Saturday 30 August 2014

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Rakyat - Suatu Pencerahan

(PENCERAHAN YG JITU KEMELUT MB SELANGOR....A MUST READ ARTICLE)

Posted by sakmongkol AK47 at 3:05 am , Links to this post , 6 comments
FRIDAY, 29 AUGUST 2014
Kemelut Politik Selangor.

Apa yang sedang berlaku di Selangor ialah pengajaran untuk semua rakyat Malaysia. Kerana yang sedang diadili dan diserang ialah konsep demokrasi berparlimen dan representative democracy. Semua rakyat Malaysia yang cintakan kuasa rakyat dan yakin kepada representative democracy mesti menyibukkan diri mereka dalam isiu ini. Ia nya bukan lagi masaalah rakyat Selangor.
Pertamanya- nyatalah Khalid Ibrahim bukan seorang gentleman. Perlembagaan Malaysia diciptakan untuk gentlemen. orang yang tidak ikut perlembagaan, tidak gentleman. Kalau saya boleh tambah, perlembagaan adalah untuk orang yang bertamaddun. Hanya orang yang tidak bertamanddun sahaja yang engkar kepada perlembagaan.
Khalid Ibrahim semasa mengadap Tuanku Sultan boleh menolak titah raja sebab dia ada alasan kuat. dia boleh menyatakan- patik bukan orang yang ada sokongan majoriti. wan azizah orang nya. dialah yang patut dititah mengadap selepas ini. patik tidak ada locus standi untuk terus jadi MB.
Tapi Khalid melakukan sidang akhabar dan menyatakan bahawa Sultan mahukan dia kekal lagi sebagai MB. Itu dia yang cakap. Boleh kita percaya cakap Khalid? Siapa yang mahu percaya cakap Khalid lagi? bila nama nya seorang sahaja yang dikemukakan untuk jawatan MB tahun 2013, dia masih lagi boleh lie in the face, dan mengatakan ada nama lain selain dari nama dia yang dikemukakan? Mana boleh kita percaya Khalid.
Tapi kita tahu Khalid. Dialah manusia terpandai dalam Selangor. Tidak ada Khalid Ibrahim, Selangor akan hancur lebur. Kehebatan Khalid mentadbir Selangor dimitoskan. Mitos kehebatan Khalidlah yang didewa dewakan.
Mereka yang berdemontsrasi menyokong Khalid siapa yang mengupah mereka? tidakkah mereka tahu atau penganjur demontrasi tahu bahawa jawatan MB bukan jawatan yang dipilih melalui direct election?
Kita tinggalkan bicara mengenai Khalid kerana ianya membazir waktu dan kerahan minda.
Dalam bahasa yang semudah mudah nya- raja berpelembagaan bererti raja tidak memilih pemimpin politik. Dia tidak mencipta majority dimana majoriiti tidak ada in the first place.
Maka , dengan segala hormat dan sembah takzim, saya menyatakan bahawa penghantaran surat kepada parti parti politik supaya mengemukakan lebih dari 2 nama- tidak constitutional. Siapa yang menasihat Raja kita seperti ini? Ini memberi peluang Raja mencipta majority dimana majority tidak ada sebermulanya.
Ini akan mengheret nama baik Tuanku Sultan dan mendedahkan ia kepada teguran yang tidak boleh dikawal. Adakah ketua majority dalam parlimen akan menyembahkan lebih dari satu nama untuk jadi PM? Sekarang ini BN mewakili parti majority dalam parlimen. Ketua nya Dato Najib Razak. Mustahil Dato Najib mengemukakan dua nama kepada YDP Agung untuk memilih siapa hendak jadi PM.
Prinsip nya sama. Kita jangan melihat isiu memilih MB Selangor sebagai isiu yang mengikat tangan Tuanku Sultan. Kita mesti melihat isiu pemiilihan MB ini sebagai isiu mengesahkan demokrasi berparlimen terus hidup. Kebebasan Tuanku Sultan tertakluk kepada perlembagaan.Kita mesti menjaga dan melindungi perlembagaan kerana disana hak kita terpelihara.
Jika Raja ada kebebasan dalam kes memilih PM ianya adalah dalam menentukan bahawa PM itu Melayu dan beragama Islam. Siapa dia- si-ahmad, najib, razaleigh, anwar- tidak releven. Soalan yang bebas ditanya ialah adakah anda mewakili majority? Jika jawapan nya affirmative- maka orang tulah jadi PM.
Menasihatkan Tuanku memilih pemimpin politik dan memilih ketua eksekutif mendedahkan rakyat kepada malapetaka politik. Bila kita merdeka , kita berikan kuasa kepada rakyat. Kita ujudkan raja berpelembagaan kerana kita menolak raja mutlak. Nampaknya hanya orang UMNO mahu kembali kezaman gelap raja mutlak yang digambarkan oleh Pendita Zaaba sebagai zaman yang memeras, memicit dan menghamba-abdikan rakyat. UMNO hendak orang Melayu kembali pada zaman purba kala kah? Sekarang kita rampas kuasa dari rakyat dan hendak mengembalikan system raja mutlak?
Saya setia kepada raja Melayu- tapi saya setia kepada raja berperlembagaan. Yakni raja yang tertakluk kepada perlembagaan dan bukan diberikan kuasa oleh penasihat yang pro fiudal untuk memilih pemimpin politik dan mencipta majority where there wasn’t any majority previously. Ia akan jadi political musical chair.
Katalah Tuanku Sulatan Selagor memilih seorang individu yang dicadangkan oleh PAS tapi bukan Wan Azizah-individu itu akan berdepan dengan kemungkinan undi tidak percaya bila dewan bersidang. Jika individu itu hilang kepercayaan dewan disebabkan 30 ADUN tidak menyokong nya, siapa yang akan mendapat aib? Tuanku Sultan.
Rakyat , tidak kira apa fahaman politik mesti menjaga hak demokratik kita. Hak demokratik kita ialah menjamin supaya aturan perlembagaan diikut.
Tidak mengikut nasihat Sultan boleh dianggap biadap atau kurang ajar. Penolakan nasihat raja tidak perlulah mengundang kenyataan dari askar tentera atau mana2 pihak bahawa mereka akan mempertahankan insitusi raja sehingga tetesan darah terakhir. Tidak ada orang yang mencadangkan insitusi Raja dimansuhkan.
Sekali lagi saya ingatkan, system raja kita ialah system berpelembagaan. Kita bukan hidup dalam zaman feudal. Hormatlah tok nenek kita yang berjuang untuk mendapatkan demokrasi untuk rakyat.
Lagipun, konsep durhaka tidak ada force of law- durhaka bukan suatu jinayah yang boleh dihukum mengikut mana2 kanun.
Kita bukan kurang setia kepada raja, tapi kita lebih setia kepada demokrasi perwakilan. Perkara ini semua kena faham; orang UMNNO pun janganlah mengkudakan institusi raja untuk kepentingan politik mereka. Semua parti dalam Malaysia komited kepada demokrasi dan raja berpelembagaan.
Mengenai raja berpelembagaan ianya ialah raja itu bertakhta tapi tidak memerintah. Perkara ini amat pentng. Raja2 kita bukanlah beraja secara mutlak. Mereka tertaklok kepada undang2 tubuh Malaysia. Sebab itu kita jangan main2 dengan perlembagaan kita. Ianya suatu dokumen untuk meregulasi hubungan antara rakyat dengan pemerintah, dengan kerajaan, dan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan merincikan tanggung jawab kerajaan pusat dan negeri. Juga merincikan tanggungjawab raja2 Melayu.
Kepada yang membaca kuasa raja berpelembagaan sebagai kuasa mutlak atau memimpikan rejim kuasa yang demikian, hendaklah kita ingat bahawa selain daripada berperanan sebagai symbol perpaduan negara, raja2 kita mungkin mempunyai kuasa seperti membubarkan dewan rakyat atau dewan negeri atau memberi perkenan kepada rang undang2. Perlaksanaan dan perlakuan kuasa2 demikian secara umum nya ada suatu formality sahaja dan tidak memberi peluang kepada raja2 untuk memperlakukan atau bereksperimen dengan keinginan dan kecenderungan politik nya.
Raja kita ialah fountain of justice untuk semua.

