Sunday 28 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Pesan Orang Tua2:
(Khas utk mereka yg menggelarkan diri sebagai penggerak parti UMNO)
Bukan semua yang dibuat oleh UMNO dan BN itu betul
bukan juga semua yang dibuat oleh PAS dan PR itu salah
namun
apabila dilihat sesuatu itu betul di pihak lawan
kenapa kita tidak boleh memperakuinya sebagai betul?
kenapa kita hendak sempitkan pemikiran kita
apa sahaja yg betul pun dianggap salah
hanya kerana berbeza pegangan politik?
bukankah kalau yg betul itu tetap juga betul?
dan tidak salah jika dijadikan contoh untuk kita
sikap keterbukaan jarang ada dikalangan kita
hari2 hanya mahu mengampu dan membodek
supaya dilihat seperti kuat bekerja
namun hasil sebenarnya tidak kemana

Friday 26 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong:
orang umno semerak sudah tentu memilih cg awi
begitu juga orang pas semerak memilih wan hassan
tinggal lagi yg takdak parti
yg atas pagar 
dan yg muda 
merekalah yg belum pasti
ada kata ramai kpd cg awi 
ada juga kata ramai kpd wan hassan
saya tengah buat survey melalui rangkaian atau networking psr saya
apa pun
kekuatan wan hassan semakin terserlah 
dengan sokongan yg semakin bertambah 
dari golongan pengundi luar dan atas pagar di kl 
yg jumlahnya bukan sedikit
dalam hal ini kita sudah tidak boleh buat apa2 lagi 
kerana wan hassan sudah bertahun2 'mengikat' mereka 
sedangkan kita tidak buat apa2 selama ini 
secara berfokus dan berkesan
inilah akibatnya apabila
kumpulan perancang dan pemikir
diketepikan

Thursday 25 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong:
Mungkin oleh kerana kerjaya saya ialah dalam bidang 'survey'
maka dalam politik pun saya berminat untuk membuat kerja2 survey juga
sebab itu saya ada 'networking PSR' saya yg tersendiri
walau bagaimana pun
disamping PSR ini
saya ada juga melakukan usaha 'temubual'
dengan orang2 tertentu dikesempatan yg ada
orang2 yg saya pilih ialah mereka yg boleh dikategorikan
sebagai 'hardcore' ahli UMNO dan juga veteran
mereka ini tidak akan merelakan sesiapa pun mengkritik UMNO
walau dengan apa cara sekali pun
namun
mereka terpaksa akhirnya akur juga kepada satu dimensi politik yg benar
apabila saya meminta mereka memilih
untuk samada bercakap sebagai ahli UMNO atau sebagai seorang pemerhati bebas
kerana
kalau bercakap sebagai ahli UMNO
saya sendiri pun akan setiap hari bangun dari tidur
mandi sambil bernyanyi
dan turun tangga dengan megah dan bangga
kerana semalam bermimpi parti sendiri sudah pun menang
dengan majoriti yg sangat besar
mimpi sama yg setiap malam dialami oleh jentera parti
setelah memahaminya
orang2 yg saya temubual itu
akhirnya mengakui
bahawa kedudukan sekarang
adalah 50 : 50
orang2 seperti ini sahajalah yg boleh memahami maksud nisbah ini
jentera parti sudah tentu tidak
kerana mereka terhalang daripada melihat kenyataan

Wednesday 24 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong:
ada satu sms yang telah saya terima
dari nombor yg saya tidak kenali
bertanyakan saya
adakah sesiapa menghubungi atau datang ke rumah
saya sekadar menjawab sms itu dgn jujur dan ikhlas
bahawa sejak 20hb
tidak seorang pun dari kalangan jentera parti sendiri
menghubungi saya
baik secara sms atau panggilan
tidak seperti pilihanraya yg lalu
lalu saya pun bertanya pula kawan2 yg lain
terkejut saya
rupa2nya mereka pun begitu juga
mereka berkata
mungkin stadium sudah penuh
maka tiket pun sudah habis
oleh itu
kita berdiri di luar
sambil menonton 'skrin besar' sahajalah
ada pula yg berkata
'mungkin undi kita tidak diperlukan'
oleh kerana majoriti kemenangan
sudah pun diyakini besar

