Monday 30 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 29)
Presiden tidak bertanding
Timbalan Presiden pun tidak juga
paling atas bertanding bermula dengan Naib Presiden
dari tiga penyandang
tiga mencabar
penyandang tidak menjelajah keseluruh negara berkempen
sebab sudah bertahun2 membuat kerja ke sana ke mari
maka semua orang sudah kenal mereka
pencabar kena round jumpa perwakilan
itu perkara biasa kerana mereka perlu berkempen untuk menentang penyandang
begitu jugalah diperingkat Bahagian
penyandang tidak perlu berkempen sebenarnya
kerana sudah bertahun2 ke sana ke mari membuat kerja
tetapi pencabar kena jalankan kempen
yang saya rasa pelik sikit di tempat saya
pencabar nampak 'cool' dan 'relax'
tetapi penyandang macam kucing jatuh anak
masuk kampong keluar kampong berkempen
anak2 buahnya pun sibuklah memaparkan setiap inci pergerakan bosnya ke dalam FB
kononnya bosnya itu kuat bekerja dan perlu disokong untuk terus menerajui Bahagian
apakah tandanya itu?

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 28)
ni yang buat saya suka kpd tun madey....
"Sebab itu ahli2 UMNO yang berkuasa menentukan siapa menjadi pemimpin, perlu mengambil kira pendapat orang di luar UMNO juga"
termasuk orang2 seperti saya dan Ir. Mat Kamil Awang

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 27)
Nak tergelak saya bila melihat gambar2 yg dipostkan oleh kawan2 yg nak bertanding dlm pemilihan umno kali ini bersama menteri,Timb.Menteri MB konon nak menunjukan mereka 'gam; dgn pak menteri itu.Ada pula kawan2 di bahagian post gambar bersama ketua bhg yg sebenarnya belum selamat konon nak tunjuk pada perwakilan yg mereka org ketua bahagian atau 'gam' dgn bos mereka.Saya cuma nak ingatkan bahawa perwakilan dikpg2 kerja walau kerjanya motong getah@tanah padi malah jual sayur ditepi jalan, mereka sebenarnya 'Bukan Bodoh' yg boleh ditipu setiap 5 tahun sekali.Ada calun dari ajk bahagian baru nak jumpa ahli setelah 4-5 tahun tak nampak muka di bhg,sekarang bukan main sebok, keluar masuk kampong dgn pesanan "pilihlah saya kali ini utk buat perubahan" sedangkan dah bertahun ada jawatan itu. Kenduri besok pun datang hari ni, tengah sakit pun dikatakan dah mati. Saya ada banyak gambar macam itu , malah dgn PM & TPM pun saya ada, tapi saya tak akan guna gambar2 tersebut utk pancing undi, tapi saya akan berikan gambar2 perkhidmatan saya kepada ahli & masyarakat sepanjang saya dipilih sebagai timbalan ketua bahagian,kerna saya tahu perwakilan Bukan Bodoh! Mereka Tidak Boleh Ditipu.salam

Terbitatan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 26)
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya nak di pilih ke Majlis Tertinggi UMNO bukannya nak berada dlm Majlis itu main suka-suka. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat dasar dengan berapa orang punya tanggung jawab sendiri mengikut garis Perlembagaan UMNO. Tugas saya hendak kembalikan semula dasar yang lama 'dasar parti menguasai kerajaan' Kini dasar kerajaan lain, dasar parti lain. ada dasar yang Majlis Tertinggi UMNO pun tidak tahu. sehingga dasar Kerajaan yang diumumkan oleh Menteri di bantah oleh UMNO, dan akhirnya Kebinet menolak pula dasar itu. Maka akhirnya ahli UMNO2 tak tahu siapa yang memerintah negeri ini.. Perdana Menteri?, Menteri? atau Parti Kompenen dlm BN atau siapa? Maka kembalikan semula, yang hanya UMNO yang memerintah.. dasarnya di setujui oleh parti Kompenen. Jadikan Majlis Tertinggi UMNO sebagai wadah mesyuawarah untuk kepentingan Melayu dan bukan bincang perkara yang remeh.