Print
Posted by sakmongkol AK47 at 3:49 pm , Links to this post , 21 comments

Hukum Faraid Yang Jelas Dilanggari


tazkirah ini bertepatan dengan apa yang telah terjadi keatas saya sendiri
mak saya diakhir2 masanya
tak berapa mahu tinggal di rumah adik2 saya yang lain
saya 9 beradik semua dan saya hak sulung
dan saya hak paling miskin
saya kata kepadanya
kalau mak duduk rumah orang lain semua ada
makan sedap
apa nak semua ada atau boleh dicari
bilik aircond
bilik air ada air panas
nak kemana2 pun boleh dibawa
saya kata
rumah ambo kecik
panas takdak aircond
anak2 ramai bising
makan pun singgam dan budu sahaja
dia jawab
aku nak duk rumah mung
saya pun diam
dan jaga makan minum dia seperti biasa
dia meninggal pada 22/12/2011
(ayah pada 15/5/1994)
sampai hari ni saya masih tertanya2 dan hairan
mengapa dia memilih untuk habiskan masa2 akhir dia dengan kami
padahal sebelum itu tanah pusaka peninggalan ayah termasuk rumah kediaman pun diberikan olehnya kepada salah seorang adik saya yang kaya secara diam2 tanpa dimaklumkan sepatah pun kepada anak2 yang lain termasuk saya sendiri
https://www.facebook.com/video.php?v=777490742307830&set=vb.100001407337073&type=2&theater

Friday 29 August 2014

MAS dan Pemulihannya


  • Red Judge MAS kena kurangkan layer of its management supaya cepat buat keputusan.