Terbitan Khas PRU13

Pesan Orang Tua2:
Kempen pilihanraya rumah ke rumah yg sebenar
ialah orang UMNO datang ke rumah orang PAS
Orang PAS pula datang ke rumah orang UMNO
kalau orang UMNO datang ke rumah orang UMNO
dan orang PAS pula datang ke rumah orang PAS
itu namanya ziarah 'pok kor angguk'
sebab itu saya menganggap ziarah seperti itu
hanyalah membuang masa sahaja
sebab itu jugalah
saya harap
tiada kawan2 yg merasa hairan
jika orang2 PAS datang berkunjung ke rumah saya
walaupun saya orang UMNO
dan rumah saya lebat dgn poster dan bendera BN
kerana saya hendak
jentera BN pergi ke rumah orang2 PAS pula
barulah itu dinamakan
program lawatan rumah ke rumah yg sebenar

Tuesday 23 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Pesan Orang Tua2:
Pelajar universiti yg merasakan dirinya kurang pandai
lalu mentelaah bukunya dgn tekun
merekalah yg cemerlang apabila keputusan diumumkan
tetapi pelajar yg pandai tidak mentelaah
kerana kesombongannya
maka pelajar ini ketinggalan dalam peperiksaan
begitu jugalah dalam pilihanraya
calon yg merasa kurang peluang untuk menang
akan terus berusaha sambil merendah diri
beliau akan menang dgn cemerlang
sebaliknya
calon yang merasa sudah menang dan sombong
akan menerima kekalahan.

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong:
dulu 5-0
ingat nak pusing
biar jadi 0-5
tapi bukan mudah nak pusing 180 darjah
kerana ada tok2 calon hak tak mahu belajar
daripada orang2 lama
membiarkan jenteranya
bangun pagi melaung2kan
kita sudah pun menang
kalau hari ini pilihanraya pun
dalam tangan sudah dua ribu lebih majoritinya
kenyataan yg dibuat
penuh dgn kesombongan dan keangkuhan
hanya kerana kelebihan poster dan kain rentang
mereka memandang rendah kemampuan pihak lawan
yang lebih parah
ada juga jentera yang berkata
orang kampong mudah dipancing
hanya berumpankan sampul
mana sampul yg tebalnya lebih
dialah yg akan dibalas dgn undinya

Sunday 21 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Saya baru shj menerima panggilan telefon dari salah seorang 'networking PSR' saya.
Beliau memaklumkan bahawa gelombang perubahan sedang berlaku dengan semakin ketara di mana2 sahaja.
Ada kawasan yg tidak pernah sesiapa pun menjangkakannya sebelum ini, tetapi peratusan sokongan oleh orang2 PAS terhadap BN naik mendadak.
Saya berkata banyaklah sebab musababnya tetapi yg paling utama ialah orang2 Kelantan tidak boleh menerima keputusan pucuk kepimpinan parti PAS untuk bersama dgn DAP tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada ahli2 diperingkat akar umbi.

Thursday 18 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Khas untuk semua tok2 calon:
(pesan orang tua2)
ingatlah
walau sesibuk mana pun anda
jika menemui orang tua
duduklah disampingnya
jika kanak2
ambil dan dukunglah ia
paling baik bawalah buah tangan
walaupun sekut tawar sebungkus
kerana membawa buah tangan adalah warisan budaya kita
dan jika belum solat
solatlah di rumah pengundi itu
mudah2an kerja anda diberkati Allah SWT.