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 25)
Saya masih mengamalkan apa yang dikata oleh Tun Dr Mahathir Mohemad satu masa dulu, "seorang pemimpin bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih" Maka jika bersih dari politik wang tetapi tidak dilihat bersih dari politik wang akan juga bermasalah. Baik bersihkan diri dari politik wang dengan tidak berkempen mencari sokongan.. kerana orang saperti saya sudah 13 tahun mengabdi diri dgn UMNO Bandar Tun Razak perlukah lagi nak berkempen, bagi wang dan belanja makan minum, Jika saya lakukan, ini memberi erti bahawa masa saya memegang jawatan telah mendapat banyak imbuhan langsung dan tidak langsung dari projek yang saya terlibat. Maka saya sayangkan jawatan ini kerana dia sumber kehidupan saya. Jika saya tidak bergantung kehidupan dengan jawatan dlm UMNO untuk apa saya bimbang kalah dan menang. Jika saya tidak terlibat dengan salah laku itu.. kenapa saya perlu berkempen? Terserahlah kepada perwakilan. Saya berterima kasih dan hargainya keputusannya.

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 25)
Posting Pilihan Dari Facebook
Ada kawan2 dalam FB yang bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh
Ada yang aktif
ada juga yang tidak
yang aktif pula
ada yang banyak berinteraksi
ada juga yang cuma ucap salam dan selamat sahaja tiap-tiap hari
kalau pagi diucapnya salam dan selamat pagi
kalau petang diucapnya salam dan selamat petang
kalau malam diucapnya salam dan selamat malam
itu sahaja kerjanya tiap2 pagi, tiap2 petang dan tiap2 malam
idea lain tak ada
kalau ditanya apa2
beliau tidak pun menjawab dengan baik
kalau dicadangkan apa2
beliau tidak pernah pun memberikan sebarang respon
tapi beliau nak menang dan hari2 sudah berkempen sekarang
dengan memaparkan nombor calonnya
saya rasa UMNO Bahagian Pasir Puteh akan rugi
jika orang yang terlalu pendiam seperti ini dipilih
orang seperti ini biasanya akan menjadi 'yesman' sahaja
yang hanya tahu mengangguk sahaja
selain daripada salam dan selamat pagi atau petang atau malam

Terbitan Khas

Makluman Khas:
Saya bercadang nak buat satu perjumpaan khas secara santai di KL
selepas pemilihan UMNO ini bersama beberapa orang kawan2 FB yang telah dikenalpasti
tujuan perjumpaan ini hanyalah sekadar nak mengenali kawan2 FB ini secara lebih dekat kerana saya hanya mengenali mereka dalam FB tetapi tidak pernah berjumpa
insyaAllah saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya nanti.
Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 24)

PEMILIHAN UMNO: ANTARA WANG POLITIK DAN POLITIK WANG

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?

Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Jika ini pun dikira politik wang, maka bagaimana kempen boleh dilakukan oleh calon yang bertanding? Dan tanpa kempen, bagaimana perwakilan boleh tahu seseorang calon itu mempunyai wibawa atau sebaliknya? Aduh! Jika begini, ertinya masih jauhlah UMNO dari mencapai transformasi yang diharapkan oleh ahlinya. Jika beginilah sekatan kempen dalam pemilihan parti UMNO, ertinya masih jauhlah untuk UMNO berubah ke arah 'transformasi' yang sesuai dengan tuntutan politik semasa.

Hairannya lagi, apabila musim pilihan raya parti yang berbelanja besar memberikan kain sarung, rokok dan wang tambang pulang mengundi tidak pula dikatakan sebagai politik wang, jauh sekali untuk menyatakannya sebagai rasuah politik. Inilah yang peliknya pada saya. Ingatlah, dalam pemilihan tanpa kempen dan kos politik, maka itu adalah pertandingan yang sakit. Sakitnya bukan ringan, tetapi sakit yang tenat kerana pemilihan diadakan tanpa perwakilan mempunyai maklumat yang mencukupi tentang wibawa calon yang bertanding.