    Ambo biasa buat kerja dengan staff MAS ni. Lambat buat keputusan. Terlalu banyak karenah birokrasi. Takut kepada audit. Buat kerja ikut buku.

    Ia dah jadi gajah yang sukar untuk berjalan. Bila sukar untuk berjalan, macam mana nak berlari? Macam mana nak berlari sambil melompat seperti kuda yang tangkas?

    Pada awal tahun 2008, ambo naik flight ambo ke London di Changi Airport, Singapore. Ambo tengok aircraft Airbus A380 kepunyaan Singapore Airlines. Maknanya Singapore Airlines dah guna aircraft ni.

    Malaysia Airlines dapat guna Airbus A380 pada July 2012. Lebih empat tahun lebih lewat dari Singapore airlines. Penumpang lebih dulu rasa pesawat Singapore Airlines dan mereka lebih cenderung untuk guna Singapore Airlines.

    Kalu ambo jadi CEO MAS, langkah pertama ambo akan buat adalah kurangkan lapisan pihak pengurusan ini. Biar staff from the ground dapat access terus kepada top management untuk selesai masalah dengan cepat.

    Kedua, simplify process of work untuk speed up work activities. Bila mudah nak buat kerja, ia akan menggalakkan pekerja untuk buat kerja. Bila process kerja sukar dan lambat, bukan sahaja pekerja jadi malas bahkan pihak pengurusan pun jadi malas jugak nak buat kerja.

    Akhirnya masalah tak selesai.

Bahaya Orang2 Yang Suka Melobi Untuk Jadi Calon

ayat dalam posting oleh sdr dee pasir mas dibawah ni saya pun sangat setuju
pernah satu masa dulu 4 orang selalu gi jumpa tun dr m lobi nak jadi calon
yang masuk 3 orang sebab dalam kawasan dia orang satu parlimen dan 2 dun
tun dr m dapat tahu dari pembantu khasnya yang memerhatikan mereka
tun dr m pun tanya mana yang sorang lagi?
yang 3 ni jawab
yang sorang lagi tu drebar kami ada kat luar
tun dr m pun suruh hak sorang lagi tu masuk lalu suruh hak tu jadi calon
drebar ni pun terketar2 menjawab
saya takleh tun sebab saya takdak pelajaran tinggi
tun dr m kata
takpa saya yang interview dan pilih
tun dr m tak mahu orang2 yang selalu datang lobi kerana dia tahu ada udang di sebalik batu
yang betul2 tak mahu pulak
bila jadi wakil rakyat akan buat kerja bersungguh2 dan ikhlas kerana dia tak ada tujuan atau niat yang lain kecuali berkhidmat sahaja
ini cerita benar berlaku bukan rekaan
orang2 itu dari johor
'drebar' tu jadi wakil rakyat 2 penggal berturut2
Wahai pemimpin UMNO Kelantan...Tok Pa terutamanya dan Biro-Biro Politik khususnya.. Dalam memilih calon, ambillah yang rakyat suka, bukan yang kamu suka. Ambillah calon pilihan rakyat, bukan ambil calon yg datang membodek dan melobi kamu. Nak letakkan calon, letaklah yang rakyat boleh undi, bukan letak yang kamu syok sendiri sahaja... Berpalinglah ke belakang sejenak, walau tak mahu lama pun... sudah 24 tahun bersamaan lima pilihan raya umum kamu kalah, tak dapat-dapat nak perintah Kelantan... Adakah ini kesalahan rakyat? TIDAK.. Ini bukan kesalahan rakyat, ini adalah KEGAGALAN kamu memahami erti pilihan raya... Erti pilihan raya ialah rakyat yang memilih, bukan kamu yang mengundi...

Thursday 28 August 2014

Mana Wakil Rakyat BN DUN Semerak? Rakyat Mencari

sdr wan hassan kalah agak teruk dalam pru13 yang lalu kepada calon bn
tapi tetap berperanan macam wakil rakyat juga
tambah2 apabila wakil rakyat bn tak pernah nampak batang hidung
hanya sekali sekala muncul apabila dijemput berucap untuk merasmikan sesuatu majlis sahaja
dengan itu orang umno dan bn pun ada yang kata
'baik wan hassan pulok walaupun dia orang pas' 

 