Terbitan Khas PRU13

Khas untuk semua tok2 calon (revised):
ingat
politik ialah kerja bercakap
dan bercakap ialah kerja yang paling mulia di dalam dunia
sebab bercakap ialah kerja para nabi dan rasul
sebab itu tiada pemimpin dunia yang bisu
kerja utama pemimpin ialah bercakap
hari2 mereka bercakap
dalam majlis, tv, radio, surat khabar dan media2 lain
kerja kedua paling mulia ialah menulis
sebab itu Al-Quran dihasilkan melalui tulisan
selepas diper'cakap'kan
oleh itu
bercakaplah dgn pengundi2
tetapi jagalah tutur kata anda
sebab bercakap ialah kerja yang paling mulia

Terbitan Khas PRU13

Apabila nama2 calon BN diumumkan
saya boleh rumuskan bahawa
pemilihan dibuat melalui proses penilaian yg terbahagi kpd beberapa kriteria yg
diantaranya ialah:
1) Calon berkelulusan (parlimen shj)
2) Calon berpengalaman (parlimen & DUN)
3) Calon yang ada jawatan parti (parlimen & DUN)
4) Calon yang tiada masalah peribadi (parlimen & DUN)
5) Calon yang mampu menyatupadukan ahli2 UMNO (parlimen shj)
6) Calon yang boleh menarik pengundi2 PAS (parlimen & DUN)
Untuk yg ke-5 itu, calon itu hendaklah yang boleh 'gi mari' dengan semua ahli2 UMNO walaupun ahli2 ini berpecah kpd dua golongan mengikut 'bos' masing2.
(dari report networking PSR saya)

Tuesday 16 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Calon BN N31 Semerak:
Cikgu Awi
Orangnya berperwatakan 'hulubalang'
seorang guru
luas pengalaman politiknya
dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian
melompat terus ke jawatan Ketua UMNO Bahagian
(lompat hulubalang sambil menikam musuh)
sejauh mana penerimaan pengundi Semerak
belum juga boleh diukur secara tepat
kerana beliau
tidak juga dikategorikan cukup mesra dan ramah
oleh itu
sikap sukakan menemui orang ramai
harus segera dipertingkatkan
sebelum terlambat
termasuk juga sikap 'memewahkan' sedekah senyuman dan hulur salam
tak kiralah kepada sesiapa pun yang terjumpa
kerana itulah juga rungutan orang ramai
yang saya sendiri dengar
apabila saya menjalankan
'political survey research' saya.

Terbitan Khas PRU13

Calon BN P28 Parlimen Pasir Puteh:
YM Tuan Mustapha
orangnya berperwatakan sederhana
berpendidikan tinggi
serta luas pengalaman politiknya
namun
sejauh mana pemerimaan pengundi
tiada siapa boleh mengukurnya secara tepat
kerana beliau
tidak dikategorikan cukup peramah
oleh itu
sikap memesrakan dirinya dgn pengundi
harus dipertingkatkan
tak kiralah dengan sesiapa pun
kerana itulah rungutan orang ramai
yang saya sendiri dengar
apabila saya menjalankan
'survey research' saya.

Saturday 13 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong PRU13:
(Pesan Orang Tua2)

Seruan
Kepada semua orang2 UMNO dan Penyokong2 BN,
janganlah sekali2 was-was,
tetapkanlah hati anda,
untuk mengundi BN pada hari mengundi nanti,
jangan dikira siapa pun calonnya,
kerana parti itulah yang terlebih penting,
bukan calonnya.

Perbezaan diantara BN dan PR sudah diketahui dan dibuktikan,
dalam terlalu banyak perkara,
termasuk jugalah agama,
jikalau pun PR baik,
BN lagilah baik,
oleh itu,
hadapilah segala cabaran sampai hari mengundi.

BN tetap BN,
biarkanlah orang lain itu,
dengan pendirian mereka,
janganlah sekali2 memusuhi mereka,
hurmatilah mereka,
kerana mereka adalah juga saudara seagama kita.

Thursday 11 April 2013

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong PRU13:
Pilihanraya kali ini tak serupa dulu,
Isu takdak belah mana,
yang banyak perkara2 lain,
yang takdak faedah belah mano,
badi kata mengata,
mung kata kat ku,
aku kata ke mung,
tak tahan,
wi woning,
tak tahan lagi,
pakat2 katok,
takleh katok,
tepuh,
hak sepuak lagi,
salahguna kemudahan it,
wat tubik video clip,
geger sebutir donia,
kijoan ore2 kito jugok,
sama sendiri seagama,
patut lah ado lagu,
demo loni tak supo mulo.