Politik wang bukan soal calon berbelanja untuk meraikan pengikut mereka. Politik wang ialah menggunakan wang untuk membeli kuasa politik, dan menggunakan kuasa politik untuk mendapat wang. Misalnya, terdapat seramai 269 calon menarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober ini setelah mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu.

Persoalannya, adakah mereka ini ikhlas menarik diri atau berbuat demikian kerana didesak supaya menarik diri atau ada ganjaran tertentu? Hal ini ‘mungkin sesuai’ untuk disiasat atas andaian calon yang menarik diri tersebut ‘mungkin’ didesak atau diberi ganjaran. Saya tidak menuduh, cuma memberi contohnya sahaja untuk memahami konteks politik wang yang sesuai.

Tetapi jika calon sekadar berbelanja dan memberikan wang kepada penyokong mereka untuk bekerja dan berkempen bagi mendapatkan sokongan, maka itu adalah wang politik. Di negara maju, wang politik ini dipanggil kos politik atau ‘political financing’ yang dibenarkan.

Jadi, mengapa kita perlu terlalu takut dengan politik wang ini sehingga menyekat kreativiti calon yang bertanding untuk berkempen secara bebas dan sihat? Bilakah politik kita boleh maju jika definisi politik wang kita masih belum jelas sehingga kini? Atau apakah politik wang ini hanya terpakai untuk calon yang tidak ada jawatan sahaja kerana bagi calon yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti, mereka boleh berselindung di sebalik jawatan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan ahli atau perwakilan atas alasan menjalankan tugas rasmi kerajaan dan parti? Saya tidak mengerti tentang hal ini.

Selepas pemilihan UMNO kali ini, sudah sampai masanya kita melihat semula definisi politik wang untuk membezakannya dengan istilah wang politik. Ingatlah, dalam sebuah sistem demokrasi, politik tidak boleh maju jika semua peraturannya dikawal oleh mereka yang berkuasa sahaja.

UMNO, berubahlah ke arah membenarkan kempen yang sihat dalam pemilihan, bukannya mengenakan sekatan kempen yang ketat! Itulah sebenarnya semangat pindaan peraturan pemilihan parti yang dibuat empat tahun lalu.

Sunday 29 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 23)
Saya tidak tahu kepada siapa Prof Madya Datuk Dr Agus tujukan teguran beliau ini tetapi sudah tentulah beliau menegur kerana ada segelintir pemimpin negara yang masih mengamalkan sikap yang tidak profesional ini.

Saya sangat bersetuju dengan pesanan seperti ini, apalagi jika ianya dari seseorang yang berpendidikan tinggi. Teguran seperti ini sudah tentulah jarang disampaikan kerana yang banyak ada ialah mereka yang suka membodek demi kepentingan diri sendiri.

Pada masa pemilihan seperti ini, perwakilan harus bijak memilih calon-calon yang hendak dijadikan pemimpin. Mereka harus mengenali rekod dan latar belakang setiap orang yang hendak dipilih itu, bukan mengikut telunjuk orang lain. Jika orang yang diarah supaya dipilih itu memang rekod dan latar belakangnya baik, maka undilah orang itu. Jika tidak, anda sebenarnya berpura-pura dan menipu diri sendiri sahaja kerana naiknya seseorang pemimpin itu adalah dengan undi anda. Oleh itu, jika tersalah pilih, akibatnya anda jugalah yang akan merasainya. Kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Pada masa ini, semua calon yang bertanding mencari anda. Ada yang dekat, ada yang dari jauh. Seperti di tempat saya, sudah ada calon-calon yang bertanding datang dari jauh. Ada yang dari Kuala Lumpur, ada dari Sabah, ada dari Perak, ada dari Negeri Sembilan dan lain-lain tempat. Kalau dahulu, mereka hanya perlu tunggu di Kuala Lumpur semasa perhimpunan diadakan sahaja, tetapi kali ini mereka terpaksa berjalan dan merantau mencari sendiri perwakilan. Masa yang ada harus digunakan dengan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan perwakilan. Masa dan wang dikorbankan.