Graduan Universiti vs Peluang Kerja

pesanan ikhlas kpd semua anak2 muda :-
belajarlah sampai masuk dan keluar universiti dengan cemerlang
belajarlah bersungguh2 sampai pada tahap yang mampu
samada diploma atau ijazah pertama atau ijazah kedua (master) atau PhD
namun
jangan ingat bila keluar universiti nak kerja gomen sahaja
kerana bukan semua dapat peluang ini
yang dapat pun bukan sepadan dengan kelulusan
sesetengahnya ada ijazah tapi terpaksa kerja dengan tangga gaji SPM
kerjalah dulu walaupun gajinya murah
kerana sekarang graduan universiti sudah terlalu ramai
sebab itu saya nak cadangkan kepada kerajaan
supaya lebih baik hadkan kemasukan ke universiti
dan perluaskan peluang kerja bagi pemegang SPM daripada membiarkan graduan universitu menganggur atau bekerja dengan tangga gaji yang terlalu rendah dan terlalu tidak sepadan dengan kelulusan mereka
(ramai yang ada ijazah tetapi bekerja di stesyen minyak)
bila peluang kerja ini sudah menjadi seimbang dengan kadar keluaran universiti
barulah kuota kemasukan ke universiti diperluaskan semula

Wednesday 27 August 2014

Perkhidmatan Masyarakat

saya duk berfikir nak tiru cara mr kuan chee heng buat kerja khidmat masyarakat
nak jadi anak murid dia
tapi hanya untuk pasir puteh sahajalah
saya akan buka peluang kepada orang2 pasir puteh untuk menghubungi saya jika ada apa2 yang diperlukan seperti bantuan dan pertolongan
keperluan itu saya akan cuba salurkan kepada mana2 orang yang mampu membantu
begitu juga untuk sebarang aduan
saya akan cuba salurkannya kepada pihak2 yang berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan
bukan nak ambil alih jauh sekali merendah2kan kerja mana2 wakil rakyat
kerana saya pun macam mr kuan juga
tidak punyai apa2 kelebihan dan keistimewaan atau kedudukan
kecuali minat dan semangat membantu sahaja
saya hanya ingin membantu sekadar kemampuan yang ada sahaja
tengoklah
saya fikir2 sambil memohon pandangan kawan2 dulu

Tuesday 26 August 2014

PDK Semerak

Oleh kerana Pengerusi PDK Semerak telah berpindah rumah ke Pahang bersama keluarga hari ini, saya ingin memberikan jaminan di sini bahawa PDK ini masih tetap memerlukan beliau sebagai Pengerusi walaupun sudah berjauhan.
Saya dan AJK yang lain serta para petugas akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan cita2 Pengerusi membawa PDK ke satu tahap sepertimana yang diinginkannya.
Bukan mudah untuk mendapatkan orang yang berminat melibatkan diri dalam PDK kecuali orang itu mempunyai anak OKU juga sedangkan pengerusi sekarang tidak pun mempunyainya tetapi sudah lama bersama dalam AJK PDK Semerak ini.
Kalau pun, saya ulang, kalau pun beliau terpaksa meletakkan jawatan diatas faktor tinggal jauh, saya harap ada orang lain yang semampu beliau untuk mengambil tempat selaku pengerusi baru.
Kami ucapkan :-
Selamat Berpindah ke Pahang kepada Puan Wan Marzida Bt Hj Wan Omar dan keluarga.
Semoga Puan selamat sejahtera di sana bersama keluarga dan sentiasa berada dalam kerahmatan Allah
Amin.

PDK Semerak

gotong royong PDK Semerak
26.08.2014
hutan dan semak tebal di pinggiran sungai yang sangat berhampiran dengan bangunan PDK Semerak yang dirisaukan akan menimbulkan ancaman kepada petugas2 dan pelatih2 kerana dikhuatiri menjadi tempat pembiakan ular dan nyamuk
diharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kerja2 pembersihan semak yang tebal ini dengan cara menghantarkan excavator bagi tujuan kerja2 pembersihan
saya menganggarkan satu atau dua hari sahaja boleh siap
jika sewa excavator katakan RM800 sehari maka jumlah kos ialah RM1,600.00 sahaja
selain daripada kawasan menjadi bersih
pelatih2 juga akan dapat menikmati keindahan sungai semerak dari premis PDK kerana ianya tidak lagi dihalang oleh semak samun yang tebal ini
jika ada sesiapa yang ingin menyumbang
sila hubungi penyelia PDK iaitu Puan Suryani Hassan di talian 0199147792
terima kasih
 

PDK Semerak

gotong royong PDK Semerak
26.08.2014
aktiviti cuci kawasan oleh ibubapa pelatih bersama pelajar2 SMK Cherang Ruku
kawasan lapang ini sudah lama kosong tanpa sebarang kemudahan riadah untuk pelatih2 PDK seperti gelongsor, endoi (buaian), papan congek cakdong (jongkang jongkek) atau lain2
pernah satu masa dulu diura2 ada pihak yang ingin menyumbang tetapi sampai hari ini belum diterima apa2 maklumbalas
diharap jika ada sesiapa yang ingin menyumbangkan peralatan yang disebutkan itu
sila hubungi Penyelia PDK Puan Suryani Hassan di talian 0199147792
terima kasih
(saya tidak dapat memberikan anggaran kos peralatan ini)
 

