Thursday 29 May 2014



Ustaz Kazim menyesal tolak jadi MT UMNO
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.

Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.

Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.

“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.

Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.

“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.

“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.

“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.

Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.

Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?

Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.

“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.-29/5/2014

Komen peribadi saya : Saya yakin YAB Dato'Seri Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO boleh menggunakan kuasa dan budibicaranya untuk 're-consider' melantik semula. Kalau pun bukan sebagai AMT, lantik sebagai Pengerusi Biro Agama atau lain2 jawatan yang beliau fikirkan sesuai.

PERKASA London & Europe


PERKASA London & Europe (Bah 1) :-

1) Satu persidangan atau ‘conference’ akan diadakan di London anjuran PERKASA London sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2014 nanti yang melibatkan peserta-peserta dari pelbagai negara dengan kehadiran tokoh-tokoh terulung dan ternama negara seperti YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed, YABhg Tun Daim Zainuddin, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YABhg bekas Ketua Hakim Negara.

Selain memperkenalkan PERKASA, persidangan ini akan memperjelaskan perspektif sebenar isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh media asing antarabangsa seperti isu ‘affirmative action’ yang dikatakan menganaktirikan kaum bukan bumiputra di Malaysia. Selain itu, isu agama Islam, hak-hak keistimewaan pribumi, ekonomi, pemilikan ekuiti dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kepentingan negara akan juga dibentangkan dalam persidangan tersebut.

2) Jumlah keahlian PERKASA pada masa ini ialah 500 ribu lebih dan menjelang akhir tahun ini jumlahnya dijangka mencapai sasaran satu juta ahli. Keahlian di Eropah akan bermula secara beransur-ansur dengan keahlian yang telah didaftarkan seramai 100 orang di London sebagai permulaan.

PERKASA telah menerima banyak permintaan supaya ianya dilancarkan juga di tempat-tempat lain seperti di US, Qatar, Paris, Belgium, Amsterdam, Dubai, Jordan, Mesir, Indonesia, Australia dan beberapa lagi negara lain.

Wednesday 28 May 2014

PERKASA UK & EUROPE


Hari ini YBhg Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan PERKASA pula menyusul ke London untuk urusan pelancaran PERKASA UK & Europe.
Nampaknya dalam diam-diam PERKASA sedang mengatur langkah mengembangkan sayapnya ke UK dan Eropah dalam misinya memperkasakan pertubuhan itu di peringkat luar negera pula.
Saya belum boleh membayangkan sejauh mana kejayaan yang akan dicapai oleh kepimpinan PERKASA melalui sambutan yang akan diberikan di sana tetapi sudah tentulah perancangan seperti ini dirangka dengan rapi dan cermat supaya belanja perjalanan dan penginapan yang mahal tidak menjadi sekadar makan angin berkumpulan sahaja.
Apa pun, syabas diucapkan kepada kepimpinan PERKASA pusat. Didoakan semoga usaha saudara-saudara semua diberkati Allah SWT demi agama, bangsa dan tanah air.

Tuesday 27 May 2014

Sinar Harian Edisi Kelantan


program pada 16 Mei 2014
baru hari ini 28 Mei 2014 terbit dalam Sinar Harian Edisi Kelantan
selepas 12 hari
lambatnya....

YBhg Datuk Hj Kamaruddin Mohd Nor atau DKMN

Saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Jadi yang ke-67 hari ini (28 Mei 2014)
kepada YBhg Datuk Hj Kamaruddin Mohd Nor
Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh

Bekas ADUN Semerak
Bekas Setiausaha Agung ABIM
Bekas Setiausaha Agung WAMY (World Association of Muslim Youths) Asia Pacific yang beribu pejabat di Qatar
yang saya kenali secara rapat sejak awal 70'an
dengan doa semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang usia.
Amin.
Like · · Promote ·

Monday 26 May 2014

PERKASA London?

dalam saya ralek mengkritik PERKASA
tiba2 salah seorang orang kanan PERKASA baru sahaja landing di London awal pagi tadi dengan MH 004 untuk tujuan menubuhkan 'PERKASA London'
wah hebat betul rupanya PERKASA
patut pun Presidennya tak kisah dan senyum sahaja terhadap kritikan2 saya dan juga orang2 lain
jalan tetap juga jalan
dan sekarang jikalau betul di London pun ada PERKASA
ini adalah sesuatu yang diluar dugaan
namun
apa signifikannya maka PERKASA hendak ditubuhkan sampai ke London?
apakah pelajar2 Malaysia di sana ramai yang mahukannya?

kalau betul ramai yang mahukannya
kenapa?