Pada 19 Okt 2013 nanti, mereka tidak lagi boleh berjumpa dengan perwakilan. Yang boleh dilakukan hanyalah menghantar pesanan ringkas.

Tiada siapa yang tahu bagaimana calon-calon ini berjumpa dengan perwakilan. Apakah pertemuan itu sekadar dengan acara majlis makan minum sahaja atau pun ada juga yang 'menambah kekuatan' pertemuan itu dengan menghulur 'buah tangan'?. Atau mewakilkan seseorang untuk menyampaikan 'buah tangan' itu kepada perwakilan? Tiada siapa yang tahu dan melihatnya kecualilah pihak yang menerimanya sahaja mendedahkannya. Itu pun hanya perwakilan yang sangat berani sahaja mampu melakukannya. 

Disinilah ruangnya yang diperlukan keberkesanan tugas dan tanggungjawab pemantau bagi pihak Badan Disiplin parti. Mereka hendaklah dari orang-orang yang sudah masak dengan perangai calon-calon yang bertanding itu. Bukan semua calon akan melakukan 'jenayah' ini. Mereka yang sudah diketahui dan dikenalpasti tidak pernah melakukannya, tidak perlulah diberikan perhatian, tetapi mereka yang ada rekod hendaklah dipantau setiap hari dan di mana sahaja beliau berada. Calon-calon seperti ini sudah tentu akan tetap melakukannya walau sekeras mana sekali pun larangan kerana itulah sahaja jalan baginya untuk mendapat undi.

Tindakan tegas harus diambil terhadap pesalah-pesalah yang dibuktikan bersalah. Mereka tidak harus dibiarkan jika benar-benar UMNO hendak membersihkan dirinya. Dengan cara ini sahajalah baru UMNO akan mendapat tempatnya semula di hati orang-orang melayu. Orang-orang melayu bukan membenci UMNO tetapi mereka sebenarnya membenci pemimpin-pemimpinnya yang rasuah dan berkepentingan. Orang-orang melayu seperti ini tetap akan menyokong semula UMNO jika usaha untuk 'menghapuskan' mereka dilakukan dengan serious dan berkesan.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas
Semerak


Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 22)
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini saya terasa sayu, bila minum pagi di Tanglin di Belakang Masjid Negara.. seorang yang saya kenal sebagai ahli UMNO di Bahagian saya di Bdr Tun Razak, membayar minum pagi saya, walau pun nilai yang saya minum tidak mahal tetapi pembayaran itu menginsafkan saya akan sekian lama, saya sedari bahawa ada juga ahli2 UMNO yang menghargai saya. Salepas membayar minuman saya.. dia datang berjumpa saya dan berkata.. Saya akan undi tuan kedua sekali, Naib Ketua UMNO Bahagan dan Majlis Tertinggi, saya pun dah minta yang lain undi tuan, ujarnya. Saya kata padanya, saya mohon maaf kerana tidak berkempen dan berjumpa perwakilan UMNO Bahagian dan juga bagi wang. Dia membalas kata saya sebelum pergi, mereka itu gunakan wang untuk tidak berkerja dan berkhidmat saperti tuan. Alhamdulilah ada juga ahli UMNO yang masih boleh berfikir dikawasan saya.

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 24)
Posting Pilihan Dari Facebook

bukan kerana dia adik saya
tetapi kerana beliau sebenarnya layak bertanding di naib
tetapi menarik diri
kerana terlalu ramai yang telah menawarkan diri
jadi bila saya dapat tahu dia turun ke AJK
saya bersetuju dgn tindakan beliau
kerana ajk bahagian pun perlu diisi
oleh mereka yang berpengalaman dan berpelajaran
mereka yang tidak
seeloknya berilah laluan
kerana umur masih muda
perlu lagi masa untuk belajar di peringkat yang lebih bawah
dan jika anda kontraktor kelas F yang baru contohnya
lebih baik tumpukan kpd kerjaya baru anda itu
supaya orang tidak kata
anda hanya pandai dapatkan projek melalui parti
sebab itulah anda hendak bertanding juga
walau anda sendiri pun tahu
anda jauh daripada layak
oleh itu berikanlah laluan
kepada orang2 seperti Cikgu Wan Ziz Noh ini
kerana beliau pun bekas SU Bahagian