Program Gotong Royong PDK Semerak Bersama SMK Cherang Ruku


Gambar2 program gotong royong PDK Semerak bersama SMK Cherang Ruku yang dihadiri bersama oleh Puan Wan Marzida Bt Dato' Hj Wan Omar, Pengerusi PDK Semerak, sebahagian daripada AJK, sebahagian daripada ibubapa, semua pelatih2 PDK, semua petugas2 PDK, Pen Kanan Pentadbiran SMK Cherang Ruku (Cikgu Zailani Mohammad), Pen Kanan Ko SMK Cherang Ruku (Ustaz Hj Affendi Hj Adam), beberapa orang guru dan semua pelajar2 ting 4 SMK Cherang Ruku.

Tarikh program 26.08.2014 Selasa
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : PDK Semerak 

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi PDK Semerak kerana berjaya mengajak SMK Cherang Ruku untuk bersama2 menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Pen Kanan Pentadbiran dan Pen Kanan Ko SMK Cherang Ruku serta guru2 yang hadir kerana sudi memberikan kerjasama dengan membawa pelajar2 sekolah dan juga sudi mendermakan kerusi beserta meja kepada PDK Semerak.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Aniyah Bt Datuk Hj Jelani, isteri Ustaz Hj Affendi Adam kerana sudi memberikan sumbangan dalam bentuk hamper, nasi tengahari, kueh mueh, hadiah2 serta wang raya kepada pelatih2 dan ibubapa yang hadir. 

Terima kasih kepada semua petugas2 dan ibubapa yang telah sudi bersama.

Program berjalan lancar dan sangat meriah dengan acara sampingan sukan ringan.

AlhamdulilLah dan Tahniah kepada semua.

Monday 25 August 2014

Rakyat Malaysia dan Rakyat Kelantan

sebagai rakyat malaysia
saya tinggal dibawah kerajaan malaysia
sebagai rakyat kelantan
saya tinggal dibawah kerajaan kelantan
itu sikap saya sebagai seorang rakyat biasa dan pengundi biasa
tiada masalah
namun bagi orang lain agak berbeza sedikit sikap mereka
sebagai rakyat malaysia
mereka tidak berpuas hati bahkan menentang habis2an kerajaan negeri kelantan
sebagai rakyat kelantan pula
mereka yang ini tidak berpuas hati bahkan menentang juga habis2an kerajaan pusat
saya mengambil jalan tengah dan sederhana dalam soal ini
apa yang baik diperingkat pusat
saya sokong
apa yang baik diperingkat negeri pun
saya sokong
apa yang tidak baik diperingkat pusat
saya tentang
apa yang tidak baik diperingkat negeri pun
saya tentang
anda bagaimana?

Gotong Royong PDK Semerak

kejap lagi saya nak gi program gotong royong di PDK Semerak
kokok sampah dan bakar
kasi bersih itu tempat budak2 OKU
program seperti ini sekurang2nya boleh juga memberikan kerjasama dalam membanteras wabak denggi
usaha gotong royong seperti ini bagus dan patut diperluaskan lagi
masyarakat semerak contohnya
boleh bersama2 sekali sekala buat gotong royong untuk bersih kawasan
itulah pentingnya perpaduan masyarakat
soal fahaman kepartian sepatutnya diketepikan
bukan sahaja dalam soal keselamatan rumah dan harta benda
tetapi juga dalam urusan menjaga kebersihan kawasan

Kopi Semerak Berjenama "V.COFF"

bukan rasa enaknya sahaja
khasiatnya pun boleh tahan juga
kerana ianya bukan sekadar kopi
cubalah secawan pagi esok
sambil menderma untuk maahad tahfizul quran al-bukhari
semerak

 

Jenayah Pecah Rumah Di Semerak

di semerak jenayah pecah rumah semakin menjadi2
semalam rumah sepupu saya sendiri telah dipecah masuk dan nilai kerugian keatas harta benda yang lesap dianggarkan belasan ribu ringgit
sebelum itu rumah saudara saya sendiri juga dipecah masuk semasa beliau dan isterinya ke kuala lumpur
banyaklah lagi rumah2 lain menjadi mangsa
semua rumah2 ini adalah rumah2 yang besar kepunyaan orang2 yang berniaga dan bergaji besar
saya tidak mahu menyalahkan pihak berkuasa polis dalam hal ini
kerana saya tahu jumlah keanggotaan polis semerak sangat jauh dari mencukupi
yang saya sedikit terkilan ialah
ada KRT yang dirasmikan oleh pengarah JPNIN secara besar2an tetapi nampaknya fungsinya tidaklah sebesar perasmiannya
sepatutnya KRT boleh membantu memainkan peranannya dalam mengurangkan gejala pecah rumah ini
barangkali inilah juga akibatnya apabila masyarakat hidup dengan berpecah belah melalui dua parti terbesar orang2 melayu iaitu umno dan pas
sedangkan matlamat untuk mengurangkan jenayah harus melalui sumbangan oleh semua pihak sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu
apa yang dibuat oleh umno tidak akan disertai oleh orang2 pas
pemimpin pas pula apabila dicadangkan supaya dibuat krt sendiri secara berasingan tetapi bekerjasama dengan umno dalam perkara keselamatan tidak pula mahu melaksanakannya kecuali menyatakan persetujuan sahaja
saya harap perkara keselamatan rumah dan harta benda orang ramai mula diberikan perhatian yang lebih serious oleh kedua2 kepimpinan dua parti ini
janganlah menunggu sehingga rumah anda sendiri dipercah masuk dan mengalami kerugian yang banyak baru hendak berbuat sesuatu secara bersama