PERKASA dan Perpaduan Orang-Orang Melayu

saya tidak tahu sejauh mana pencapaian PERKASA
kadang2 saya tengok lebih baik pula jabatan2 kerajaan sahaja yang memainkan peranan untuk masyarakat melayu
walaupun PERKASA pada asalnya ingin berjuang untuk
mempertahankan perlembagaan
mempertahankan institusi diRaja
mempertahankan hak dan keistimewaan orang2 melayu
kerana bagi saya
bagaimana mungkin PERKASA hendak mencapai semua itu
jikalau perpaduan dikalangan orang2 melayu itu sendiri pun tidak diutamakan
saya telah lama cadangkan supaya pucuk kepimpinan NGO ini diubahsuai terlebih dahulu
carilah jalan supaya ianya seimbang bukan berat sebelah
dengan adanya bersama tokoh2 dari parti umno dan pas yang memacu arah
jika tidak
lebih baik orang2 melayu bersandar sahaja kepada agensi2 kerajaan yang ada seperti JPNIN
kerana program jabatan ini bukan untuk tujuan perpaduan orang2 melayu dengan orang2 melayu sahaja tetapi ianya juga untuk tujuan perpaduan orang2 melayu dengan kaum2 yang lain
PERKASA akan ditinggalkan dan dipandang sepi
orang2 melayu juga yang akan berkata
walau PERKASA berteriak lantang seperti guruh bunyinya pun
bukit tidak bergoyang dan tidak kemana
berdiri teguh kaku bisu dan pekak
kera dan monyet di atas bukit itu pun buat tak tahu sahaja

(sila komen kerana saya hendak copy & paste ke dalam blog saya)
terima kasih
Like · · Promote ·
  • Lah Pt pada saya tertubuhnya perkasa atas inisiatif seorang yg kecewa dan terlalu mengampu 1)kecewa tak dilantik semula sebagai ketua bahagian pasir mas maka dia marahkan pak lah lalu berpakat dengan pas 2)lepas pru12 dia banyak mengkritik pas dalam hubungan dengan pkr dan dap tp pas tak hiraukan lalu dia isytihar sebagai calon bebas dan tubuhkan perkasa.
  • Zawawi Ghani Pemimpin PErKasA sendiri adalah org yang tidak mewakili semua golongan mcm mana hendak pacu perjuangan ke arah perpaduan. Perkasa sebenar nya di wakili oleh mereka2 yang kecewa dlm politik. Jadi jgn harap lah ada keadilan tampa memihak di dlm perjuangan. . Wallahuallam
  • Fadzilah Sidik oleh kerana banyak tindakan berpihak dan berparti ,perkasa bukan sj tidak dihirau oleh 'musuh' tp tidak dipandang sinis oleh'kawan".
  • Fadzilah Sidik ralat: dipandang sinis

Saturday 24 May 2014

UiTM dan Kami

Saya menjadi agak marah sedikit apabila UiTM dijadikan isu politik kerana selain saya sendiri ITM, anak2 saya juga masuk sptmana berikut:-
sulung masuk UiTM
kedua masuk UiTM
ketiga lepas ting 5 kerja
keempat masuk UiTM
kelima masuk UiTM
keenam masuk UiTM
ketujuh (down-syndrome)
kedelapan (bongsu) ting 6 bawah mungkin akan masuk juga nanti insya Allah
Terima kasih UiTM
kalaulah betul cerita ini
teramat dahsyat
malaysia tak adalah sampai begini sekali layanan majikan terhadap pekerja2 asing
seburuk2 pun tinggal di kongsi yang ada bekalan air dan letrik
 
 
A snippet of an article about Dubai from the Independent:

There are three different Dubais, all swirling around each other. There are the expats, there are the Emiratis, headed by Sheikh Mohammed; and then there is the foreign underclass who built the city, and are trapped here. They are hidden in plain view. You see them everywhere, in dirt-caked blue uniforms, being shouted at by their superiors, like a chain gang – but you are trained not to look. It is like a mantra: the Sheikh built the city. The Sheikh built the city. Workers? What workers?
Every evening, the hundreds of thousands of young men who build Dubai are bussed from their sites to a vast concrete wasteland an hour out of town, where they are quarantined away. Until a few years ago they were shuttled back and forth on cattle trucks, but the expats complained this was unsightly, so now they are shunted on small metal buses that function like greenhouses in the desert heat. They sweat like sponges being slowly wrung out.
Sonapur is a rubble-strewn patchwork of miles and miles of identical concrete buildings. Some 300,000 men live piled up here, in a place whose name in Hindi means "City of Gold". In the first camp I stop at – riven with the smell of sewage and sweat – the men huddle around, eager to tell someone, anyone, what is happening to them.
Sahinal Monir, a slim 24-year-old from the deltas of Bangladesh. "To get you here, they tell you Dubai is heaven. Then you get here and realise it is hell," he says. Four years ago, an employment agent arrived in Sahinal's village in Southern Bangladesh. He told the men of the village that there was a place where they could earn 40,000 takka a month (£400) just for working nine-to-five on construction projects. It was a place where they would be given great accommodation, great food, and treated well. All they had to do was pay an up-front fee of 220,000 takka (£2,300) for the work visa – a fee they'd pay off in the first six months, easy. So Sahinal sold his family land, and took out a loan from the local lender, to head to this paradise.
As soon as he arrived at Dubai airport, his passport was taken from him by his construction company. He has not seen it since. He was told brusquely that from now on he would be working 14-hour days in the desert heat – where western tourists are advised not to stay outside for even five minutes in summer, when it hits 55 degrees – for 500 dirhams a month (£90), less than a quarter of the wage he was promised. If you don't like it, the company told him, go home. "But how can I go home? You have my passport, and I have no money for the ticket," he said. "Well, then you'd better get to work," they replied.
Sahinal was in a panic. His family back home – his son, daughter, wife and parents – were waiting for money, excited that their boy had finally made it. But he was going to have to work for more than two years just to pay for the cost of getting here – and all to earn less than he did in Bangladesh.
He shows me his room. It is a tiny, poky, concrete cell with triple-decker bunk-beds, where he lives with 11 other men. All his belongings are piled onto his bunk: three shirts, a spare pair of trousers, and a cellphone. The room stinks, because the lavatories in the corner of the camp – holes in the ground – are backed up with excrement and clouds of black flies. There is no air conditioning or fans, so the heat is "unbearable. You cannot sleep. All you do is sweat and scratch all night." At the height of summer, people sleep on the floor, on the roof, anywhere where they can pray for a moment of breeze.
The water delivered to the camp in huge white containers isn't properly desalinated: it tastes of salt. "It makes us sick, but we have nothing else to drink," he says.
The work is "the worst in the world," he says. "You have to carry 50kg bricks and blocks of cement in the worst heat imaginable ... This heat – it is like nothing else. You sweat so much you can't pee, not for days or weeks. It's like all the liquid comes out through your skin and you stink. You become dizzy and sick but you aren't allowed to stop, except for an hour in the afternoon. You know if you drop anything or slip, you could die. If you take time off sick, your wages are docked, and you are trapped here even longer."
He is currently working on the 67th floor of a shiny new tower, where he builds upwards, into the sky, into the heat. He doesn't know its name. In his four years here, he has never seen the Dubai of tourist-fame, except as he constructs it floor-by-floor.
Is he angry? He is quiet for a long time. "Here, nobody shows their anger. You can't. You get put in jail for a long time, then deported." Last year, some workers went on strike after they were not given their wages for four months. The Dubai police surrounded their camps with razor-wire and water-cannons and blasted them out and back to work.
The "ringleaders" were imprisoned. I try a different question: does Sohinal regret coming? All the men look down, awkwardly. "How can we think about that? We are trapped. If we start to think about regrets..." He lets the sentence trail off. Eventually, another worker breaks the silence by adding: "I miss my country, my family and my land. We can grow food in Bangladesh. Here, nothing grows. Just oil and buildings."
Since the recession hit, they say, the electricity has been cut off in dozens of the camps, and the men have not been paid for months. Their companies have disappeared with their passports and their pay. "We have been robbed of everything. Even if somehow we get back to Bangladesh, the loan sharks will demand we repay our loans immediately, and when we can't, we'll be sent to prison."
This is all supposed to be illegal. Employers are meant to pay on time, never take your passport, give you breaks in the heat – but I met nobody who said it happens. Not one. These men are conned into coming and trapped into staying, with the complicity of the Dubai authorities.
Sahinal could well die out here. A British man who used to work on construction projects told me: "There's a huge number of suicides in the camps and on the construction sites, but they're not reported. They're described as 'accidents'." Even then, their families aren't free: they simply inherit the debts. A Human Rights Watch study found there is a "cover-up of the true extent" of deaths from heat exhaustion, overwork and suicide, but the Indian consulate registered 971 deaths of their nationals in 2005 alone. After this figure was leaked, the consulates were told to stop counting.
At night, in the dusk, I sit in the camp with Sohinal and his friends as they scrape together what they have left to buy a cheap bottle of spirits. They down it in one ferocious gulp. "It helps you to feel numb", Sohinal says through a stinging throat. In the distance, the glistening Dubai skyline he built stands, oblivious.
— with Wellbeing Well-being and 11 others.

