di semerak ada orang tengok
malam besok dia tanya
'mari duano petang kemarin napok turun keto wan hasse?'
saya pun terus mureh (bukan marah)
'demo gakk, napok sangat tak kenal ore, keto pun pun ttukar takir, patut pun jadi koksir kokdan'
saya kata gitu sebab bini dia kuat parti ke hulu ke hilir siang dan malam sorang2 diri dgn kereta
tapi dia sebagai suami hanya duk rumah tengok tv atau tidur
dia tak tahu semua orang duk jebeh ko bini dia sepanjang jalan
kes macam ni lagi teruk berbanding dgn yg mureh kpd mesin atm tu
terima kasih sdr fadzilah sidek


20/9 .1.00 ptg,petronas bypass p.puteh: pd penampilan makcik ni pesara kerajaan dari luar Kelantan. bersungut pd mesin ATM ' under maintainance'.yg ambo terbakarnya dia menyumpah (dlm b.inggeris translate) " ni mesti takde duit..mmg la klantan kan negeri miskin!).. hilang budi bahasa ambo.. " mesin rosak ngape kaitkan dgn kelantannya.. tua pun x cerdik lg!.." makcik tu tersengih2 malu lalu keluar dr situ. dia ingat org x faham dia speaking. moralnya: kekadang ada yg perlu kita ketepikan budi bahasa utk memastikan mesej kita sampai dan paling penting.. belajar la BI spt sarannan tun dr m..he..he

Friday 19 September 2014

Guru Besar dan Isu Kertas Soalan UPSR Dibocorkan

Ada guru besar yang meminta saya delete posting saya ini.
Beliau kata pengarah jpn kelantan ada menghantar sms kpd semua guru2 besar seluruh negeri kelantan beberapa kali meminta supaya jangan sesiapa menulis atau membuat sebarang kenyataan menyentuh isu ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatannya.
Saya rasa saya tak perlu delete kerana posting saya ini hanyalah sekadar menggambarkan pandangan dan rasa peribadi saya sendiri sebagai seorang rakyat biasa sahaja.
Ianya tidak mengandungi sebarang unsur tuduhan terhadap mana2 pihak kecuali pertanyaan dan nasihat sahaja.


petang tadi saya terkejut apabila ditanya tentang seorang guru besar sebuah sekolah rendah di semerak yang ditahan reman ekoran kes pembocoran kertas2 soalan peperiksaan upsr baru2 ini
saya terkejut kerana saya tidak tahu menahu tentang perkara ini
selama ini saya duk fikir pembocoran ini dilakukan diperingkat kementerian dan tidak munasabah berlaku diperingkat sekolah
walau bagaimana pun
biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka
kita tunggu dan lihat sahajalah

Integriti Profesion dan Pesalah

bagi saya
tak kiralah apa kementerian
apa jabatan
dan apa profesion pun
semuanya 'orang'
yang boleh tahan dengan nafsu tamak haloba
akan bertahan kekal dengan integriti sendirinya
yang sebaliknya
akan bertahan juga sehinggalah dijumpai puncanya
ramai yang lepas
ramai juga yang tidak
ramai yang lepas kerana sememangnya jujur dan amanah
ada juga yang lepas kerana diarah
ramai yang tak lepas kerana sememangnya tamak dan bersalah 

ada juga yang tak lepas kerana dikambing-hitamkan
rasuah bermaharajalela
tak mengenal siapa
sebab itu samada profesion atau organisasi
integritinya tiada kena mengena dengan pesalah2 ini
kerana profesion lain
pesalah lain
cuma bila pencen
kalau yang bekerja sebagai guru
orang tetap panggil juga 'cikgu'
bukan kerana orang itu guru
tetapi kerana profesion yang mulia itu

Thursday 18 September 2014

UMNO + PAS vs PasMa

PasMa itu apa?
ada yang kata sebuah organisasi baru yang dianggotai oleh orang2 umno dan orang2 pas di seluruh negara
terdiri drp orang2 umno yg sudah frust dgn umno
dan orang2 pas yg juga sudah frust dgn pas
bila saya tanya apa yg difrustkan?
ada yang kata ini ialah golongan yg tak mahu umno dan pas bergabung
saya kata bakpo tubuh doh sedangkan umno dan pas belum pun bergabung lagi?
ada yang jawab
mereka rasa umno dan pas akan bergabung
saya pun jawab dan tutup perbincangan
'alhamdulilLah'
(sebab saya yakin kumpulan ini akan ketinggalan dan usianya pun tidak akan bertahan lama dan ironinya, mereka sendiri pun sudah awal2 bergabung juga)