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 21)
Di Semerak
dulu ada juga pelajar2 sekolah dan orang ramai
lewa ikut belakang balai jika tak pakai topi keledar
sekarang dah jadi macam bandar Pekan
semua pelajar sekolah dan orang ramai
lalu selamba sahaja di depan balai dengan tidak memakai topi keledar
OCS pun kata
lalu lah
jangan lalu depan saya sudah
dia kata
susah dengan orang kampong yang tak sekolah ni
bukan dia tak tahu undang2
dia tahu
tapi kalau kita tahan dan marah atau saman
dia kata kita agah pulak

begitu jugalah apa yang terjadi kepada peraturan pemilihan UMNO
di Semerak
perwakilan bukan tidak tahu bahawasanya
suasana kempen pada kali ini bukan boleh dibuat seperti dahulu lagi
bukan sahaja wang yang tidak boleh diterima
bahkan majlis makan pun tidak lagi dibenarkan
apalagi jika yang terlibat ialah calon2 yang bertanding itu sendiri
tetapi peraturan ini sudah jadi macam cerita di atas itu
kalau di depan balai polis pun
orang masih lalu juga dengan motosikal tanpa memakai topi keledar
sebab sudah lama berbuat begitu dari dahulu lagi
maka peraturan pemilihan pun begitu juga
maka pada hari ini
di Tok Aman Bali Resort
ada calon mt dari luar Kelantan yang datang ke semerak
untuk makan tengah hari bersama Ketua Bahagian dan perwakilan2

Komen peribadi saya:
saya cadangkan agar majlis2 makan calon2 yang bertanding bersama perwakilan
seperti makan tengah hari atau malam atau hi-tea
dibenarkan dan tidak diambil kisah oleh Lembaga Disiplin parti
kerana ianya hanyalah sekadar perjumpaan untuk beramah mesra sahaja
apalagi untuk orang2 kampong yang menjadi perwakilan
mungkin inilah sahaja peluang mereka
untuk sekali sekala berjumpa dengan orang2 besar
dan merasa hidangan dan suasana tempat yang berbintang seperti di Tok Aman itu
kecualilah jika majlis seumpama itu diseliti dengan aktiviti kotor 'politik wang'
maka tindakan tegas harus diambil juga terhadap pesalah
tanpa amaran dan tolak ansur
jika ada saksi dan bukti yang jelas

Friday 27 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 20)

Orang Pasir Puteh mana2 yang bertanding tak berani untuk saya kempen
ada yang telefon minta supaya saya jangan kempen dalam facebook atau blog
saya kata
kalau macam tu
biar saya sahaja yang tulis sendiri
awak diam
yang menulis ialah saya
blog pun blog saya
dan saya akan bertanggungjawab ssepenuhnya
kerana apa yang saya tulis tiada mengena dengan sesiapa
tiada saya meminta dari sesiapa
dan tiada sesiapa yang meminta
saya penganalisis dan pengkritik bebas
tidak tetakluk kpd peraturan2 yang termaktub itu
Like · · Promote ·

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 19)
Apa tagline awak? ..'Penyokung Presiden UMNO' apa motto awak? 'DASAR PARTI MENGUASAI KERAJAAN' Berapa no calon dlm senarai calon MT untuk di pilih? No 46.. Awak yakin di pilih.. 'penuh yakin'. Bagaimana awak begitu yakin? 'kerana saya di sokong oleh ahli2 UMNO yang tak terima dan menolak 'politik wang'. Dalam UMNO apa jawatan awak? Saya bekas Setiausaha UMNO Bahagian dua kali di Bdr Tun Razak, juga pemegang rekord UMNO dua kali kena pecat keahlian dlm UMNO dan sekarang Ketua UMNO Cawangan Perumahan Awam Sri Labuan. okey terima kasih.
Like · ·