Penyelia PAS DUN dan Program Anak Yatim

saya baru dimakumkan bahawa YAB Dato' MB Kelantan akan hadir bagi merasmikan satu majlis kutipan derma bagi membantu anak2 yatim di Kg Besar Semerak pada hari Jumaat ini 29hb Ogos 2014
yang saya heran
hari ini dah 25hb tapi tak nampak satu pun backdrop lagi dalam FB dan juga di luar iaitu di kawasan pekan Cherang Ruku
biasanya backdrop akan dipasang oleh penyelia pas dun semerak awal2
tambah2 untuk program yang melibatkan kehadiran MB
betul ke ada majlis ini di Kg Besar Semerak itu?
kalau betul ada
mengapa penyelia dun belum lagi menaikkan backdrop sekurang2nya di cabang tiga jalan masuk ke Kg Besar?
tak munasabah pulak jikalau program ini tidak ada kena mengena dengan beliau dan tidak diuruskan melalui beliau
mohon sdr wan hassan wan ibrahim atau sdr wan ramli wan ibrahim menjelaskannya
terima kasih

Sunday 24 August 2014

Tun Dr M vs DS Najib

apabila tun dr m mengkritik pm sekarang iaitu ds najib
beliau mengkritik selaku bekas pm dan 'abang' atau 'orang tua'
namun
apabila beliau membandingkan dengan pm terdahulu iaitu tun abdullah
saya rasa ianya agak tidak wajar
kerana siapa pun yang jadi pm sekarang
cabaran semasa yang terpaksa dihadapi tetap sama juga
kalau pun tun dr m sendiri yang jadi pm semula
gelombang tentangan dari parti2 lawan tetap sama juga
apakah jikalau seandainya dsai yang jadi pm
cabaran ini boleh dikurangkan?
kalau nak tahu
bagilah satu peluang untuk satu penggal selepas pru14 nanti kepadanya
orang kelantan kata
'acu cuba teh tra sekali'
'kalu takleh gi, kita tukar pulok'

JKKKP Yang Malas dan Sombong

jiran depan rumah saya sudah lama sakit dan uzur
pernah masuk wad husm berbelas2 hari
saya yang menghantarnya dulu
sedihnya
tok mulu mukim ini tak pernah datang menjenguknya
walaupun rumahnya bukan jauh
dengar khabar nak gi mekah dengan penerbangan pertama pada hari selasa ini
(gi dengan kuota percuma yang kerajaan pusat bagi)
saya pun ajaklah dia gi rumah tok mulu itu
dia kata
'gi wat gapo, kita duk sakit berbulan2 pun tak pernah mari jengok'
'masa time ngundi jah mari ngepen'
saya pun diam

"Tok Wakil Kito Hilang"

di semerak tadi
kedengaran orang bercakap
'tok wakil kito tak tahu pah kuano doh'
saya pun tanya
'bakpo?'
orang tu jawab
'ho doh, tak pernah nampak batang hidung lagi sejak dulu pah ko loni'
saya pun diam

Saturday 23 August 2014

UMNO Bahagian Pasir Puteh

kepada semua barisan kepimpinan umno bahagian pasir puteh :-
berikut ialah sekadar nasihat saya selaku salah seorang dari orang lama dalam umno
walaupun saya telah meninggalkan umno dan menjadi non-partisan
saya masih mahu menasihatkan kawan2 jika saya mendapati ada sesuatu yang perlu saya tegur dari masa kesemasa
petang tadi saya dimaklumkan bahawa terdapat seorang bekas orang kuat umno bahagian pasir puteh telah merungut dan mengeluh kerana merasa segala sumbangan kewangannya kepada parti ini selama ini telah menjadi sia2 sambil mengeluarkan kata2 yang tidak elok terhadap kepimpinan parti
saya cadangkan
mana2 orang dari kepimpinan tertinggi bahagian iaitu ketua, timbalan dan naib
mana2 orang dari keempat2 ketua sayap
mana2 orang dari semua ajk bahagian
mana2 orang dari ketiga2 pegawai yang dilantik iaitu su bahagian, ketua penerangan dan bendahari
dan juga mana2 orang yang bertugas di pejabat umno bahagian
supaya tidak secara terbuka dan negatif mengeluarkan kenyataan peribadi keatas mana2 orang lain dari semua peringkat yang saya sebutkan di atas itu
adalah lebih baik jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakpuasan hati atau cadangan
ianya dibawa ke dalam mesyuarat bahagian secara jujur dan berani