Friday 23 May 2014

YBM Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

"Saying the protesters had crossed the line, Tengku Adnan (pic) said action would be taken against them."

"We will question them. What they did was unethical. We want a peaceful country."

"Tengku Adnan said Umno Youth members were not exempt from disciplinary action if they were found to have breached party constitution."

"If they breached party rules, we will take action. I was not aware as I was outstation (during the incident)."

Komen saya :-
Mungkin pemimpin lain akan menyebelahi anak buahnya atau sekurang2nya diam sahaja tapi Ku Nan ni dia lain sikit.
Saya dah lama perhatikan beliau.
Apa yang tak betul dia tetap kata tak betul walaupun perkara itu dilakukan oleh anak buahnya sendiri.
Syabas YBM Dato' Seri Tengku.

https://my.news.yahoo.com/ku-nan-demands-umno-youth-explain-fracas-dap-041912673.html
Ku Nan demands Umno Youth explain fracas at DAP headquarters
my.news.yahoo.com
 
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has demanded an explanation from the Federal Territory (FT) Umno following chaos involving Umno Youth members outside the DAP headquarters in Kuala Lumpur yesterday.
Saying the protesters had crossed the line, Tengku Adnan (pic) said action would be taken against them.
"We will question them. What they did was unethical. We want a peaceful country.
"To me, whoever holds a protest, let the police handle it, as this country has laws," Tengku Adnan said at the Gerakan by-election campaign operations centre in Teluk Intan today.
Yesterday afternoon, some 50 FT Umno Youth members protested in front of the DAP headquarters in Jalan Loke Yew, threatening to burn the building.
DAP leaders claimed the group had destroyed the party's signboard.
The protesters later handed over a memorandum to party strategist Dr Ong Kian Ming, denouncing Penang's Seri Delima assemblyman R.S.N. Rayer over his "Umno celaka" (Umno be damned) remark.
Tengku Adnan said Umno Youth members were not exempt from disciplinary action if they were found to have breached party constitution.
"If they breached party rules, we will take action. I was not aware as I was outstation (during the incident).
"We leave it to the police. If Umno Youth is wrong, let the police act against them.”
Tengku Adnan, however, took aim at the opposition, saying its elected representatives were exploiting house immunity by saying "whatever they like" during sittings. – May 23, 2014.
 