Tuesday 16 September 2014

Tun Dr M dan Melayu Pemalas

bila tun dr m kata orang melayu pemalas
saya cadang tun mari dan tinggal di kelantan untuk satu tempuh yang sesuai
kalau boleh datang dan jadilah orang kampong di kampong saya di semerak
atau jadi nelayan pukat tunda di tok bali
saya nak suruh dia 'survey' puas2 samada orang melayu pemalas atau pun sebaliknya
sebab kalau betul2 nak tengok orang melayu
di kelantanlah negeri dan tempatnya
tengoklah bagaimana orang2 melayu kelantan bekerja dan beribadat seharian
tengoklah mereka pada siang dan juga malam hari
dan bandingkanlah selepas itu bagaimana orang2 melayu yang kaya raya di kuala lumpur bekerja dan beribadat termasuk jugalah anak2nya sendiri
melihat tidak sama dengan menjamah
menjamah tidak sama dengan merasa


kalau dia kata contohnya gini 
"ambo bersyukur sebab boleh jadi perdana menteri dimana dalam negara ini peratus tertinggi rakyatnya adalah orang2 melayu yang pemalas" 
mungkin saya tak berapa marah

Monday 15 September 2014

MDPP dan Pantai Bisikan Bayu Semerak

Saya ingin merakamkan sedikit penghargaan dan pujian kepada Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP kerana sekarang kawasan Pantai Bisikan Bayu atau nama asalnya Pantai Dalam Rhu Semerak sudah bersih.
Semoga kebersihan ini dikekalkan pada setiap masa dan diharap para pengunjung pun terus bersikap mengamalkan kebersihan dengan membuang sisa2 makanan atau bekas2nya ke dalam tong2 sampah yang disediakan.
Walau bagaimana pun orang ramai masih tidak berpuas hati kerana :-
1. tiada bangku simen untuk duduk berehat
2. tiada tandas awam yang mencukupi meliputi hujung ke hujung kawasan perkelahan
3. tiada kawasan parking kereta yang lebih selesa
4. kedudukan peniaga2 tepi jalan yang menjual satar dan jagung bakar serta air minuman yang tidak tersusun lalu mereka cadangkan supaya MDPP bina gerai2 yang lebih sempurna dan menarik untuk mereka yang berniaga ini.
Orang ramai berkata pantai ini sangat menarik dan sudah berabad lamanya menjadi tarikan pengunjung2 terutamanya pada hari2 minggu atau cuti umum dan musim cuti sekolah.
Oleh itu keadaannya sewajarnyalah dipertingkatkan lagi dengan menambah kemudahan2 awam sepertimana yang disebutkan di atas itu.
Semoga MDPP mengambil perhatian keatas rungutan mereka itu dan bertindak aktif.
Janganlah dalam mesyuarat hanya pandai bercakap mengenai pembangunan di bandar sahaja sedangkan tempat2 lain diabaikan.





Sunday 14 September 2014

Tun Dr M dan Melayu Pemalas

bila bapak dia keluarkan kenyataan bahawa orang melayu pemalas
spontan keluar yang ini sebagai hujah balas
entahlah saya pun
nak komen pun payah

Michael Chiang added 3 new photos.
Anak-anak Kutty malas, tak amanah dan suka bedal duit kerajaan saja. Tak pandai rasa malu. Tak pandai berusaha sendiri. Pantang lihat duit Petronas




Royalti dan MAIK

yang pertama
saya tak faham bila Tok Pa kata "....kita anggap MAIK sebagai kerajaan negeri."
MAIK ada tok ngulu ko di kampong2?
kalau dia kata ".... kita anggap MAIK sebagai 'wakil' kepada kerajaan negeri manakala JPP sebagai 'wakil' kepada kerajaan pusat"
itu saya setuju
yang kedua
bagaimana nak suruh pas hentikan kempen royalti sedangkan pada hari penamaan calon pun mereka dah pakai selendang atau baju 'R'?
komen peribadi saya : saya rasa Tok Pa dah tak berapa 'rock' atau mampu untuk terus jadi pengerusi perhubungan UMNO negeri Kelantan kerana tempuh pemikirannya dah 'expired' dan tidak lagi sesuai atau relevan dengan tuntutan zaman.
komen anda?