Friday 22 August 2014

Kuali Pencen


kuali ini sudah pencen
sebab sudah bocor dan tak boleh dipateri atau ditampal lagi
dibeli pada tahun 1980 sewaktu saya mula2 kahwin
(1983 masuk umno)
betullah seperti orang tua2 kata
barang dulu tahan lama
agaknya dalam politik pun sama
orang dulu tahan lama
tidak seperti orang zaman sekarang
orang dulu tidak ada kepentingan diri dan tidak pernah tanya apa yang parti boleh bagi jika pun memegang jawatan
orang sekarang tanya itu dulu
sebab tu bila tak dapat apa2
dia lari
saya pun lari juga
tapi lari saya lain
saya lari hanya kerana mahu menulis secara lebih bebas
bukan kerana parti tak beri apa2
kerana dulu pun saya tak pernah minta apa2
walaupun saya bertugas di pejabat umno bahagian
saya dan kawan2 lama yang lain samalah seperti kuali pencen
dah lama orang guna untuk goreng nasi dan lain2
sekarang sangkut di dinding sebagai kenangan sahaja
tiada siapa ambil peduli lagi

Mangsa MH17 vs Mangsa Lahad Datu

Dari whatsapp:

Keluhan dari BALU Perwira Lahad Datu.

Kenapa begitu hebatnya kerajaan menyanjung ketibaan Mangsa Pesawat MH17. Kenapa tidak kepada suami kami yang terkorban semasa Pertempuran d Lahad Datu dulu. Adakah mangsa pesawat MH17 lebih PERWIRA dari suami kami? Oohhh Negara.....adilkah ini. Malaysia Tanah Airku..
C&P

Tiada Rasa Kerana Bencikan Kerajaan Pusat?

"Bakpo eh ambo x sero sebagaimana rakyat M'sia lain? Mngkn sbb bkey worih warah ambo bokali. Tp bilo baca status dan gmbr mangsa kekejaman zionis di Gaza yg menimpa wanita, kanak2 x berdosa ambo raso sedih dn geram."

sepatutnya orang yang mebuat komen seperti di atas itu cepat2 memohon maaf diatas keterlanjuran berkata2 yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa tragedi apabila saya membuat teguran
bergurau atau memperli dibolehkan termasuk dalam isu2 politik tapi bukan dalam suasana kesedihan yang sedang menyelubungi ahli keluarga mereka yang terlibat
bagi saya lebih baik kita mengambil sikap yang lebih sederhana jika pun dirasakan kerajaan cuba mempolitikkan isu mangsa mh17 ini
isu mangsa kekejaman zionis terhadap penduduk gaza bukan sahaja mendapat simpati seluruh rakyat malaysia sahaja malahan seluruh masyarakat dunia yang bencikan kekejaman pun bersimpati juga tetapi membandingkannnya dengan nasib yang menimpa rakyat malaysia melalui tragedi mh17 adalah tidak wajar
isu gaza menghendaki simpati dan tindakan berskala dunia sedangkan isu mh17 mengharapkan simpati dan tindakan rakyat dan kerajaan malaysia secara khusus dan inclusive
oleh kerana sikap orang ini saya anggap agak keterlaluan dan tidak ada perasaan untuk berkongsi kesedihan dengan orang lain
maka saya terpaksa 'simpan' sahaja dulu beliau buat sementara
diharap kawan2 lain jadikannya sebagai sempadan dalam berbicara walaupun dalam fb

Pantai Bisikan Bayu Semerak dan Tok Aman Bali Resort

famili saya berkelah di pantai bisikan bayu semerak
nama asal 'pantai dalam rhu'
pantainya putih bersih
joinlah kami nanti
lebih kurang 16km dari bandar pasir puteh dan lebih kurang 4km dari gertok atau jambatan tinggi tok bali menghala ke kuala besut
juga akses atau jalan masuk ke tok aman bali resort
— with Wan Atieyna and Cik Wan Atikah New.