Wednesday 10 April 2013

Terbitan Khas (PRU13)

Sajak Kampong PRU13:

Pembubaran sudah,
tarikh penamaan calon sudah,
tarikh mengundi pun sudah,
tiadalah apa2 lagi yg ditunggu2,
kecuali nak tahu siapa pula calonnya di tempat masing2.

Walau siapa pun calonnya,
orang UMNO tetap undi dacingnya,
orang Pas tetap undi bulannya,
semua sudah lama buat keputusan,
tinggal lagi tunggu hari nak memangkah sahaja.

Kerja lain yang tinggal hanyalah satu,
iaitu memancing pengundi 'atas pagar',
atau pengundi 'hanyut' sebagai meminjam istilah PAS,
kerana mereka inilah yang boleh menentukan kalah menang seseorang calon.

Namun,
golongan ini bukan mudah untuk dikenalpasti,
juga bukan mudah untuk dipancing.

Mereka bukan ahli UMNO,
bukan juga ahli PAS,
mereka adalah pengundi2 tulen,
yang tidak kisah siapa pun memerintah,
tetapi benar2 menggunakan hak mereka sebagai pengundi,
tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Kepimpinan parti yang bijak,
akan menjadikan golongan ini penting,
bukan penting pada masa2 seperti ini sahaja,
tetapi penting pada setiap masa,
sejak dari dahulu lagi.

Tuesday 9 April 2013

Manifesto BN PRU13

http://www.manifestopru13.com/pdf/BM_manifesto0.pdf

Terbitan Khas (PRU13)

Zaman dulu orang2 kampong berpolitik hanyalah pada musim pilihanraya sahaja. Mereka bergomo habis2an dengan aktiviti2 pilihanraya seperti ceramah2 dan kerja2 pemasangan poster tetapi selepas itu mereka seolah2 bergabung dan bersatu semula sehinggalah bergomo lagi pada musim pilihanraya yang selanjutnya. Orang2 kampong tidak ambil kisah dan peduli tentang politik kerana yang penting ialah hidup bersama seperti satu keluarga dalam sesebuah kampong. Mereka akan sentiasa melakukan apa2 kerja secara bergotong royong dan dilihat hati mereka seperti bersatu walaupun pada musim pilihanraya mereka berpecah kerana perpecahan itu hanyalah sementara sahaja.
Sekarang, orang2 kampong berpolitik sepanjang tahun siang dan malam. Sebab itu perbezaan tidak dirasakan sangat apabila tiba musim pilihanraya.
Zaman dulu apa sahaja yang menjadi pertikaian dalam soal2 agama, majlis fatwa yang mewakili kerajaan yang memerintah negara akan mengeluarkan fatwa rasminya. Dengan itu, pertikaian pun berhenti kerana semua pihak akur dengan fatwa itu. Sekarang, fatwa pihak kerajaan yang memerintah hanyalah untuk golongan yang menyokongnya sahaja. Golongan yang tidak menyokongnya akan sentiasa mempertikaikannya. Akibatnya, tiada sebarang jalan penyelesaian dicapai dan perpecahan yang berlaku semakin hari semakin melebar diantara orang2 Islam.
Jika ini tidak betul, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
 

Monday 8 April 2013

Terbitan Khas



Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kedai 'Nasi Ayam Peladang' isteri saya di Peladang Semerak dibuka semula mulai hari ini setelah ditutup untuk beberapa minggu yang lalu kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kami memohon maaf kepada semua pelanggan tetap kami dan berharap kunjungilah semula kedai kami ini seperti biasa yang dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Jumaat.
Sekian dan Salam 1Malaysia.