Dyana dan UiTM


Alam persekolahan saya bermula dengan 'Standard One' di Penang Free School (1960).
Kemudian balik ke Pasir Puteh masuk 'Standard Two' di Kamil English Primary School (NTEP) Pasir Puteh (1961) sehingga 'Standard Six' (1965).
Sjil keluar sekolah atau School Leaving Certificate saya masih tersimpan dengan baik.
Tiga orang kawan saya iaitu Allahyarham Tengku Abd Aziz Tengku Rahim (anak DO Pasir Puteh), Allahyarham Wan Rosli Hj Wan Yusoff (abang ipar Sdr Dr Fauzi Shaffie) dan Tuan Haji Wan Yusoff Hj Wan Hamat (sepupu saya sekarang CEO Petronas di projek RAPID Pengerang) meninggalkan kami untuk ke Malay College Kuala Kangsar atau MCKK.
Saya dan kawan2 lain naik 'Form One' di Kamil English Secondary School atau Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh sehingga 'Form Three' (1968) dengan sijil peperiksaan dipanggil 'Lower Certificate of Education' atau LCE.
Untuk ke 'Form Four' (1969) sebahagian daripada kami ke Technical Institute atau TI, Kuantan termasuk saya sehingga 'Form Five' (1970) dengan sijil peperiksaan dipanggil 'Malaysia Certificate of Education' atau MCE.
Untuk seterusnya, sebahagian daripada kawan2 saya ke Technical College atau TC, Jalan Gurney, (sekarang UTM Jalan Semarak) Kuala Lumpur.
(saya sakit teruk masa Form Five dan tidak dapat hadir sekolah hampir satu tahun jadi saya terpaksa 'repeat' Form Five pada tahun 1971).
Kawan2 saya yang sebahagiannya lagi ke Ungku Omar Polytechnic, Ipoh termasuk saya.
Selepas dari sana saya ke ITM Shah Alam (sekarang UiTM).
Ini bermakna saya bersekolah dari 'Standard One' (1960) sampai ke Ungku Omar Polytechnic (1972) dalam aliran Inggeris dengan semua mata pelajaran pun dalam Bahasa Inggeris.
Ini juga bermakna bahawa dalam kelas bersama saya dari 1960 sehingga 1972 (13 tahun) sebahagiannya adalah murid2 cina dan juga india terutamanya masa di TI dan Ungku Omar.
Bila ke ITM, semua melayu kecuali segelintir dari Sabah dan Sarawak walaupun semua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris juga lagi.


Komen Pertama saya tentang kenyataan Sdri Dyana Sofya :-
Sememangnya apabila kita bersama dengan bangsa lain dalam satu darjah, suasana pergaulan tidak seperti dengan bangsa sendiri.
Persaingan menjadi lebih mencabar tetapi bermanfaat. Walau bagaimana pun, subjek agama, BM dan juga budaya serta cara hidup kita sebagai orang melayu dan beragama Islam tidak sedikit pun terganggu dan terjejas walaupun kami bergaul sebagai kawan2 rapat. Kami makan bersama, belajar bersama, berpersatuan bersama, main bersama dan tidur sebilik tanpa sebarang masalah sepanjang masa sehingga tamat belajar.
Bahkan boleh dikatakan saya sendiri lebih rapat dengan kawan2 cina berbanding dengan kawan2 melayu pada masa itu sehinggakan kawan2 melayu saya tukar nama saya kepada 'Mah Ah Lek' kerana saya rapat dengan seorang kawan cina yang bernama 'Mah Ah Kow'.
Dari sudut kemajuan pelajaran pula, sudah tentulah pelajar2 cina dan india rata2 dalam kelas mana2 pun lebih handal dari pelajar2 melayu dan jurusan yang agak susah sedikit pada masa itu sudah tentulah lebih ramai pelajar cina dalam kelas itu. Saya masih ingat dalam kelas 'Building' (kelas saya) dan 'Mechanical' (salah seorang murid kelas ini ialah YBhg Tan Sri Dato' Seri Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB sekarang, di sekolah ini beliau ialah Presiden Persatuan Bahasa Melayu, persatuan yang paling aktif, manakala saya sebagai Setiausaha persatuan) nisbah pelajar melayu dan cina agak seimbang tetapi dalam kelas 'Electrical' nisbahnya tidak seimbang apabila jumlah pelajar cina jauh lebih ramai berbanding pelajar melayu. Saya tidak tahu mengapa tetapi mungkin kerana mereka lebih rajin mentelaah buku berbanding dengan pelajar2 melayu.
Walau bagaimana pun prestasi pelajar2 melayu bukanlah jauh sangat ketinggalan dari mereka. Ada juga yang setaraf. Sewaktu saya di Ungku Omar contohnya, semua lapan mata pelajaran dikuasai oleh seorang pelajar cina setiap kali peperiksaan. namun beliau terpaksa mengalah kepada satu mata pelajaran iaitu 'Land Surveying' apabila saya yang menguasainya setiap kali dikeluarkan keputusan peperiksaan.