"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).
"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-harus-hentikan-kempen-isu-royalti-minyak-kata-tok-pa#sthash.MutMd1WJ.ShRXz6ww.dpuf
PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya...
themalaysianinsider.com
Ahmad Dollah ambo serabut ngan tindak-tanduk UMNO dlm isu royalti/bayaran tunai ni.. soalan ambo mudah jah., Apakah Kelantan berhak keatas royalti/bayaran tunai/wang ehsan spt yg termaktup dlm perjanjian antara Petronag dng Kerajaan Negeri.? kalu ada hak; bui dan kalau tidak ada hak; jangan bui. Ambo kesie ko DAA yg buat penerangan di TV (satu ketika dulu) dan diceramah2.. beliau kata Kelantan Tiada Hak keatas royalti/bayaran tunai/wang ehsan dari hasil minyak dan gas sbb telaga2 itu berada diluat 3 batu nautika dari perairan Kelantan., malah beliau dan pemimpin2 UMNO menyanggah kenyataan Ku Li. SEPATUTNYA UMNO MESTILAH KONSISTEN DLM ISU INI, BUKAN BERDOLAK-DALIK (KALAU UMNO BENAR).
7 mins · Unlike · 1

PAS harus hentikan kempen isu royalti minyak, kata Tok Pa

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya sudah pun memberikan wang ihsan kepada Kelantan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, isu royalti yang dimainkan PAS itu tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).

"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini. Semalam, Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nassuruddin Daud menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan janjinya memberi ruang kepada satu jawatankuasa royalti minyak Kelantan ditubuhkan bagi memeriksa butiran berkaitan.
Katanya, Muhyiddin juga perlu menjelaskan jika bukan royalti RM12 bilion perlu diberikan kepada Kelantan, maka berapakah jumlah sebenarnya.
Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa berkata, bermula awal tahun hadapan, Maik akan mengawal separuh daripada wang ihsan yang diberi untuk disalurkan kepada rakyat Kelantan yang memerlukan.
Katanya dengan peruntukan itu, seharusnya rakyat Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bantuan yang kerajaan berikan.
"Khairat kematian yang layak dapat RM500. Masuk universiti daftar melalui JPP juga RM500. UPSR dapat, PMR dan SPM dapat sumbangan. Banyak untuk pelajar dan orang miskin.
"Itu antara perkara yang digunakan daripada wang ihsan tahun depan, sebahagian akan diagih pada agama Islam di Kelantan.
"Patut terima kasih tapi masih ada berkeliaran. Mereka patut letak sepanduk terima kasih pada kerajaan pusat," katanya. – 14 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-harus-hentikan-kempen-isu-royalti-minyak-kata-tok-pa#sthash.MutMd1WJ.ShRXz6ww.dpuf

PAS harus hentikan kempen isu royalti minyak, kata Tok Pa

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya sudah pun memberikan wang ihsan kepada Kelantan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, isu royalti yang dimainkan PAS itu tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).

"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini. Semalam, Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nassuruddin Daud menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan janjinya memberi ruang kepada satu jawatankuasa royalti minyak Kelantan ditubuhkan bagi memeriksa butiran berkaitan.
Katanya, Muhyiddin juga perlu menjelaskan jika bukan royalti RM12 bilion perlu diberikan kepada Kelantan, maka berapakah jumlah sebenarnya.
Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa berkata, bermula awal tahun hadapan, Maik akan mengawal separuh daripada wang ihsan yang diberi untuk disalurkan kepada rakyat Kelantan yang memerlukan.
Katanya dengan peruntukan itu, seharusnya rakyat Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bantuan yang kerajaan berikan.
"Khairat kematian yang layak dapat RM500. Masuk universiti daftar melalui JPP juga RM500. UPSR dapat, PMR dan SPM dapat sumbangan. Banyak untuk pelajar dan orang miskin.
"Itu antara perkara yang digunakan daripada wang ihsan tahun depan, sebahagian akan diagih pada agama Islam di Kelantan.
"Patut terima kasih tapi masih ada berkeliaran. Mereka patut letak sepanduk terima kasih pada kerajaan pusat," katanya. – 14 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-harus-hentikan-kempen-isu-royalti-minyak-kata-tok-pa#sthash.MutMd1WJ.ShRXz6ww.dpuf