Thursday 4 April 2013

Terbitan Khas

Nampak pesen ada tanda2 awal doh
apabila segelintir pemimpin kedua2 pihak umno dan pas
tanpa sedar
sedang cuba nak bawa trend politik ke belakang
tamadun dan mentaliti ke belakang
apabila membiarkan segelintir anak2 muda
cuba mempelopori lagi sikap dan tindakan
'the superior will survive'
atau 'puak aku lebih kuat dan gedebe'
zaman dulu
anak2 muda menghurmati orang tua2
apabila dinasihati mereka mendengar dan akur
sekarang
zaman sudah berubah
bukan sahaja anak2 muda ini tidak mahu mendengar nasihat
bahkan orang2 tua sendiri pun ada yang masuk campur
tak tahulah saya
apa nak jadi
apa yg terjadi di PP sebagai contoh, harap2 segera diselesaikan dan tidak merebak atau diperbesar2kan, perpaduan harus dijaga walaupun berbeza fahaman politik dan saya yakin pemimpin kedua2 belah pihak boleh memainkan peranan mereka untuk mereda dan mengharmonikan keadaan
pemimpin kedua2 belah pihak harus dilihat seperti 'bersama' atau 'bersatu' walaupun berlainan parti politik, bukan berjauhan
saya tahu ianya bukan mudah untuk dilakukan tetapi segala2nya bergantung kpd hendak atau pun tidak shj oleh kepimpinan kedua2 belah pihak  

Monday 1 April 2013

MyDiary (108)

MyDiary (108)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

‘Hot UMNO' vs ‘Cool PAS'

Pada masa ini tiadalah lagi apa-apa yang boleh saya tulis setelah lebih kurang 4 tahun saya menulis tentang UMNO Pasir Puteh. Ini adalah kerana pilihanraya sudah diambangnya atau ‘is just around the corner’ dan saya masih tetap dengan prinsip saya bahawa UMNO Pasir Puteh boleh memenangi PRU13 ini hanya jika dua (2) isu dapat dipecah atau diselesaikan. Kedua-dua isu ini ialah perpaduan parti dan pengundi luar.

Selama masa yang telah dilalui itu, saya tidak tahulah sejauh mana tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh keatas kedua-dua isu itu. Yang saya tahu, kedua-dua isu ini masih lagi dianggap oleh ramai ahli-ahli UMNO sendiri sebagai dua faktor utama yang akan memberi kesan ketara keatas parti UMNO Pasir Puteh dalam PRU13 ini nanti.

Saya tidak menafikan jika dikatakan bahawa kepimpinan Bahagian ada melakukan usahanya tetapi apa yang saya tahu ialah usaha itu tidak menampakkan sebarang kesan seperti yang diharapkan.

Dua tiga malam lepas dua orang sahabat saya dari Kuala Lumpur berkunjung kerumah saya untuk mendapatkan pandangan saya. Mereka berdua adalah orang-orang penting UMNO Bahagian Pasir Puteh dan penggerak utama parti. Selain daripada perbualan politik yang lain, saya telah nyatakan pendirian saya dengan tegas dan jelas bahawa UMNO Pasir Puteh melalui BN akan mampu menang jika sekiranya betul-betul terdapat sekurang-kurangnya 1,000 orang-orang PAS disetiap DUN dalam Parlimen Pasir Puteh yang diyakini akan berpaling tadah mengundi BN dalam PRU13 ini. Jika angka ini tidak dicapai, saya nyatakan bahawa agak sukar untuk UMNO Pasir Puteh mencapai impiannya. Mereka berdua tidak menolak bahkan bersetuju.

Tentang perpaduan dalaman parti pula, saya telah nyatakan pandangan saya bahawa ianya tidak lagi boleh dibuat apa-apa jika senario yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa UMNO Pasir Puteh ‘hot’ atau panas sedangkan PAS pula dilihat ‘cool’ atau sejuk. Ini adalah kerana perpaduan mampu dicapai hanya apabila sesebuah parti itu melalui kepimpinannya berada didalam keadaan tenteram dan tenang. Jika sebaliknya, bukan sahaja perpaduan yang diharapkan itu tidak boleh dicapai, bahkan perbalahan sesama sendiri pun mungkin tercetus dengan semakin serious.

Oleh itu, apa pun keputusan yang akan berlaku, saya hanya berharap supaya ahli-ahli di bawah tidak dipersalahkan nanti. Mereka tidak ada apa-apa kepentingan kecuali mahukan supaya UMNO dan BN menang dan semuanya bergantung hanya kepada persoalan apakah benar-benar terdapat sekarang 1,000 orang-orang PAS seperti itu di setiap DUN, jika pun isu perpaduan dan pengundi luar tidak sempat hendak ditangani?

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No ahli UMNO 03924693
Semerak.