Komen Kedua saya tentang kenyataan Sdri Dyana Sofya :-
Saya bersetuju apabila dikatakan percampuran pelajar diantara melayu dan bangsa2 lain di dalam satu darjah boleh memberikan cabaran kepada pelajar2 melayu untuk lebih maju lagi.
Walau bagaimana pun, pada hemat saya ITM (sekarang UiTM) diwujudkan pada asalnya bukan semata-mata dengan tujuan untuk memisahkan pelajar2 melayu dari pelajar2 bangsa lain tetapi ianya adalah untuk menampung pelajar2 melayu yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian akademik akibat latar belakang kehidupan keluarga mereka. Mereka terdiri daripada pelajar2 melayu yang kurang berkelayakan untuk memasuki institusi2 pengajian tinggi awam yang lain seperti UM, UKM, USM, UTM dan lain2. Mereka ini diberikan peluang untuk meruskan pengajian mereka sepertimana juga pelajar2 yang memasuki institusi2 pengajian tinggi awam yang lain itu kerana dianggap potensi masa depan mereka masih juga sama jika diberikan tempat yang saksama.
Oleh itu, walaupun ITM sudah dinaiktaraf dan ditukar kepada nama UiTM sepertimana sekarang, dasar itu masih lagi dikekalkan dan inilah sahaja satu2nya pusat pengajian tinggi awam yang ada untuk pelajar2 melayu yang kurang bernasib baik itu. 


Nasihat dan saranan saya kepada Sdri Dyana Sofya :-
Sentuhlah isu2 lain tetapi janganlah terlalu diusik UiTM sepertimana juga orang2 melayu tidak terlalu mengusik UTAR.
Jika pun Sdri menang dan menjadi Ahli Parlimen, janganlah terlalu terbawa2 dengan sikap hendak bermain dengan api perkauman kerana ahli keluarga anda pun melayu juga.

 
Salam dan terima kasih kepada semua kerana sudi membaca.


Dari
Wan Malek
bekas pelajat ITM Shah Alam zaman awal 70'an.
__________________________________________________________________________
berikut ialah copy & paste terdahulu dari Facebook :-


Bunyi mcm kit siang yg punya skrip...undilah barisan nasional...bukan sec kpd kit siang...
Like · · Promote ·