 

Pantai Bisikan Bayu Semerak Perlu Dibangunkan Lagi

lama kami tak pergi berkelah di pantai bisikan bayu semerak walaupun tak jauh dari rumah kami
petang tadi anak2 saya ajak gi makan meehoon goreng di sana
ingat nak memancing sekali tapi kedai tutup nak beli mata kail dan batu serta cili
jadi gi makan dan ambil angin sahajalah
saya tengok orang agak ramai jugak
saya anggarkan lebih kurang 500 - 700 orang tua muda kecil besar yang berkunjung
tapi tak ramai yang mandi
kerana ombak agak besar dan air laut pun keruh
walau bagaimana pun
orang ramai agak terhibur juga
apabila ada permainan jet ski tarik satu orang atas pelampung yang dipanggil 'heat'
dan juga jet ski tarik 'banana boat' dan 'band wagon' yang boleh memuatkan seramai 6 orang setiap satu
saya cadangkan aktiviti riadah seperti ini diperluaskan lagi dengan kerjasama MDPP membina bangunan tambahan yang sesuai di dua lokasi pesisir pantai popular ini
satu di hujung berdekatan dengan resort tok aman bali
satu lagi di hujung mula2 masuk cabang tiga
bangunan ini hendaklah disewakan kepada pengusaha jet ski berkenaan dan hendaklah dilengkapkan juga dengan tandas awam berbayar dan menara pengawal pantai
menara seperti ini sangat penting untuk mengawal dan mengawas aktiviti sukan laut ini supaya keselamatan orang ramai terjamin

 

Tahap Kesedihan Ahli Keluarga Mangsa Nahas MH17

5 hrs · Unlike · 1
Abdul Manaf Daud "Bakpo eh ambo x sero sebagaimana rakyat M'sia lain? Mngkn sbb bkey worih warah ambo bokali. Tp bilo baca status dan gmbr mangsa kekejaman zionis di Gaza yg menimpa wanita, kanak2 x berdosa ambo raso sedih dn geram."
3 hrs · Unlike · 1

komen saya pula begini....
saya amat faham tahap kesedihan keluarga mangsa apa sahaja kemalangan termasuk mangsa mh17 terutamanya ibu dan bapa mereka
ini adalah kerana saya pernah dikejutkan dengan satu kemalangan jalanraya yang melibatkan anak saya sendiri iaitu anak saya dengan kereta bertembung dengan lori
oleh itu memang sesiapa pun yang tidak pernah ada pengalaman darah daging sendiri mengalami kemalangan tidak akan dapat merasa dan menghayati tahap kesedihan seperti itu

Thursday 21 August 2014

Manusia dan Anjing

anjing betina ini ada 4 ekor anak
anak2nya sudah besar
kepunyaan jiran belakang rumah saya
orang siam
sebelum ini keempat2 kakinya normal
sudah lama saya tak tengok dia melintas depan rumah saya
hari ini dia melintas berjalan dengan tiga kaki
sebab satu kaki depannya cedera mungkin patah
saya tak tahu kenapa
mungkin tersepit
mungkin masuk pagar rumah orang kena pukul
atau lain2 kemungkinan
apa pun
jikalau dia dipukul dan diseksa
saya sangat tidak suka dan berkenan di hati
walaupun dia anjing
dia tetap haiwan yang harus dihalau sahaja jika masuk dalam kawasan rumah
bukan dengan menyiksa sehingga patah kakinya
hanya akibat geram
yang salah ialah tuan rumah kerana cuai tidak menutup pagar
hidup bermasyarakat dengan kaum lain
kadang2 kita kena faham dan bertolak ansur sedikit
kawasan rumah saya pun selalu anjing masuk tapi saya hanya halau sahaja
tidak tergamak saya nak lempar parang atau golok
sebab saya yakin jika haiwan cedera
kita pun akan menerima balasannya tidak lama lagi
 
 

Upacara Sambutan Jenazah Mangsa MH17

upacara sambutan dan tafakur menyambut ketibaan pulang jenazah mh17 telah selesai di peringkat klia
alhamdulilLah semoga roh2 mereka yang terkorban itu dirtempatkan dikalangan orang2 beriman
upacara itu dibuat dalam suasana yang cukup sederhana
tiada lain acara melainkan membawa turun jenazah dari kapal terbang dan memindahkan mereka ke van jenazah
selepas pintu van ditutup ketika itulah tafakur seminit beserta bacaan al-fatihah dijalankan
dan selesai
van2 pun bergerak keluar
cukup sederhana dan tiada sebarang unsur yang boleh dianggap keterlaluan atau melebihi had dan batasan agama atau budaya

tiada juga cacat celanya kecuali pengulas tv tersalah sebut beberapa kali 'takafur'

MH17 dan Tafakur Seminit

kerajaan ingin menunjukkan kepada rakyat betapa kepimpinan negara ambil berat tentang tragedi malang yang menimpa mh17
sebab itu dibuatnya upacara berkabung negara dan tafakur seminit hari ini serta solat jenazah selepas jumaat apabaila jenazah mangsa tiba
dengan ini bermakna bahawa jika mh370 pun ditemui
beginilah juga penghormatan yang akan diberikan
iaitu penghormatan negara
tentang mengapa tidak dilakukan dengan cara yang sama kepada pejuang2 negara iaitu anggota polis dan tentera yang mati mempertahankan negara seperti di labuan contohnya
itu kerajaanlah yang kena jawab