Thursday 22 May 2014

Agen Perpaduan Orang-Orang Melayu

siapa agen sebenar kearah penyatuan orang2 melayu melalui dua parti terbesar orang2 melayu iaitu umno dan pas?
sila bahaskan secara rasional
terima kasih
Like · · Promote ·
  • Wan Malek biar saya sendiri wat mula:
    saya berpandangan bahawa agen sebenar ialah orang2 diperingkat akar umbi itu sendiri
    bukan pemimpin mana2 parti politik diantara dua itu
    saya berkata begini ialah kerana
    jika pun pemimpin kedua2 parti ini mahukannya
    tetapi asas di peringkat akar umbi belum bersedia dan kukuh
    matlamat penyatuan akan tetap menjadi sukar
    oleh itu
    buat pada masa ini
    program diperingkat akar umbi hendaklah dipergiatkan dari masa kesemasa kearah matlamat dan tujuan itu secara bijak dan berkesan
    sudah tentulah ianya bukan sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dalam masa yang singkat
    ianya memerlukan masa dan penglibatan semua pihak dari kedua2 belah parti politik
    saya nampak satu ccontoh program yang baik ialah melalui JPNIN
    walaupun jabatan ini ialah sebuah jabatan kerajaan pusat
    namun jabatan ini berada terus dibawah JPM
    maka
    jika pun apa sahaja program dibawahnya seperti program KRT
    tidak melibatkan mana2 pemimpin parti UMNO
    JPNIN sendiri masih mampu menjalankan programnya dengan lancar dan berkesan
  • Wan Malek oleh itu
    agen sebenar bagi saya buat permulaan ini diperingkat akar umbi
    ialah orang ramai itu sendiri
    dan orang2 ini sebahagiannya hendaklah bukan terdiri daripada yang terlalu kuat memegang kepada dahan politik parti yang dianggotainya
    dan kalau boleh orang2 yang 'non-partisan'
    yang sangat mendalam minat mereka terhadap perpaduan orang2 melayu melalui dua parti terbesar orang2 melayu ini
  • Wan Malek untuk kerja seperti ini
    saya berani berkata bahawa
    orang2 melayu tidak mempunyai satu pun NGO
    yang boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas ini
    termasuk PERKASA
    walaupun PERKASA ialah NGO orang melayu yang besar
  • Wan Malek pemimpin mana2 parti parti politik diantara keduanya tidak juga boleh diharapkan kerana mereka sudah tentu berbuat apa2 pun dan pada bila2 masa pun, hanyalah untuk kepentingan parti mereka sahaja
    mereka hanya mahukan supaya parti mereka menang pilihanraya sahaja
    sekali gus bercita2 untuk menjadi YB jika menjadi calon
  • Wan Malek oleh itu kesedaran kearah matlamat ini tidak ada dikalangan pemimpin politik terutama mereka yang memegang jawatan YB
  • Wan Malek agenda ini bukan mudah tetapi bukan mustahil sehingga sampai kiamat pun tidak boleh dicapai
    apa yang penting ialah usaha hendaklah dimulakan secara bersama dan secara beransur2 dan berpeingkat2
    bekas2 pemimpin dari kedua2 parti ini boleh merintis jalan kerana mereka bukan lagi pemimpin parti dan YB
    sementara orang2 diperingkat akar umbi melakukan juga usaha ini secara bersama mengikut kemampuan yang ada pada mereka
  • Wan Malek saya lebih kepada mempercayai bahawa walaupun asas perjuangan parti umno dan pas berbeza dengan sangat ketara
    namun jalan kearah mencapai penyatuan tetap juga ada
  • Fadzilah Sidik tak perlu ejen hanya isu diperlukan.bila tersepit baru bersatu..
  • Wan Malek dilubuk hati setiap orang melayu tetap ada satu perasaan dan keyakinan bahawa dua adalah lebih baik daripada satu
    buat apa kita berpisah hanya kerana ideologi sedangkan dalam masa yang sama perpecahan ini boleh mengakibatkan negara pun dijajah oleh orang lain nanti
  • Wan Malek bibit2 perpaduan ini sebenarnya sudah menjelma sejak akhir2 ini diperingkat akar umbi
    kerana pemikiran orang2 melayu sudah tidak lagi seperti dulu
    tinggal lagi kadang2 diganggu oleh pemimpin2 yang masih mementingkan diri sendiri
  • Wan Malek bagi saya agen boleh memainkan peranan yang berkesan, sesetengah isu ada yang boleh membawa kesan kesedaran tetapi lebih banyak isu yang dipergunakan oleh pemimpin2 politik untuk kepentingan mereka sahaja
    about a minute ago · Like
    • Wan Malek silakan kawan2
      saya nak c & p ke dalam blog saya
    • Zakinor Musa Ambo bersetuju ttng krt. Krt salah satunya yg dapat menjadi agen perpaduan di kalangan masarakat setempat. Bilamana aktiviti krt di jalankan, penglibatan daripada semua panduduk adalah sangat mengalakan tanpa mengira latar politik. Disini dapat dilihat silaturahim masih utuh. Tapi bilamana mereka di tarbiah oleh pemimpin politik parti mereka jdi keliru lebih parah lagi sanggup memutuskan silaturahim yg sedia terjalin.
      Disini ambo melihat ruang perpaduan dan penyatuan amat jelas terhidang hanya memerlukann sedikit sentuhan dan kerjasama tangan ajaib bagi mencapai matlamat perpaduan di kalangan rakyat. Ambo maksudkan tangan ajaib ialah orang yg dapat membantu membiayai sebagian daripada kos program yg di jalankan. Pemimpin yg berjiwa rakyat mesti mengambil peluang yg terhidang untuk memupuk perpaduan dan kerjasama di kalangan rakyat..
      Tapi di manakah pemimpin itu di kala rakyat menagih sentuhanya.
      9 hrs · Unlike · 1
    • Pak Ya kamkang molek Tok Wan Malek... jange lamo sangat nanti tentera ambil alih supo Thailand...
      7 hrs · Unlike · 1
    • Pak Ya ambo ada Thailand ni... lepas pukul 9 malam tak lih berkeliaran dah weh..
      4 hrs · Unlike · 1
    • Zakinor Musa Sepatutnya pemimpin setempat menyokong gerakerja ke arah perpaduan.napoknyo mereka seakan tidak sealiran dgn selogan perpaduan yg di canangkan di peringkat nasional. Perpaduan dan penyatuan ummah tidak dapat di capai tanpa kerjasama dari semua peringkat. Ketepikan ego dan darjat demi perpaduan dan penyatuan melayu islam sejagat.
      4 hrs · Unlike · 1